Monday, 25 January 2016

Mujur Simpan Resit!

'Warranty claim is only allowed with valid original receipt'.

Belum setahun berkhidmat, mentol di salah satu ruangan rumah saya dah 'terbakar'. Mujurlah memang saya simpan resit-resit pembelian barangan begini. Dapatlah tukar yang baru secara PERCUMA, sebab masih dalam waranti setahun. Hal begini nampak macam tak penting, bukan barang nilai besar pun. Tapi, rugilah kalau tak gunakan hak kita sebagai pengguna kan... Ini pun salah satu cara nak berjimat!

Satu lagi, sebaiknya kalau beli barang-barang biarlah di kedai yang tak jauh dari rumah kita. Senang kita nak tuntut waranti atau nak tukar bila ada kecacatan produk. Kalau jauh dan barang pulak nilai kecik, mungkin tak berbaloi jadinya.

CARA SIMPAN RESIT? Saya simpan dalam fail yang ada beberapa bahagian. Jenis masukkan macam poket. Ada bahagian resit barangan elektrik, bahagian resit barangan perabot dan satu lagi bahagian resit barangan bernilai tinggi (komputer/telefon).

Selain daripada untuk tujuan waranti, saya simpan resit untuk rujukan harga pembelian akan datang dan untuk rujukan harga jika nak menjual semula satu-satu barang. 

Thursday, 21 January 2016

Hilang Keyakinan


KUALA LUMPUR - Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dun atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu, kata pakar-pakar perlembagaan.   

Profesor Undang-undang, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata jika sidang Dun Kedah sedang berlangsung, kedudukan Mukhriz perlu ditentukan berdasarkan sokongan ahli-ahli Dun itu. "Kedudukannya di dewan bergantung pada sokongan majoriti sama ada dari Adun kerajaan atau Adun-adun lain," katanya kepada Bernama hari ini.  

Bagaimanapun, katanya jika sidang Dun Kedah tidak berlangsung ketika ini, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah memandangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika ini sedang menduduki jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

"Buat masa ini, kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.  Shad diminta mengulas mengenai pengumuman oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini yang menyatakan hampir seluruh kepimpinan Ummno Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

(sumber petikan : Sinar Harian)
---------------------------------------------------------------------------------

Begitulah percaturannya...
Yang tak sehaluan harus disingkir,
Janji setia sepasukan terpaksa dimungkir,
Jika mahu kekal menjadi yang berkuasa.

Begitulah namanya demokrasi...
Yang diangkat mungkin si pandir,
Yang bijak lagi layak mungkin tersingkir!

Pemimpin rosak terus tegak berdiri,
Biar hilang keyakinan seluruh rakyat pun tidak bererti,
 Mereka tersenyum di bawah payung demokrasi!
  

Nota : Bukanlah nak menghasut korang untuk membenci demokrasi, kerana ia satu-satunya medium memilih pemimpin yang negara kita amalkan. Tapi, demokrasi telah memaksa kita membisu dan membutakan mata menyaksikan segala kehancuran di depan mata! 

Tuesday, 19 January 2016

Laksa Pahang


Pertama kali saya merasa LAKSA PAHANG.
Ada rupa macam Laksa Johor pulak.
Nampak serupa, tapi tak sama.
Ok, sedap!

Harganya RM13.60.
Boleh dapatkan di Paramount Coffee House, Bangi Sentral.
Kafe milik Ustaz Ebit Lew.

Monday, 18 January 2016

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY



Dari Kulai berkereta ke Serkat,
Singgah di Pekan Nanas minum teh serbat,
Hasrat dihati ingin memiliki kalendar TIGA LALAT,
Persembahan kreativiti jurugambar hebat!

-------------------------------------------------------

Yang nak join, boleh KLIK banner kat atas ya. 
Tutup tengah malam ni, ada masa lagi tu. Cepat!!!
^___^


Thursday, 14 January 2016

Tak Tahu...Isteri Nak Gembira atau Sedih?

