Friday 10 November 2017

Bidadari Bidadari Surga



Tajuk : Bidadari Bidadari Surga
Penulis : Tere Liye
Penerbit : Republika
Tahun terbit : April 2017 (Cetakan XXVI)
Jumlah muka surat : 363


Selepas membaca novel Rindu, saya mula meminati penulisan Tere Liye. Mula mencari-cari senarai novel yang telah dihasilkan beliau. Sehingga tahap menghantar e-mail ke Gramedia (syarikat kedai buku ternama di Indonesia) bagi mendapatkan novel-novel Tere Liye!

Kebetulan sekali, tak lama kemudian suami ada urusan di Makassar, Indonesia. Saya minta suami belikan 4 buah novel Tere Liye (siap beri gambar novel-novel tersebut bagi memudahkan pencarian). Beberapa hari di sana, suami hantar gambar novel-novel yang dah dibeli untuk saya. Sembilan buah! Bukan empat. Alhamdulillah....teramatlah sukaaaaa! 😍   

Bidadari Bidadari Surga...novel Tere Liye yang kedua saya baca. Ia sebenarnya novel ke-12 beliau. Lagi 11 tu saya belum ada dan belum pernah baca (termasuk 'Hafalan Shalat Delisa'). Novel ini telah diterbitkan buat pertama kali pada tahun 2008. Sebuah novel kekeluargaan yang sarat dengan cinta tanpa syarat dan suka duka kehidupan. Novel yang penuh dengan motivasi dan semangat juang. Sesuai untuk semua golongan pembaca.


SINOPSIS 
Mengisahkan kehidupan keluarga di Lembah Lahambay, Laisa seorang kakak sulung kepada tiga adik lelaki (Dalimunte, Ikanuri & Wibisana) dan seorang adik perempuan (Yashinta). Biarpun sebenarnya adik-adik itu bukanlah saudara kandungnya, dengan cinta tanpa syarat Laisa menumpahkan seluruh kasih sayang dan pengorbanan buat adik-adiknya. Laisa seorang yang bersemangat tinggi dan sentiasa berusaha demi memastikan adik-adiknya mendapat pendidikan dan menjalani hidup yang jauh lebih baik. 

Sehingga satu detik, Laisa sanggup mempertaruhkan nyawanya di hadapan tiga ekor harimau Gunung Kendeng demi menyelamatkan Ikanuri dan Wibisana. Laisa tak pernah berkecil hati biarpun sebelumnya Ikanuri telah menghina rupa fizikalnya yang jauh berbeza dengan adik-adiknya (Laisa berkulit hitam, bertubuh pendek). Baginya, dia harus sentiasa kuat jiwa dan sentiasa melindungi adik-adiknya.

Dalam soal pendidikan, Laisa dan ibu mereka - Mamak Lainuri sangat tegas dan garang. Mamak Lainuri dan Laisa berusaha keras demi menampung persekolahan dan kehidupan mereka sekeluarga. Laisa juga seorang yang sentiasa menyokong dan percaya terhadap usaha baik adik-adiknya. Ini dapat dilihat ketika Dalimunte mengemukakan idea membina kincir air bagi mengairi ladang-ladang penduduk kampung (tiada sistem pengairan ketika itu, penduduk kampung hanya bergantung kepada air hujan). Tiada penduduk kampung yang menerima dan yakin idea tersebut, tetapi Laisa menjadi orang pertama yang percaya dan seterusnya menyokong idea adiknya.

Laisa seorang yang kuat pergantungan pada Allah. Ini dapat dilihat saat dia diuji dengan jodoh yang tak kunjung tiba. Kerana kasih, adik-adiknya turut menolak untuk berkahwin (namun pada akhirnya semua berkahwin atas desakan Laisa, pada umur sedikit lewat). 

Pengakhiran novel ini sangat menyentuh rasa. Perkahwinan terakhir, pada detik-detik akhir hayat Laisa. Juga epilog yang disertakan oleh penulis, sangat membekas di hati.




PETIKAN NOVEL
"Ah, Allah sudah amat baik dengan memberikan kalian, adik-adik yang hebat. Keluarga kita. Perkebunan ini. Kakak sungguh sudah merasa cukup dengan semua ini...." Kak Laisa menghela nafas, terdiam lagi. 

"Apakah Kakak tetap menginginkan menikah? Tentu saja, Dali. Namun jika perjodohan itu harus datang, Kakak tidak ingin proses itu justru mengganggu kebahagiaan yang telah ada. Bukan karena sebutan istri kedua itu, Dali. Bukan pula karena cemas apa yang akan dipikirkan tetangga. Tetapi Kakak tidak mau pernikahan itu mengganggu kebahagiaan yang telah ada...."


--------------------------------------------------------------

Novel Bidadari Bidadari Surga yang diangkat sebagai novel 'BEST SELLER' juga telah di bawa ke layar filem pada tahun 2012. 



~ Jika dulu, tak pernah terfikir nak baca novel Indonesia. Tapi sekarang, dah jadi pengumpul koleksi novel Andrea Hirata dan Tere Liye! Hehehe... ~



14 comments:

  1. Tere Liye... tak silap saya penulis novel Daun Yang Gugur Tidak Pernah Menyalahkan Angin. Saya dengar hasil tulisannya memang mengkagumkan! Harap satu hari nanti dapat baca novel-novelnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Daun Yang Gugur Tak Pernah Membenci Angin. Pun novel yg bagus. Dari anak jalanan menjadi org yang berjaya dan cinta yang tak kesampaian.

      Memang betul, karya beliau luar dari biasa. Memang kagum sangat!

      Delete
  2. Baca sinopsis je da menarik..
    Hehe.. Ira suka cerita2 mcm ni..cerita kekeluargaan, semangat, pengorbanan..
    Tapi kalau pegi kedai buku, x reti nk pilih novel..
    Syok la kak ujie.. Kirim 4 dapat 9 buah.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syok, tapi dgn amaran..baca slow2, jangan cepat habiskan 9 buah tu. :D

      Delete
  3. sememangnya saya suka baca novel dari penulis indonesia kerana penulisannya lebih kepada kekeluargaan, jika cinta pun cinta yang tak seperti novel kita. tapi tak pernah baca dan tak pernah tahu tentang penulis ini. tengok dari sinopsisnya menarik. mungkin boleh jejak kedai buku di sini jika ada nanti untuk saya jadikan bahan bacaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya buat masa ni buku2 Tere Liye belum ada di kedai buku kita. Kalau kedai online, ada.

      Delete
  4. Assalam kak ujie..kalau buku tebal camni berapa hari leh abis baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam, dalam beberapa hari baru abis baca. Kalau tak buat kerja lain mau sehari dua abis dah! hahaha

      Delete
  5. Memang sungguh minat novel tu kalau cenggitu gayanya....
    Seronok tengok org yg hobinya membaca ni. Diri sendiri tak tau bila nak membacanya hihi...
    Saya pernah tengok cerita dia ni. Best jugaklah layan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde nak layan anak kak, layan buku aje lah saya nih. hihii

      Delete
  6. mesti akan nangis kalau baca novel camni... membuai-buai rasa macam kita ada kat dalam situasi tu juga. good job penulisnya!

    Jemput singgah baca entri terbaru saya ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..macam kita pulak ada dalam citer tu. dah abis baca pun, dok terbayang-bayang!

      Delete
  7. citer yang macamna ni lagi best dri novel cinta yang merapu ntah apa ntah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel cinta..mmg akak tak boleh layan..kalo baca pun, rasa takde kepuasan.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****