Wednesday, 18 February 2015

Aku Budak Lenggong


Tajuk : Aku Budak Lenggong
Penulis : Hamizul Abdul Hamid
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd
Harga : RM20 (SM)
Muka surat : 360

Saya memang suka baca buku genre biografi/memoir. Macam buku Aku Budak Lenggong (ABL) ni, ia adalah sebuah penulisan berbentuk memoir hasil pengalaman hidup penulisnya. Bagusnya buku genre begini, ia seakan sebuah buku sejarah tentang budaya dan cara kehidupan masyarakat kita suatu masa dahulu. Yang mana ia jauh berbeza dan banyak yang tidak lagi wujud pada masa kini. Buku ini juga bagai terowong masa lalu untuk mereka yang sezaman dengan penulis, mengimbau kenangan lalu yang mungkin sudah pun hampir pudar dari ingatan. 

Petikan Buku
Kami akan memasuki kebun-kebun getah dan membawa sumpit (beg) plastik. Biji-biji getah dikumpulkan dan kami main bersama teman-teman. Ada bermacam cara bagi kami untuk bermain dengan biji-biji getah itu. 

Kami boleh beradu biji getah dengan cara melekatkan di telapak tangan antara dua biji getah dan kami kepitkan di celah peha, siapa yang pecah biji getahnya maka kalahlah dia. Ada biji getah yang kuat dan tebal kulitnya maka kami panggil 'tagan'.

Tagan itulah biji getah kesayangan kami, kononnya ia biji getah yang bertuah dan tahan lasak. Sesiapa yang beradu dengan tagan kami selalunya pecah jadinya.


*bagi yang nak membeli secara online, boleh dapatkannya DI SINI.


~buku ini membuat aku tersenyum sendiri, sambil fikiran melayang ke suatu detik dahulu. Kulit duku dijadikan peluru, berlawan spider king dan bermacam lagi. Indahnya kenangan!~

Monday, 16 February 2015

Pengebumian : Antara Agama dan Adat

Kalau korang saksikan secara langsung majlis pengebumian Allahyarham TG Nik Aziz, memang tiada bacaan talqin, taburan bunga, atau pun siraman air mawar. Bagi yang belum tahu hukum asal, ia mungkin pelik terutamanya bila tiada bacaan talqin. 

Bacaan talqin BUKAN perkara WAJIB. Itu yang perlu kita tahu. Terdapat perbezaan pendapat ulama' mengenainya, maka kita bebas memilih untuk melakukannya atau meninggalkannya. Tak perlu kepada perdebatan. Nak dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus? Boleh klik SINI. 

Bagaimana pula dengan taburan bunga dan siraman air mawar? Juga BUKAN perkara WAJIB. Tak salah kalau tujuan kita untuk mengharumkan kubur bagi orang yang datang berziarah. Tapi ia jadi bida'ah jika kita melakukannya kerana meniru perbuatan orang bukan Islam. Pendek kata, ia bergantung kepada NIAT kita. Yang terbaik, TANAM pokok bunga sebab ia akan bertasbih dan Insya Allah boleh memberi rahmat kepada si mati. Nak dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus? Klik kat SINI.

Teringat semasa pengebumian Allahyarham Bapak saya, kami tak sediakan bunga-bunga untuk ditabur sebab tak tahu apa tujuan/niat. Tapi atas gesaan orang sekeliling (yang lebih tua), terpaksalah jugak beralah. Buat kerana ikut-ikutan. Untuk air siraman (tanpa campuran bunga mawar), itu saya setuju sebab nak kukuhkan tanah kubur yang kering. Bagi bacaan talqin pula, saya terima ia dilakukan kerana ada manfaat bagi yang datang berziarah. Sebagai ingatan bagi yang masih hidup.

Kesimpulannya, dalam apa jua perlakuan seharian dari awal kelahiran sehinggalah detik terakhir seorang muslim dikebumikan, haruslah dilakukan dengan ILMU. Bukan kerana ikut adat semata-mata sehingga kita tak tahu HUKUM ASAL sesuatu perkara. 

Insya Allah sama-sama kita cari ilmu. Wallahu a'lam.


~Adat harus disesuaikan dengan agama, bukan agama yang tunduk kepada adat.~


----------------------------------------------------------------------------

Koleksi terkini...MARWA (XXL). Klik gambar untuk info lanjut.

Friday, 13 February 2015

Pergi Tak Kembali, Hilang Tak Berganti


Tanggal 12 Februari 2015...
Tercatat sejarah duka buat kita yang mengasihi ulama'.
Detik 9.40 malam beliau menghembuskan nafas terakhir.
Meninggalkan kita yang masih dahagakan teladan dan bimbingan,
Daripada seorang insan mulia berperibadi tinggi.

Damailah Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat,
Semoga syurgalah buat mu...


(sumber gambar di SINI)


~ sedih dan sebak melanda diri, saat mendengar khabaran duka ini. Ya Allah...semoga kehilangan ini tidak mematahkan jiwa kami, untuk terus memperjuangkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kami! ~

Wednesday, 11 February 2015

Neraca Keadilan

(sumber gambar : Fb Dr Wan Azizah)

Hukuman penjara 5 tahun ke atas seorang lelaki tua,
Sabit kesalahan meliwat seorang lelaki muda yang tampak gagah.
Itulah yang tercatat dalam sejarah politik dan perundangan negara,
Tanggal 10 Februari 2015.