Bayangkanlah...
Kita seorang isteri.

Tiba ulang tahun kelahiran kita...
Atau ulang tahun perkahwinan kita.

Suami berikan hadiah...
Memang besar - sebuah mesin basuh Toshiba model terkini!
Memang canggih - Dyson Vacuum Cleaner!
Bukan cincin berlian Habib Jewel, juga bukan Samsung Galaxy Note 5!

Isteri nak rasa gembira? Atau rasa sedih?

Ada isteri yang GEMBIRA...
Biarpun hadiah tu untuk kegunaan seisi keluarga,
Yang penting suami ingat hari istimewa!

Ada isteri yang SEDIH...
Mengimpikan hadiah yang khusus untuk dirinya,
Kerana itu adalah hari istimewa untuk dia!

Jalan terbaik...
Para SUAMI perlu ambil tahu apa kehendak isteri sebelum membeli.
Supaya hari istimewa tu menjadi benar-benar istimewa!
Para ISTERI patut memaniskan muka sungguhpun terselit sedih dan kecewa.
Kerana...isteri solehah adalah yang meraikan setiap pemberian suami!

Untuk tahun-tahun berikutnya, pandai-pandailah bawa berbincang ya.
Jangan lupa...asas rumahtangga bahagia itu KOMUNIKASI!
Tak perlu merajuk, mengamuk atau simpan dalam hati!


Monday, 11 January 2016

Bersosial + Cari Ilmu

Aktiviti hujung minggu saya....

Aktiviti sosial dengan jiran-jiran...berkumpul ramai-ramai, belajar buat ROTI!
Dengan tak malunya nak mengaku, saya tak pernah belajar/cuba buat roti sendiri. 
Inilah yang pertama, dan harap-harap lepas ni boleh hasilkan roti sendiri.
Boleh letak inti banyak-banyak, boleh buat roti macam-macam bentuk.

Menanti untuk dibakar...seronok rupanya buat roti ni! 
Seronok cuba buat 'bunga'...'tocang' dengan tangan keras nih.

Antara hasilnya...baunya je dah sedap!

Berkumpul dari jam 9 pagi, bersurai sekitar 1 petang.
Dah sampai rumah baru terasa penatnya. Tapi seronok sangat!
Alhamdulillah dikurniakan jiran tetangga yang baik hati, tak kedekut ilmu dan mudah bekerjasama.


Tuesday, 5 January 2016

Doktor Ke...Ustazah Ni???

Lokasi : sebuah klinik swasta di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Nama saya dipanggil oleh seorang pembantu klinik, saya masuk dan memberi salam. Seorang doktor wanita menanti. Dia bertanya masalah kesihatan yang saya hadapi, dan saya bercerita secukupnya. Dia menerangkan panjang lebar (memang beginilah dia, kadang-kadang siap buka buku dan tujuk pada saya untuk menerangkan tentang satu-satu penyakit). Kemudiannya mula memeriksa tekanan darah saya. Sambil itu, dia mula memberi nasihat agama. Tentang solat awal waktu, tentang pergantungan kepada Allah. Agak panjang lebar. Saya banyak mengangguk dan tersenyum. Dalam hati berkata, rasa macam jumpa ustazah pulak, bukan doktor! Hahahaa...

Di hujung bicara, lebih kurang begini dia menyambung kata..."Walaupun dapat sampaikan sikit, mana tau orang amalkan. Kita dapat pahala!" Sekali lagi saya mengangguk tanda bersetuju. 

Alhamdulillah...beginilah yang sepatutnya, saling mengingatkan kepada kebaikan. Itulah tugas setiap kita yang mengaku Muslim. Bukan tugas para ustaz dan ustazah je tau! 


-------------------------------------------------------------------------

http://almaribajuaisyah.blogspot.my/
Cari tudung/shawl labuh? Dapatkannya pada harga YES2015 sekarang!
Klik banner untuk pilihan hati anda. ^_~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...