Thursday 26 May 2016

Sejarah Derita - Catatan Zaman Penjajahan

#Peraduan ulas buku ITBM di facebook/blog

Tajuk : Nyawa Di Hujung Pedang
Penulis : Ahmad Murad Nasaruddin
Penerbit : ITNMB (2011)
Harga : RM30/SM
Muka surat : 87 m/s (bahasa Melayu) & 113 m/s (bahasa Korea) 


Tajuk ulasan : Sejarah Derita - Catatan Zaman Penjajahan.

Novel berlatarkan zaman penjajahan Jepun ini pertama kali diterbitkan pada 1 Jun 1954, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala buku yang berada di tangan saya ini merupakan terbitan semula oleh Institut Terjemahan Negara (ITNMB), cetakan tahun 2011. Menariknya, terbitan semula ini turut diterjemahkan ke Bahasa Korea. Buku ini dwibahasa. Sebahagian bahasa Melayu dan sebahagian lagi bahasa Korea. 

Turut dilengkapi dengan ilustrasi bergambar, buku ini berjaya 'membawa' saya ke suatu zaman yang tak pernah saya lalui - zaman penjajahan Jepun. Kisah percintaan Yazid dan Juriah menjadi permulaan cerita. 


Kisah bahagia tersebut terhenti apabila Yazid difitnah dan ditangkap pihak Jepun pada hari perkahwinannya. Bermulalah kisah penderitaan Yazid dalam kurungan tentera Jepun. Dipukul, dipaksa minum air sabun, tangan diikat ke belakang lalu ditarik....semuanya digambarkan dengan jelas oleh penulis. Saya yang cuma membacanya pun terasa ngeri! 


Detik 'nyawa di hujung pedang'...Yazid hampir dipenggal kepalanya oleh Yosyimura. Mujur ajalnya belum tiba, dia selamat. Jepun kalah! 

Selesai membaca buku ini, terasa insaf dan bersyukur kerana tidak melalui pengalaman ngeri begitu. Jika sebelum ini saya pernah membaca buku dengan latar cerita yang serupa - Di Bawah Alunan Ombak karya A. Rashid Bin Ngah, tetapi buku Nyawa Di Hujung Pedang ini terasa lebih ngeri. Penceritaan yang jelas, ringkas namun sarat dengan sejarah penderitaan di zaman penjajahan Jepun.  


* Kita hidup pada zaman yang berbeza. Membaca sejarah derita masa lalu, membuatkan kita lebih menghargai kebahagiaan hari ini. *


Wednesday 11 May 2016

Hari Keluarga PHN 2016

Keluarga sebelah Allahyarham Bapak saya, ada permuafakatan sendiri.
Dikenali sebagai Permuafakatan Hj Nawawi (PHN).
Antara aktiviti tahunan...Hari Keluarga.
Cara penganjuran...mengikut sistem giliran.
Dan tahun 2016 ni...giliran keluarga kami!
Diadakan di rumah mak saya pada 30 April 2016 lalu.

Ini detik-detik akhir persiapan menyambut kehadiran saudara-mara kami. 
Antara tugas saya - menyewa khemah dan tempahan makanan tengahari. Set khemah begini di sewa pada kadar RM200/set.  


Antara hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah, pertandingan mewarna, cenderahati untuk  semua Wak (makcik) dan pek jajan untuk kanak-kanak. Memang tak mahal mana, tapi cukuplah untuk memeriahkan majlis.


Meja buffet ni tak muat, dek kerana banyak sangat makanan yang dibawa oleh saudara mara. Macam-macam kuih, semua nampak sedap-sedap! Tapi saya tak sempat menjamah dek kerana sibuk melayan tetamu dan dah hilang selera sebenarnya. Habis majlis, terbayang-bayang pulak kuih muih tadi..aduhai!


Antara pengisian Hari Keluarga - mesyuarat. Sebelum tu kami adakan bacaan Yasin & Tahlil, diikuti dengan sesi tazkirah.


Sementara orang dewasa bermesyuarat, kanak-kanak pulak sibuk mewarna. Bersepah-sepahlah diorang ni mewarna kat dalam rumah, seronok tengok! ^__^


Acara untuk remaja/dewasa pulak....tiup belon sampai pecah! Tahun ni tak buat sukaneka dewasa, sebab cuaca panas lain macam kan. Kita buat yang ringkas gini jelah, tapi tetap meriah.


Button batch yang dipakai oleh keluarga kami. Sebelum ni guna tag nama macam pelajar orientasi tu, tahun ni kita upgrade bagi cantik. Saya buat di Button Badge Store (Instagram). Semurah 90 sen satu.

Alhamdulillah...majlis selesai dan berjalan lancar. Lega.
Kehadiran pun sangat menggalakkan, kalau ikut rekod hadir seramai 167 orang.


Friday 6 May 2016

Oh JARI MANIS dan PBKL 2016!

Catatan pembukaan...setelah hampir DUA bulan menyepi.
Menjawab pertanyaan kakak manis, saya bukan bizi mana pun dengan bisnes kecik tu kak. Cuma tahap kerajinan berblog berada pada paras bawah. ^__^

Cenderahati dari rakan blogger JARI MANIS...selamat diterima pada pertengahan April lalu.
TERIMA KASIH daun keladi ya...walaupun terasa malu sendiri, akak pengomen tenggelam timbul pun boleh dapat cenderahati! Sape nak bagi??? Tapi JM bagi tau. 


Kelmarin...ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2016. Kali ni dibuat di MAEPS, Serdang. 
Yang tengah bercakap itulah Pak Latip, penulis yang aktif menghasilkan novel sejarah.


Ini yang saya beli. Juga ada 6 buah majalah percuma dari reruai Telaga Biru. Kurang seronok PBKL kali ni, sebab tak banyak buku idaman saya. Cuma seronok sebab diskaun hebat di reruai ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia). Korang yang nak pergi, masih sempat lagi tau. PBKL sehingga 9 Mei ini.

* reruai = booth