Tuesday, 13 October 2015

Pekanbaru, Riau : Jom Jalan-Jalan!

Lama sungguh nak menyambung catatan ke Pekanbaru ni, maklumlah menulis blog ni kena ikut mood. Kalau takde mood, lamalah termenung depan skrin.

5 - 7 September 2015
Rancangan asal nak meneroka dan bermalam di Kampar terpaksa dibatalkan atas faktor jerebu dan kadar tambang teksi yang tak berbaloi untuk kami berdua. Akhirnya, sepanjang beberapa hari kami cuma menjelajah sekitar Pekanbaru sahaja. Misi kami...pelancongan bajet rendah! Kami memilih teksi bermeter dengan caj minima Rp20,000 untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Berjalan kaki juga menjadi pilihan kami! Kata bajet rendah kan...hahahaa.


1. Lokasi penginapan kami - Hotel I-Shine di Jalan Jenderal Sudirman memang sangat strategik. Betul-betul di tengah bandar dan bila melangkah keluar hotel je, semua ada di sekeliling. Dengan berjalan kaki kita boleh ke pusat membeli-belah sekitarnya - Mal Pekanbaru, Plaza Senapelan dan Plaza Sukaramai (Ramayana). Sesuai untuk yang suka shopping, memang rambang mata tengok telekung/pakaian/kain pasang. Saya suka tengok je..  


2. Inilah Pasar Bawah. Lokasinya jauh dari hotel, kami naik teksi. Pasar Bawah ni macam Pasar Payang, Kuala Terengganu. Kalau nak cari cenderamata (t-shirt bertulis Pekanbaru), elok cari sini. Sebab tak nampak pulak kat tempat lain. Key-chain saya tak jumpa. Nak cari aneka kerepek, ada kat tingkat bawah pasar ni. Kat sini, kami beli dua set telekung sebagai cenderamata untuk mak-mak kami. Harga? Tak murah sangat. Tapi rendah berbanding kat Malaysia. Orang kata kalau nak betul murah, kena ke Bandung.


3. Masjid Agung An-Nur, dibina pada tahun 60-an. Antara masjid yang terkenal di Indonesia. Sebuah masjid yang besar dengan senibina yang menarik! Lebih menarik, ada kaunter untuk kita simpan kasut yang dijaga oleh dua remaja lelaki. Tiada bayaran dikenakan. Suami saya hulur juga duit, penjaga tu terus masukkan ke dalam tabung masjid yang ada di situ. 


4. Alhamdulillah...berpeluang solat di sini. Cuma sedikit terkejut, masa berwudhuk ada lelaki yang masuk. Penjaga masjid mungkin, sebab dia tanya air ada atau tidak (memang takde air, terpaksa wudhuk di tandas). Masa nak solat di ruangan wanita ni pun, tiba-tiba dia masuk menyapu. Agak kesal, sebab dia tak ambil peduli aurat kami. Begitulah..lain tempat, lain budayanya mungkin.


5. Gedung buku yang terkenal dan terbesar di sini - GRAMEDIA. Dari tempat makan durian (akan diceritakan nanti), kami berjalan kaki ke Gramedia. Walaupun peniaga durian memberitahu lokasi ni agak jauh untuk berjalan kaki! Memang agak jauh, tapi seronok dapat memerhati persekitaran dengan lebih dekat. Sepanjang berjalan, kami kerap di sapa oleh Angkot/Oplet (van pengangkutan awam). 

Gramedia memang tempat yang menarik bagi saya! Kami cuma menjelajah 2 daripada 3 tingkat bangunan ini. Itu pun dah kepenatan sebab ia memang besar dan membuat kita leka membelek buku dari satu bahagian ke bahagian lain. Istimewanya Indonesia, terdapat banyak buku daripada pelbagai disiplin ilmu dihasilkan oleh rakyatnya sendiri. Di Gramedia, saya membeli cenderamata untuk diri sendiri - tiga buah buku karya Andrea Hirata. Termasuk karya terkini beliau - Ayah. Seronok sangat dapat memiliki karya beliau yang asli (dalam bahasa Indonesia). 


6. Yang kuning tulah Angkot (di Pekanbaru disebut Oplet). Sebuah van pengangkutan awam yang banyak di sini. Suami nak cuba naik, saya pulak takut-takut. Rugi pulak tak cuba. Oh ya, kenderaan awam beroda tiga pun ada tapi tak banyak (tak berkesempatan ambil gambarnya).


