Wednesday, 29 April 2015

Menikmati Malam di Penghujung Benua Asia - Tg Piai Resort

Ni kisah awal bulan April, masa balik kampung kat Pontian. Saya, suami dan beberapa ahli keluarga pergi makan malam kat Tanjung Piai Resort ni. Lokasinya taklah jauh mana dari rumah mak saya di Rimba Terjun, cuma ia agak ke dalam dan gelap sebab melalui jalan kampung. Tapi jangan risau, kita masih boleh baca signboard kat tepi jalan untuk ke Tanjung Piai. Mudah je jalannya, Insya Allah.

Bila korang nampak signboard besar tulis 'Tanjung Piai Resort' dan di belakangnya lautan, tu maksudnya korang dah sampai destinasi dituju. Bangunan resort memang tak nampak depan mata tau, sebab kita kena parking dulu dan menapak beberapa ratus meter untuk sampai. Kena lalu jambatan dan seterusnya melalui laluan tembok putih untuk ke resort. 

Kami sampai waktu Maghrib, dah gelap. Suasana sunyi dan tenang. Gambar kat atas ni, jeti nelayan yang terletak bersebelahan laluan resort. 

Sampai di pintu masuk...dekorasi ringkas tapi sedap mata memandang.

Sambil bergilir solat Maghrib (surau disediakan), kita rayau resort ni dulu....
Masa ni air surut, ombak pun perlahan je. Nampak deretan cahaya tu? Memang cantik kalau korang tengok secara real. Cahaya tu datang dari kapal-kapal kat Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Lepas solat Maghrib, baru order makanan. Tak lama kemudian, sampailah hidangan untuk kami berlima. Tak order banyak sebab lelaki sorang je, tak habis membazir pulak. Tapi akhirnya memang tak abis pun nasi yang dihidang. Lauk semua licin, okeylah...sedap kat tekak saya. 

Yang paling best, sambil makan sambil dengar bunyi ombak (air laut mulai pasang). Dan sambil memerhati cahaya dari deretan kapal-kapal besar. Ditambah pulak dengan hembusan bayu laut yang sejuk. Makan pulak ramai-ramai, memang seronok.

Bagi yang berminat nak menginap kat resort ni, atau sekadar datang makan-makan macam kami boleh dapatkan info Tanjung Piai Resort ni di SINI atau hubungi 07-696 0011. Kepunyaan Melayu Muslim, orang tempatan. Kalau waktu siang, korang boleh meneroka Taman Negara Tanjung Piai yang terletak berhampiran.

Tuesday, 28 April 2015

'Diana Rashid & Friends' Nak Bagi Hadiah!!!




Hadiah-hadiah yang membuat saya tertarik...

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

kufi saiz A4 x 2 pemenang

Tudung x 2 pemenang 

5 shishedo mask x 1 pemennang

topup RM10 x 1 pemenang

1 BB cream Seqy Beauty Natural Tone 
dan 1 Cleanser Seqy Beauty X 1 Pemenang

Produk shaklee (chewable vita c)  x 1 pemenang

Hijab pins by mommylin x 1 pemenang

Novel (Kalau Sungguh Bagai Dikata) x 1 pemenang


Kalau korang pun nak hadiah-hadiah ni, jom join GA oleh blogger Diana Rashid ni. Cuma KLIK BANNER kat atas. Tarikh tutup tu dah dilanjutkan kepada 1 Mei 2015. Sempat lagi untuk korang join.

Thursday, 16 April 2015

Cara Terima Duit Dari Western Union

Buat pertama kalinya, saya terima bayaran dari pelanggan melalui Western Union (WU). Saya tak pernah guna servis WU, makanya agak kelam kabut jugak cari info dari rakan niaga dan internet. Alhamdulillah semalam dah selamat terima duit tersebut. Saya catatkan di blog sebagai panduan korang.


