Taktik baharu pencerobohan tersebut terbongkar apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menemui ladang-ladang terselindung di lereng bukit yang diusahakan oleh golongan tersebut.
Ladang-ladang yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 500 hektar itu menggunakan kaedah penanaman ‘barn’ atau gemburan tanah berbanding pemasangan struktur pelindung plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.