Thursday 5 November 2015

Pekanbaru, Riau : Jom Makan-Makan!

Menyambung catatan ke Pekanbaru, Riau yang cukup lama tertangguh. Sayang pulak kalau tak diabadikan dalam blog sebagai tatapan dan rujukan sendiri pada masa akan datang. Juga sebagai panduan korang yang nak berkunjung ke sana. Saya sendiri pun banyak membaca catatan blogger lain sebagai rujukan sebelum ke sana.

5-7hb. September 2015


ES TELER - dok bayangkan macam ABC kita, rupa-rupanya berbeza. Es Teler ni gabungan ais yang dikisar kasar, bersama potongan kecil buah-buahan seperti avocado, kelapa muda & nangka. Rasanya manis. Es Teler dari restoran Es Teler 77 yang terletak di Mall Pekanbaru ini berharga Rp. 24,545. Tekak kami? Gagal menerima dengan baik!

JUS ALPUKAT - iaitu jus Avocado. Saya tak suka rasa jus ni. Tapi suami suka, makanya jus ni lah yang kerap dia order bila waktu makan. Harganya sekitar Rp. 20,000.

TEH BOTOL - minuman teh botol keluaran Sosro. Rasanya? Macam air teh biasa, tapi ada kelat sikit. Kira okeylah! Harganya Rp. 6,819 di Restaurant Solaria.


Hidangan tengahari kami di Rumah Makan Nasi Kapau Uni Ros. Terletak di seberang jalan Pasar Bawah. Disebabkan tak berapa faham apa yang ditanya pelayan restoran, kami angguk je. Terus dia hidangkan lauk pauk dekat 20 bekas! Termenung jap sebab tak tau nak ambik lauk apa, banyak sangat pilihan.

Disebabkkan lauk pauk ni dah sejuk, tidaklah beria kami makan. Kami dicaj Rp. 62,000 mengikut lauk yang diambil sahaja. Rupa-rupanya, kita boleh je pilih lauk sendiri macam kedai makan biasa tu. Sebab nampak orang lain dok pilih lauk kat satu sudut kedai.


DURIAN - di Pekanbaru terdapat kedai makan yang jual durian dan produk makanan berasaskan durian. Disebabkan tak tau kedai mana yang bagus, kami minta bantuan pemandu teksi untuk bawa kami ke kedai durian. Sampai kat kedai ni, pilih-pilih durian. Agak kecewa, duriannya tak menarik. Tapi sebab dah sampai, suami belilah jugak. Makan kat situ. Rasa durian ni pun biasa-biasa je, tak boleh nak makan banyak. Harga durian ni sekitar Rp. 60,000. Mahal! Entah kena tipu, atau memang mahal gini. 


ROTI SIAK COKLAT - macam roti kering kecil, tapi yang ni rapuh dan atasnya ada sapuan coklat (ada beberapa pilihan lagi). Bagi kami, rasanya biasa-biasa je. Harga : Rp. 17,500. Boleh di beli di kedai roti Vanhollano, terletak di seberang jalan hotel penginpan kami (I-Shine) atau di cawangan lain dalam mall.


Restoran SATE BUNDO KANDUANG, restoran sate yang terkenal di Pekanbaru dan memang saya sangat syorkan jika korang ke sini. Sedap! Ada dua pilihan - SATE AYAM macam kat atas ni, dihidang dengan kuah kacang yang sedap. Siap ada keropok warna merah tu, timun, tomato, sambal dan nasi himpit. Harganya Rp. 17,000.


Satu lagi pilihan - SATE PADANG. Sate daging sapi (lembu) dan nasi himpit yang dihidang dengan kuah sate padang yang cukup membuat saya teringat-ingat sampai sekarang! Bawang gorengnya pun sedap. Kuah yang pekat ni agak pedas bagi saya, tapi tetap nak lagi. Kalau orang tempatan, saya lihat mereka makan bersama kerepek ubi sira pedas yang ditabur di atas kuah sate ni. Kerepek ubi dalam peket kecil memang tersedia di atas meja makan.  Harga sate Padang ni Rp. 18,000.

Makan sate kat sini memang rasa tak puas sebab saiznya kecil dan nipis je, Pastu cuma ada 6 cucuk je dalam setiap hidangan...memang tak puas makan. Nak tambah order sate segan pulak, dah dua kali datang restoran ni tak pernah lagi nampak orang sana tambah order. Lokasi? Setahu saya ada dua tempat di Pekanbaru ni. Satu di Plaza Senapelan dan satu lagi berhampiran Plaza Sukaramai (Ramayana), cuma perlu berjalan kaki dari hotel penginapan kami. 

----------------------------------------------------------

Pengalaman tak best masa baliknya pada 8 September, penerbangan ke Kuala Lumpur tertunda kira-kira 5 jam disebabkan masalah jerebu. Tambah risau, bila satu demi satu pembatalan penerbangan diumumkan. Alhamdulillah, penerbangan kami tak batal cuma tertunda begitu lama.