Untuk terima/kirim duit melalui servis WU ni kita tak perlu ada akaun pun. Cuma beri NAMA PENUH kepada pengirim untuk dicatatkan dalam borang kiriman (saya gunakan nama suami sebab lebih mudah untuk dia keluar dan buat urusan terima duit). Lepas je pelanggan saya kirim duit melalui WU, dia beri saya gambar resit penghantaran (gambar di atas). Dari resit ni kita perlukan info - NAMA, NEGARA & NO. TELEFON PENGIRIM, AMAUN TERIMA dan MTCN (Money Transfer Control Number). 



Lepas ada info semua tu, kita boleh terus pergi ke mana-mana agen WU dan isi BORANG TERIMA WANG (seperti gambar kat atas). Tapi kalau korang buat di bank, lain sikitlah rupa borang dia. Isi dan serahkan borang bersama Kad Pengenalan kita sebagai bukti penerima. Kalau semua info tepat, kita dapatlah terima duit dan resit penerimaan. Taklah susah sangat rupanya!

Untuk semak kat mana ada agen, sila KLIK DI SINI. Untuk info lain berkaitan servis WU, boleh terus layari laman web di DI SINI.


Friday, 10 April 2015

Kenapa LELAKI Ramai Muflis?

Printscreen dari Facebook, topik yang menarik...
Fakta menyebut 70% daripada 120,000 orang yang MUFLIS adalah LELAKI.
Persoalannya, kenapa LELAKI???


Pendapat saya secara umumnya....sebab lelaki tak risau atau takut kepada hutang dan berani berhutang di luar kemampuan, yang akhirnya membawa kepada muflis. Berbeza dengan perempuan, baru nampak perkataan 'tunggakan' pada bil utiliti pun dah menggelabah nak cepat-cepat bayar! Tu baru bil utiliti, boleh bayanglah macamana risaunya orang perempuan bila loan kereta, loan rumah yang tertunggak. Selagi ada duit, memang akan bayar. Kalau nak berhutang/buat pinjaman pun berkira-kira. 

Ok, itu cuma pendapat saya je tau. Pendapat kita pastinya berbeza, ikut pengalaman hidup kita dan realiti insan disekeliling kita. Takde satu pendapat yang tepat untuk persoalan ini, sebab kes muflis ni berbeza-beza.  

Apa pulak pendapat korang ya? Kenapa LELAKI lebih ramai muflis berbanding perempuan?


Thursday, 9 April 2015

Perwira Di Medan Derita

KISAH 1
Dia kadangkala terpaksa berhutang,
Hanya untuk mendapatkan rawatan mereka suami isteri.
Tiada kemudahan mencukupi di hospital berdekatan.
Terpaksalah berulang-alik ke hospital yang jauh.
Yang menuntut kos dan kudrat tua mereka.
Menaiki beberapa bas untuk tiba.

Jika hanya untuk rawatan si suami,
Pergilah dia bersendirian bagi menjimatkan kos.
Jika rawatan untuk si isteri,
Pergilah mereka berdua bagi menemani si isteri,
Walau kos tentunya semakin bertambah.


KISAH 2
Dia ke bandar sendirian,
Bukan tak mahu membawa anak isteri,
Tapi memang tiada kemampuan wang.
Cukup sekadar memenuhi keperluan mendesak.
Mereka hanya mampu bergilir,
Setiap kali jika ingin ke bandar.


~Secebis daripada kisah-kisah mereka, 'perwira di medan derita'. Muhasabah diri, bersyukur apa yang kita ada dan berkongsilah walau sedikit dengan mereka.~

Thursday, 2 April 2015

GPS (bukan GST)


Baca berita ni, terkenang kisah saya sendiri.
Semasa bercuti ke Terengganu, beberapa tahun lalu.
Kami gunakan GPS untuk ke Masjid Kristal.
Ikut je arahan pada GPS. Di suruh belok, kita belok.
Akhirnya membelok ke satu lorong kecik, kita ikut jugaklah.
Tapi...bila sampai penghujung jalan, kami terus berhenti.
SUNGAI di depan mata!

Puas la kami mengutuk GPS tu...terus off.
Memanglah Masjid Kristal tu ada kat depan mata...
Tapi kat seberang sungai!


~ Gara-gara masih dihantui dengan GST, ramai yang tersalah baca GPS sebagai GST! ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...