Akalku berfikir mencari logiknya...
Bagaimana seorang pemuda yang sihat gagal mempertahankan diri,
Dari ancaman nafsu songsang seorang lelaki tua.

Hatiku menjatuhkan hukuman sendiri...
Huhhh...pemuda itu pastinya menabur fitnah!
Dia menjadi boneka satu konspirasi!

Imanku muncul bersuara, mujur sekali...
Sungguh...aku tidak tahu apa-apa sebenarnya.
Aku cuma berandai-andai tentang pemuda dan lelaki tua itu.
Aku seharusnya ingat adanya neraca keadilan di hari Akhirat,
Penghakiman yang tak mampu dinafikan oleh sesiapa pun,
Kerana segalanya akan ditayangkan di hadapan mata.

Aku seharusnya berdoa...
Moga kebenaran sentiasa mampu mengatasi kebatilan!
Moga yang benar-benar teraniaya diberi ketabahan jiwa!


*Bersuaralah, jika kamu tahu kebenarannya. Berdiam dirilah, jika kamu tidak tahu apa-apa. Kerana ia mungkin cuma menambah dosa*

Tuesday, 10 February 2015

MEE RACUN di Kompleks Niaga Jalan Sultanah

Memang ini adalah entri ketiga berkenaan Mee Racun yang saya coretkan di blog. Di tiga tempat berbeza, dan dengan rasa yang berbeza. Kali ini, saya mencuba Mee Racun di KOMPLEKS NIAGA JALAN SULTANAH, BATU PAHAT, JOHOR. 


Mee Racun Biasa - RM5 sahaja. Ada kentang goreng, potongan telur dadar, daging.

Mee Racun Special (Tulang) - RM10 sahaja. Lembut dagingnya tau.

Agak lama menunggu barulah hidangan kami sampai. Sebelum tu, saya perhatikan pelanggan lain masing-masing makan licin dan siap beli bungkus. Macam sedap je gayanya. Bila mencuba sendiri, emmm...memang sedap! Memang berbeza dari yang pernah saya makan sebelum ni. Licin saya makan. Aduhai, ni cerita dah terliur pulak! Memang jadi tempat wajib pergi tiap kali balik Batu Pahat ni.

Bagi yang berkesempatan, boleh la ke Kompleks Niaga Jalan Sultanah ni. Ada terpampang tulisan 'Mee Racun'. Di buka dari jam 4.50 petang hingga 12 malam. Tutup pada hari Isnin. GPS : 1.850727,102.929848,18

Lepas tu singgah di Aeon Big Batu Pahat, terjumpa pulak blogger Izan Ishak. Berdua dengan suaminya. Saya kenal dia (melalui gambar di blog dan fb), tapi Izan memanglah tak boleh nak kenal saya. Maka, sayalah yang memulakan sapaan. Pertama kali terserempak dengan rakan maya. Hehee.. 

Monday, 9 February 2015

Jual Barang Terpakai di MUDAH.MY....Lagi!

Hujung minggu saya kali ni agak sibuk dan memenatkan dengan pelbagai aktiviti. Tapi yang paling melegakan saya, Sabtu lalu (kelmarin) dah selamat menjual peti ais lama kami. 


Peti ais Samsung berusia lebih 10 tahun ni saya iklankan di MUDAH.MY pada petang 22 Januari 2015 dengan harga RM250. Terus ramai yang bertanya dan ada yang nak datang malam tu untuk tengok dan beli. Cuma malam tu suami ada urusan lain, urusniaga pun batal. Dan selepas tu memang bertalu-talu pertanyaan sampai tak terlayan suami nak menjawab, lagi-lagi bila waktu bekerja. Alhamdulillah, akhirnya lewat petang kelmarin ada yang datang tengok. Lepas tengok dia terus setuju membeli. Maka, bertukar tuanlah peti ais kesayangan saya ni. 

Memang saya sayang, sebab inilah antara 'harta' yang kami miliki selepas kahwin dulu. Siap kumpul dua bulan duit gaji (setelah tolak komitmen lain), barulah boleh membeli peti ais ni. Masa tu gaji suami pun kecik je. Bagusnya peti ais ni, langsung tak pernah buat ragam. Memang takde masalah. 

Kami tukar pun sebab perlukan peti ais berkapasiti lebih besar (walaupun ahli rumah masih lagi dua orang!). Sebabnya sejak berpindah ke Pajam ni, ada kekangan untuk mendapatkan bahan mentah/makanan dengan mudah. Kenalah beli banyak dan simpan buat stok. Berbanding masa tinggal di Bangi, segala macam kedai ada berdekatan rumah dan banyak pilihan. Pasaraya Family Store pun boleh nampak dari depan rumah, punyalah dekat. Saya yang tak berani drive pun boleh je jalan kaki bila-bila kurang barang.

Jadinya, kalau korang pun ada barang terpakai untuk di jual bolehlah iklankan kat MUDAH.MY ni. Takde bayaran pun, tapi hasilnya memuaskan sangat. Dan ini bukanlah kali pertama saya menjual barang terpakai di situ. Sebelum ni saya dah berjaya jual 'Portable Air-Conditioner', ceritanya DI SINI. Jangan lupa, lepas berjaya menjual korang delete iklan tu ya. Takdelah orang asyik bertanya benda yang dah takde. 

Thursday, 5 February 2015

Siapa Pernah Guna Ni?


Errr...saya tak pernah guna.
Macam jakun jugak bila dapat tengok dan pegang sendiri.
Selepas ni, ia jadi sebahagian daripada koleksi di rumah kami!
^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...