Monday, 21 September 2015

Pekanbaru, Riau : Kabut Asap Menyambut Kami

Sabtu, 5 September 2015

PEKANBARU, Riau, Indonesia...itu destinasi saya dan suami. Bukanlah destinasi impian, tapi dipilih sebab ada tawaran promosi oleh Air Asia pada bulan Mac lalu. Cuma RM174 (tak termasuk caj RM24 sebab pilih tempat duduk) untuk kami berdua pergi/balik. Bajet kecik tapi nak berjalan, memang tak boleh memilih sangatlah. Walaupun hasil carian di internet menunjukkan yang Pekanbaru ni 'tak ada apa-apa'! Tapi takpe, tujuan musafir saya cuma nak melihat bumi Allah dan segala kepelbagaian ciptaan-Nya. Setiap tempat pasti ada keunikan sendiri.

Tempahan bilik hotel dan senarai tempat yang boleh dikunjungi, saya buat dalam tempoh 7 hari sebelum berlepas. Walaupun tiket penerbangan dah beli kira-kira 6 bulan awal!

Perjalanan kami dimulakan dengan masalah...kelewatan penerbangan. Sepatutnya pukul 10.50 pagi, tapi ditunda sehingga 2 kali atas alasan masalah cuaca di Pekanbaru. 

1. Setelah tertunda kira-kira 3jam, Alhamdulillah kami selamat tiba di ruang udara Pekanbaru kira-kira pukul 2.30pm waktu tempatan (pukul 3.30pm waktu Malaysia). Ternyata...jerebu (orang tempatan sebut 'kabut asap') menyelubungi bumi Pekanbaru. Walaupun berada dalam kapal, saya sudah terhidu bau asap! Nampaknya kami datang pada waktu yang tak sesuai. Ohhh...

2. Inilah Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II. Besar jugak, dan sesak. Orang tempatan sebut Bandara (bandar udara). Dari sini kami mengambil teksi (bermeter) untuk ke hotel. Sempat berbual dengan pemandu teksi mengenai jerebu. Rupa-rupanya semalam tak ada penerbangan keluar/masuk disebabkan jerebu. Harini sebelah petang baru ada penerbangan masuk. Keadaan lebih buruk sebab dah lama Pekanbaru tak disirami hujan. Kami melewati papan tanda indeks pencemaran udara, tertera status 'Sangat Tidak Sihat'. Menurutnya lagi, status semalam adalah 'Berbahaya'.

3. Kami tiba di Hotel I-Shine, kadar tambang dikenakan sebanyak Rp60,000 (termasuk caj parking di airport). Tempahan dan pembayaran untuk hotel ini sudah dibuat lebih awal melalui Agoda.com. Faktor pemilihan - kerana lokasi yang sangat strategik dan harga yang masih dalam bajet kami (RM126/malam). Hotel ni terletak betul-betul di jalan utama Pekanbaru yang sangat sibuk dan dikelilingi pelbagai kedai dan pusat membeli-belah. Keluar hotel je, boleh terus jalan kaki. Kalau nak cari teksi/bas/oplet (van) untuk pergi yang jauh sikit pun senang. 

(Gambar kecil) Ini rupa plug di sini ya. Memang dah tau awal, tapi kami tak bawa yang sesuai. Sebagai penyelesaian, kami gunakan je USB port yang ada pada tv setiap kali nak caj telefon.  

Kiranya hotel I-Shine ni memang terbaik dari segi lokasi dan harga. Layanan pihak hotel pun memang cepat dan mesra (sebab saya banyak tanya/minta keperluan). Cuma satu, bilik air yang kami dapat ni kelihatan buruk dan air bertakung bila lepas mandi. Sarapannya biasa-biasa je, sesuai dengan harga. Kalau korang ada bajet lebih, boleh menginap di hotel yang lebih mewah iaitu Grand Jatra Hotel. Terletak betul-betul di seberang jalan berhadapan dengan Hotel I-Shine. Lebih strategik...sebab bangunannya sekali/cantum dengan Mal Pekanbaru!

4. Kami mula meronda...gambar ni diambil dari atas jejantas yang mengerikan saya (sebab panjang sangat dan sedikit uzur tempat pijaknya). Lalulintas kat sini agak sesak. Pemanduan yang tak teratur, pada pandangan saya. Dalam gambar ni nampak macam tenang je kan.. Pemandunya rajin bunyikan hon sebagai tanda amaran. Rata-rata penunggang motorsikal menggunakan topeng mulut dengan pelbagai warna/corak.

5. Suasana di waktu malam. Masih di atas jejantas (tapi lokasinya berbeza dari gambar no. 4) sebab ni je cara untuk kita melintas ke seberang jalan dengan mudah. Gambar ni bukan saya yang ambil, saya jalan tak tengok kanan kiri dek ngeri dengan jejantas kat sini. Malam di sini lebih meriah, muncul gerai tolak yang menjual pelbagai jenis makanan dan jualan VCD di kaki lima kedai yang sudah tutup operasinya.

Balik ke bilik, baru perasan..betapa kuatnya bau asap melekat pada pakaian kami!


...catatan seterusnya - apa yang ada di tempat yang 'tak ada apa-apa' ni?...


*** info: Pada 15 Sept. 2015 Riau diisytihar darurat dengan Pekanbaru (ibu kota Riau) mencatatkan tahap IPU melebihi 1,000 dan jarak penglihatan kurang 100 meter. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II turut ditutup. ***

Thursday, 3 September 2015

Mesin Deposit Syiling

Dah beberapa kali pergi, mesin ni asyiklah tak berfungsi.
Alhamdulillah semalam boleh guna...

Inilah Mesin Deposit Syiling di Bank Rakyat, khusus untuk pemegang akaun Bank Rakyat sahaja. Pertama kali guna, memang tak reti. Terima kasih kepada staf yang rajin membantu. 

Selesai mesin tu mengira, akan keluar resit ni. Siap ada senarai denominasi syiling kita. Nampak tak? Yang banyak duit 10sen dan 5sen. Itu bermaksud, jangan pandang sebelah mata dengan duit syiling nilai kecik. Bila kumpul camni, jadi banyak jugak tau. Ni hasil dari tabung sebesar tin susu pekat manis tu je. Bolehlah buat belanja isteri makan kat Aunty Aini's Garden Cafe! Kata suami sayalah...sebab ni hasil tabungan dia!

Lepas dapat resit, kena isi borang deposit dan amik nombor macam biasa untuk urusan di kaunter. Duit akan masuk akaun kita dalam tempoh 2 hari bekerja. Untuk yang mencari kat mana ada Mesin Deposit Syiling ni, boleh lah klik  DI SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...