Friday 5 February 2016

TPPA, MB Kedah dan Bonus Tabung Haji

Catatan Sejarah Semalam - Khamis, 4 Februari 2016

TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement)


Malaysia dan 11 negara lain (Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat) sudah pun memeterai TPPA di Auckland, New Zealand. 

Bagus ke tak bagus untuk kita? Ada pro dan kontra, boleh klik dan baca di kedua-dua link berikut :


MB (Menteri Besar) Kedah


Perlantikan MB Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai MB Kedah ke -12. Ia dianggap sebagai pengakhiran kemelut politik Kedah (UMNO khususnya). Tetapi hakikatnya, ia adalah kesinambungan kemelut pentadbiran di Malaysia yang seakan tidak berpenghujung. 

MB Kedah 'kaki tidur'? Bagi pendapat saya, adalah tidak wajar kita mengaibkan dan mengutuk beliau tanpa tahu kedudukan sebenar. Biarpun kita membenci perbuatannya 'merampas' pentadbiran Kedah dari MB terdahulu, itu bukanlah lesen untuk kita mengutuk/maki beliau. Islam melarang, ingat! 


Bonus Tabung Haji

5% Bonus Tahunan + 3% Bonus Haji

Memang tidak setinggi tahun sebelumnya, sehinggakan ramai yang mengeluh! Ada pulak yang membeza-bezakan dengan ASB. Mari kita fahami, TH bukanlah instrumen PELABURAN untuk duit kita. Jadinya ia tidak menjanjikan sebarang pulangan, yang dijanjikan adalah simpanan kita selamat

Jika benar ingin menggandakan duit kita, perlulah melabur pada saham-saham patuh syariah (boleh rujuk kepada mereka yang arif), atau melabur pada perniagaan (jalankan sendiri atau melabur pada bisnes orang lain). Tapi harus diingat, mana-mana pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang pasti adalah termasuk dalam ciri-ciri tidak patuh syariah. Pelaburan bermaksud, mungkin untung dan mungkin rugi!

Ok, bukan tujuan saya 'membela' TH. Cuma ingin kita faham beza simpanan dan pelaburan. Itu je. Kalau nak pertikai dari sudut lain, maaf....memang saya tak arif ya. 


Nota : Nampak macam semalam adalah hari yang penuh luka, penuh kontroversi dan penuh tanda tanya. Semoga Allah melindungi dan menyelamatkan kita dari pemerintah yang zalim, serta ditunjukkan mana yang benar dan mana yang palsu. 

12 comments:

  1. Pergolakan negara kita kian ketara tak kira sosial, ekonomi mahupun politik. TH pun kalau kita terus baca-baca-baca memang kita semua akan simpan duit bawah bantal Ujie. Ekonomi kita lagilah dah semakin dahsyat selaras dgn politiknya yg kian kecamuk. Gagah/kuat bernasib baiklah yg 'tak kuat' memang kena let-go ajelah jawabnya.

    ReplyDelete
  2. Macam2 skg ni kan kak...
    Betul tu, ira setuju dgn akak.. apa pun kita xblh aibkan org. Kita xtau siapa dia di sisi Allah..
    Syukur alhamdulillah.. ada juga bonus TH tu, dpd xde langsung kan.. apa pun yg diaorg buat, Allah Maha Tahu..

    ReplyDelete
  3. atas kertas dan segala macam teori, TPPA ni ada banyak pro & cons. bila dah dilaksanakan kelak barulah kita betul2 tau.

    apa pun, semua benda elok boleh jadi tak elok. bergantung pada rakyat dan pemerintah itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Akk dh serabut. Conclusionnya, rakyat Malaysia dah sangat tertekan. Berapa lama lg kita mampu bertahan agaknya

    ReplyDelete
  5. Selalu tertanya tanya pasal TPPA ni Ujie, tp tulah hal bidang pengetahuan am ni mak mmg kurang sikit hihi...maleh nak membaca. Faham on surface sudah.

    Betul jugak tu, tak baik mengaibkan org, kalau pun marah sangat. Biasalah dah tua tua ni mmg cepat mengantuknya. Maafkan lah dia...

    Mak punya konsep senang, janji dah siap tolak zakat, senang sikit, tak payah pening kepala....

    ReplyDelete
  6. betul tu..tak patut kita mengaibkan orang..

    Yang pasal TH tu, terima kasih memberi pencerahan

    ReplyDelete
  7. macam-macam hal sungguh keadaan negara kita sekarang ni..stress mak..

    ReplyDelete
  8. Seolah suasana dh jadi tak terkawal dengan segala macam perkara terjadi.pikir2 balik apa yg Tun Daim pernah buat kenyataan..silap hari negara boleh muflis rasa seram pulak, silap hari duit yg kita simpan takada nilai..

    ReplyDelete
  9. dalam byk2 tu hanya bab bonus tabung haji je yang saya betul2 amik port... Alhamdulillah ada jugak dividen drpd xde langsung dan yg lebih penting 100% patuh shariah.

    ReplyDelete
  10. bole jer melabur dalam saham amanah (unit trust) cwa dibawah cimb yg bole memberikan pulangan yang agak lumayan. sila hubungi saya di aziarif@yahoo.com.

    ReplyDelete
  11. antara 3 berita nih, berita pasal MB kedah tu saya susah nak paham...takde hujan, takde ribut, tup tup hurmmm...

    ReplyDelete
  12. berita2 tu buat ita cepat pening..heheheh...nape lah suka berebut kuasa...

    tak kisah TH nak bagi berapa....harap satu hari nanti cukup tabungan nak jadi tetamu Allah...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****