Tuesday 5 January 2016

Doktor Ke...Ustazah Ni???

Lokasi : sebuah klinik swasta di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Nama saya dipanggil oleh seorang pembantu klinik, saya masuk dan memberi salam. Seorang doktor wanita menanti. Dia bertanya masalah kesihatan yang saya hadapi, dan saya bercerita secukupnya. Dia menerangkan panjang lebar (memang beginilah dia, kadang-kadang siap buka buku dan tujuk pada saya untuk menerangkan tentang satu-satu penyakit). Kemudiannya mula memeriksa tekanan darah saya. Sambil itu, dia mula memberi nasihat agama. Tentang solat awal waktu, tentang pergantungan kepada Allah. Agak panjang lebar. Saya banyak mengangguk dan tersenyum. Dalam hati berkata, rasa macam jumpa ustazah pulak, bukan doktor! Hahahaa...

Di hujung bicara, lebih kurang begini dia menyambung kata..."Walaupun dapat sampaikan sikit, mana tau orang amalkan. Kita dapat pahala!" Sekali lagi saya mengangguk tanda bersetuju. 

Alhamdulillah...beginilah yang sepatutnya, saling mengingatkan kepada kebaikan. Itulah tugas setiap kita yang mengaku Muslim. Bukan tugas para ustaz dan ustazah je tau! 


18 comments:

  1. Alangkah indahnya hidup jika semua golongan profesional kita memiliki asas agama yg kukuh agar mereka menjadi doktor, jurutera, peguam, saintis yg boleh menasihati sesama kita...

    ReplyDelete
  2. Akak pun ada jumpa doktor yg macam ni..
    Rupanya dia suka ikut tabligh tu..
    Dia kata.. Saya nak keluar 40 hari ni kak dgn suami..
    Klinik nanti doktor sementara yg kami lantik..
    Bagus mereka ni.. akak suka dgn cara mereka..

    ReplyDelete
  3. bagusnya doctor mcm ni..
    saling mengingatkan tentang kebaikan..
    semoga dipermudahkan urusan masalah kesihatan akak.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah beruntung jumpa dgn orang yg sentiasa memberikan nasihat macam tu kan...

    Moga dimudahkan urusan ujie, walau apapun ujian sakit yg dihadapi moga ujie tabah dan moga diberi kesembuhan

    ReplyDelete
  5. Kiranya dia dah buat dua kerja macam yang dicadangkan oleh encik mamat tu!!!!

    ReplyDelete
  6. Tanggungjawab hakiki disamping berdakwah. Kelllaassss doc tu kan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ujie dipertemukan dengan doktor merangkap ustazah tu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ujie dipertemukan dengan doktor merangkap ustazah tu

    ReplyDelete
  9. Itulah kualiti para sahabat Nabi SAW dulu, dan ulama2 hebat dulu..
    Mereka professional dlm bidang mereka..
    Doktor, engineer, pencipta, penulis...tapi mereka punya asas agama yg utuh, dan menjadi daie...

    ReplyDelete
  10. patutla tungu lama, ramai nak kena syarahan nih., hihi2

    ReplyDelete
  11. Kerana setiap kita ada tugas sebagai pendakwah tak kiralah siapa pun kita.

    ReplyDelete
  12. dua kerja yang releven. besar pahalanya..

    ReplyDelete
  13. bagus nyer kalau semua doktor macam ni kan..

    ReplyDelete
  14. Respectlah dgn doktor yg mcm tu Ujie...disamping merawat, sempat lagi memberi tazkirah.
    Tulah... nak berdakwah ni bukan susah,dimana mana pun boleh berdakwah cuma tulah, kena banyak membaca, tambahkan ilmu didada....

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah...Doktor ini memenuhi tuntutan : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

    ReplyDelete
  16. thumbs up untuk doktor tersebut....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****