Monday, 15 February 2016

Bila Pelanggan Tak Mahu Wang Baki...


Sepanjang saya menjalankan bisnes online, dah banyak kali jugak pelanggan saya tak mahu terima wang baki. Kebiasaannya, wang baki saya sertakan dalam bungkusan Pos Laju. Tapi ada masanya, saya terlepas pandang dan terlupa selitkan dalam bungkusan. Ada kalanya jugak, pengeposan diuruskan secara langsung dari pembekal. Makanya, cara yang ada adalah dengan membuat pindahan wang ke akaun bank pelanggan. Tak susah pun, cuma klik je menggunakan perbankan internet.

Saya : Boleh bagi nombor akaun untuk pulangkan baki?

Pelanggan : Tak pelah..tak payah pulangkan. Akak halalkan je..

Saya : Eh, tak bolehlah gitu. Takpe, saya transfer je tak susah.

Pelanggan : Tak pe..kalau rasa tak selesa, masukkan je kat mana-mana tabung derma. Jangan susah hati.

Begitulah...ada jugak yang kata untuk belanja saya minum kopi! Belanja jarak jauh gitu..hehee. Memang saya rasa tak selesa, juga segan sebenarnya. Dan menjadi polisi bisnes saya untuk tak membawa baki pelanggan bagi pembelian seterusnya. Mestilah saya ada alasan kenapa buat gitu kan.

Bila berjumpa dengan kes-kes begini, saya tersenyum sendiri. Mereka membuatkan saya rasa bahagia (bercampur hairan sebenarnya), dek keluhuran hati mereka. Bukan setakat seringgit dua, kadang kala sehingga berbelas ringgit yang mereka halalkan. Saya doakan mereka murah rezeki, dan Insya Allah akan saya panjangkan rezeki yang ada kepada insan lain pula.


Nota : Jangan salah faham pulak ya, bukan nak suruh korang jangan ambil wang baki sendiri. Sekadar bercerita tentang sikap sesetengah sahabat pelanggan saya je. ^_^ 

12 comments:

  1. dermakan saja duit baki mereka tu, sekurang2nya menderma bagi pihak mereka jugak :)

    ReplyDelete
  2. Memang rezeki bila dapat berurusan dgn customer macam tu..customer yg memahami dan tak mendesak....Wife saya pun ada kes customer macam ni..tapi taklah sampai nilai belasan ringgit...hahaha

    ReplyDelete
  3. bahagia kan dapat customer camni. saya kalau membeli apa2 pun cuba sedaya upaya memudahkan.

    ReplyDelete
  4. rezeki ujie tu dapat pelanggan yang baik hati,pasti ujie juga seorang peniaga yang baik sebab tu ditemukan dengan pelanggan yang baik, moga makin maju bisnesnya ya.. kadang usha2 juga apa yng ujie jual tu, tapi belum beli apa2 lagi..hehehe

    ReplyDelete
  5. Anak-anak kakak pun macam itu Ujie
    Biasanya duit baki seringgit-dua je pun jadi sedekah ajelah padanya
    Lagipun rata-rata yg anak-anak kakak beli org kita.

    ReplyDelete
  6. Pelanggan itu pasti ikhlas hatinya, mereka juga ingin berbuat kebajikan... :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..singgah sini...apa khabar ujie
    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikumsalam Yan, Alhamdulillah sihat! :)

      Delete
  8. rezeki jangan di tolak..musuh jangan di cari..:)

    ReplyDelete
  9. Hihi.....Ujie, nampaknya hari hari le makan roti canai kalau cenggini ni hihi....

    Kalau dah katanya gitu Ujie, alhamdulilah lah
    .....

    ReplyDelete
  10. Murah rezeki org kata. Untung la dpt customer yg mudah berurusan. Atau pun mungkin mereka rasa harga yg ujie jual tu masih murah.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...