Tuesday, 18 August 2015

Pasport

Semalam pagi, beria je saya dan suami pergi Presint 15, Putrajaya sebab nak buat pasport. Tapi hairan sebab lengang je kawasan bangunan tu. Beberapa tahun lalu pernah buat pasport suami kat sini. Lepas pusing dua kali, kami berhenti berhampiran bangunan tersebut dan suami pun turun untuk bertanya pak guard bertugas. Rupanya...dah lama bertukar lokasi! Terus bergaduh laki bini sebab takde sape yang check sebelum pergi...hahahaa!

Ok, kita bergerak ke lokasi terkini...
Kalau nak buat pasport/perbaharui pasport, kat bangunan kaca tu ya. Menara Ikhlas namanya, terletak bersebelahan dengan Istana Kehakiman (sebelah kiri). Masuk bangunan, naik lif ke Tingkat 3.


Saya sampai sini jam 9.15pagi, ambil nombor dan duduk menunggu. Tak sesak pun, lega. Untuk buat pasport pertama kali macam saya ni, cuma bawa kad pengenalan je. Gambar pasport akan diambil terus kat kaunter, macam kat atas ni. 


Saya kena bayar RM200 untuk tempoh sah pasport selama 5 tahun. Berbaloi untuk yang selalu ke luar negara. Tapi macam tak berbaloi untuk saya. Nampaknya kena selalu intai tiket penerbangan murahlah ni! ^__^

Saje letak kat blog untuk rekod/rujukan saya..pertama kali buat pasport. Oh ya, pasport ni saya dapat setelah 1jam membuat bayaran. Lepas buat bayaran dan nak tunggu 1jam tu, bolehlah kita makan kat restoran mamak kat tingkat bawah. Kalau lepas makan dan nombor giliran untuk ambil pasport ni dah terlepas, kita boleh terus ke kaunter dan sebut/tunjuk angka giliran.

Proses keseluruhan dari saya ambil nombor giliran sehingga dapat pasport ni, cuma 1jam 15minit! Memang mudah sangat. Alhamdulillah! Tapi satu je yang saya sakit mata tengok, staf bertugas kat kaunter nombor tu asyik dengan gajet dia. Layan pelanggan sambil lewa, mata lekat kat skrin gajet. Pastu siap menguap besar-besar sambil menggeliat. Aduhai...


~destinasi pertama saya dekat je, ke negara jiran. Tu pun sebab beli tiket promo. Jalan-jalan melihat kebesaran Allah dengan bajet rendah..Insya Allah!~

Thursday, 13 August 2015

Travelog Minda Tajdid

Lama rasanya tak menjengah dunia blog, harini saya rajinkan jari jemari menulis tentang buku yang baru habis saya baca (setelah lebih sebulan memulakan helaian pertama!). Menulis malas, membaca pun malas?


Tajuk : Travelog Minda Tajdid - Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat
Penulis : Mohd Asri Zainal Abidin
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd (2012)
Harga : RM16 / SM
Muka surat : 207

Sekali lagi, buku Dr. MAZA ini tidak menghampakan saya. Banyak topik menarik yang dikupas dengan baik dan mudah dihadam minda. Beberapa persoalan isu semasa yang menjadi kekeliruan di minda saya, berjaya 'dijawab' dalam buku ini. Yang samar, menjadi jelas. Yang keliru, menjadi pasti. 

Sungguhpun buku ini diterbitkan pada tahun 2012, namun topik dan huraian yang diberi masih 'segar' terutamanya berkaitan pergolakan politik yang melanda negara kita sekarang.

Antara topik yang menarik dalam buku ini :
  • Islam : Prinsip ataupun Alat?
  • Salam Buat Perdana Menteri Baru
  • Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu
  • Jiwa 'Kehambaan' Melayu Menghalang Pembaharuan
  • Ulama ataupun Profesional Jadi Pemimpin?


Petikan Buku 
(petikan dari topik - Salam Buat Perdana Menteri Baru)

Kezaliman seseorang pemimpin yang berkuasa mungkin tidak dapat dibantah oleh orang lain, ataupun mungkin dapat disembunyikan, ataupun dijustifikasikan oleh para pengampunya. Ketidakadilan kepada rakyat dan penderitaan mereka mungkin tidak dapat dituntut di dunia ini, ataupun mungkin tidak ada siapa yang berani membela. Bahkan, mungkin catatan sejarah juga akan terlupa. Namun, Tuhan dengan segala kebesaran-Nya menyebut dalam kitab-Nya :

"Dan jangan kamu menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim. Sesungguhnya, Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku), mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong."
(tafsiran surah Ibrahim, ayat 42-43)

**************************************************

~ Hari demi hari, makin banyak kekeliruan. Kebenaran begitu samar, sedang kebatilan bermaharajalela! Panjatkan doa pada Allah, agar negara kita dalam rahmat dan perlindungan-Nya sentiasa.~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...