Kos perbelanjaan untuk kami berdua :
1. Tiket asas Air Asia pergi balik KL - Pekanbaru (2 orang) : RM174.00
2. Caj pilih tempat duduk AA : RM24.00
3. Hotel I-Shine, Pekanbaru (3 malam) : RM378.00
4. Tiket ERL pergi balik Salak Tinggi - KLIA2 (2 orang) : RM12.80
5. Caj letak kereta di stesen ERL Salak Tinggi (4 hari) : RM8
6. Tambang teksi selama di Pekanbaru : Rp. 178,000 atau RM57.42
TOTAL : RM654.22

Kos di atas tak termasuk kos makan-makan dan beli cenderahati ya. Disebabkan ni jalan-jalan stail bajet rendah, kami tak membeli-belah sangat. Pergi dengan bawa beg belakang sorang satu, balik cuma tambah satu lagi beg di tangan. 

Kadar tukaran wang masa saya pergi ni adalah RM310 untuk Rp. 1juta. Saya sertakan semua info di atas sebagai rujukan kot ada yang dok kira-kira bajet nak ke Pekanbaru. 


Kat mana Pekanbaru? Tengok kat atas ni. Dekat je kan..
Dah tamat catatan baru nak tunjuk peta. ^_^

26 comments:

  1. Walaupun dekat kalau dari kampung kakak tapi kakak tak pernah pergi.
    Jus alpukat (apukado) di Indon memang femes kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pembacaan sebelum pegi, mmg jus tu femes..tu yg sampai je kat sana, terus order! :D

      Delete
  2. Aku tak pernah try lagi jus avokado ni..rasa lemak berkrim tak..
    Ok jugak bajet utk 2 kekasih sejoli..
    Aku pun nak pergi jugak lah berjoli kat sana
    Thanks ujie sharing ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa lemak2..camne ekk nak describe..tapi aku tak suka. :)

      Delete
  3. Semua minuman yang kat atas kena sangat dengan tekak saya... memang mabeles.

    Saya kurang sate dia orang... tapi sate kambing Muslim negara China paling sedap dalam dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..nanti saya cari sate kambing tu, insya Allah nak ke China jugak ni en.Mie. ^_^

      Delete
  4. lepas ni entry beli apa di pekan baru pulak..ekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tamat dah pun. Lgpun mmg takde beli apa sgt..bkn melancong, mengembara tengok tempat org je. :)

      Delete
  5. ingatkan pekan baru dekat pahang. hehehe. nampak sangat la fail geografi. haha

    ReplyDelete
  6. Tq atas infonya Ujie..... senang le kalau nak makan kat Pekan Baru nanti , boleh terus order dengan bangganya hihi....

    Murah tu .... tapi walau murah murah pun kalau dah 5 org jadi mahal jugak akhirnya hihi....Anak anak ni bukan boleh, asyik nak mengekor jer kerjanya

    ReplyDelete
  7. patut senyap je..melancong rupanya :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh..tak la Yan, akak pegi ni bln 9. lama dah, cuma tgh malas blogging je. hehee

      Delete
  8. kiranya lauk pauk yg di hidang tu macam lauk nasi padanglah ye..kita bayar apa yang kita makan..

    ReplyDelete
  9. teh botol tu mmg rare... boleh simpan botol tu buat kenangan :-))

    ReplyDelete
  10. es teler 2 nampak mcm sedap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..tapi tak sedap kat tekak akak ni Ahlam!

      Delete
  11. masa tengok makanan tu macam terkezut..fikir...banyak nyer akak makan..berdua je plok tu..hahahha..jahat kan....sate napok macam pelik tapi kalau rasa sedap on je kan....sekali sekala melancong kat tempat orang seronok walaupun jerebu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat tak penah sampai, seronok la. Cuma gambar kurang cantik sbb bila jerebu langit putih je..

      Delete
  12. jus alpukat tu famous tapi tekak saya tak dapat terima, teh botol sorso itu sedap bagi tekak saya hehehe...

    seronok dapat jalan2 tengok negara orang macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita..setakat merasa boleh la jus tu kan..

      Delete
  13. Ujie sempat lagi rasa segan nak tambah order sate tu ye. Kalau saya saya tambah je. Sbb bukan org situ jumpa dah saya lepas tu. Heheh. Lagipun kalau yg sedap tu, nnt teringat2 la mcm ujie. tapi derang mmg suka makan ada letak keropok dan kerepek ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..saya ni mmg penyegan Lyd. Mujur nak jln2 ni tak segan..kalau tak mmg haruu lah! :D

      kat tepi2 jln pun ramai yg jual kerepek ubi pedas tu tau..jual tu je.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****