Wednesday, 25 March 2015

Penghantaran Terus Ke Rumah!

Dah setahun saya menetap di kawasan perumahan baru ni, kejiranan pun makin meriah.
Tambah meriah bila masing-masing boleh beramah mesra di grup WhatsApp.
Mungkin ramai yang belum bersua muka, tapi dah biasa bergurau senda.
Begitulah kita memanfaatkan teknologi.

Sambil-sambil tu boleh jugak iklankan barang jualan.
Agen insurans, agen Shaklee, agen Tupperware...
Yang jual Vitagen, jus Delima, susu kambing, kuih frozen pun ada.
Paling menyenangkan, ada yang jual ayam proses dan telur ayam!
Semuanya dihantar terus ke rumah. 


Congo Bars...order kali kedua dah ni. 

Brownies...yang ni jiran bagi percuma, saya order Cream Puff dari dia.

Santapan pagi tadi...Mee Goreng Basah. Pun dihantar terus depan pagar rumah!
Telur goreng tu saya goreng sendiri, telur pun beli dari jiran.


~ Tak payah keluar rumah, tak payah bayar online, tak takut kena tipu...senangnya berurusniaga dengan jiran-jiran begini. ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...