7. Kami berjalan-jalan di deretan blok-blok kedai, melihat-lihat kehidupan setempat dan perniagaan mereka. Lokasinya tak jauh dari hotel penginapan. Memang berpeluh-peluh, tapi seronok!


8. Kedai yang menarik perhatian saya, kedai lukisan dan membuat bingkai. Jumpa pulak lukisan yang saya idamkan (gambar air terjun di tengah hutan yang nampak hidup), harga dalam RM sekitar RM90 tanpa bingkai. Memang murah sangat sebab saiz besar. Tapi sayang, dah ada yang punya! Menurut penjual, lukisan yang halus dan nampak hidup itu adalah karya pelukis dari Bali. Dia menunjukkan kedai lukisan yang lain. Rupa-rupanya memang banyak kedai begini, tapi saya gagal menemukan lukisan idaman. Eh, nak kena pergi Bali ke? ^_~


Keseluruhannya, mungkin benar Pekanbaru kurang daya tarikan pelancongan. Tiada pemandangan alam yang indah, tiada pusat membeli-belah dengan harga super murah. Tapi disebabkan itu, Pekanbaru jadi tempat yang aman untuk kami berjalan-jalan. Tiada peminta sedekah mengejar (seperti yang selalu orang cerita bila ke Indonesia). Tiada penjual yang mengejar dan memaksa kita membeli. Kiranya, sangat sesuai untuk kami yang baru pertama kali berjalan-jalan di tempat asing tanpa bantuan orang tempatan/pemandu pelancong.

....catatan seterusnya, makan-makan di Pekanbaru...

31 comments:

  1. Penjaga selipar itu mungkin bergaji itu yg bila diberi dia masukkan dlm tabung masjid. Dua-dua dpt ganjaran. Yg asal memberi buat penjaga dan si penjaga juga mahu menderma secara tak langsung.. indahnya hidup kalau semua org begini Ujie.

    Kakak teringin nak pergilah Ujie. Kalau ikut Kukup dekat aje kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baca satu blog tu, dia pegi naik feri ikut Melaka. Lps tu drive dlm 5-6 jam utk ke Pekanbaru. Kalau ikut Kukup tak pasti jaraknya dan caranya.

      Delete
  2. Masjid Agung An-Nur tu macam palace of justice la pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa..serumpun, citarasa pun sama kot!

      Delete
  3. Subhanallah...cantik masjid agung An-Nur... cantik juga pekan Riau ni...

    ReplyDelete
  4. nampak tenang jer ujie..tak sibukke jalan rayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya agak sibuk..tak putus2 ada kenderaan kak. Cuma masa saya ambil gambar mmg saya pilih time kurang sesak..segan! hehe

      Delete
  5. Hahaha...saya setuju dengan komen uncle Gedek tu....
    Tapi mmg unik dan cantik masjid tu...

    Di Indonesia, agaknya mmg budaya mereka macam tu kot, dulu masa kami ke Bali, di masjid/surau pun...ada yg bercampur tempat wudu' nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh..yela kot, tu dia tak kisah masuk tmpt wudhuk/tempat solat perempuan. Kalau masa kat airport mmg campur musolla, terus tak jadi nak solat jamak taqdim kat situ. Tak reti pulak.

      Delete
  6. Hehe.. lama2 pun keluar jugak entry kak ujie..
    Seronok juga kalau jalan kaki kan.. lebih2 lagi jalan berdua.. lebih mudah..
    Macam mat saleh yg jalan2 ke ibu negara kita.. rata2 semuanya jalan kaki je.. Hehe.. siap dengan back galas yg besar tu.. sempoi je..

    Cantik senibina masjid tu.. bagus la ada kaunter utk simpan kasut..
    Erm.. lepas ni boleh ke bali pulak kak, cari lukisan.. hehe..
    Mungkin saingan tak bnyk, sbb tu harganya tak murah sgt kan.. tapi ok la, boleh membeli dengan tenang..


    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan jap mcm mat saleh..masa jln kaki tu. :D
      Tapi mmg nampak pelik, sbb jarang org jln kaki kat tepi jln raya besar situ.

      Delete
  7. Entah2 penjaga masjid tu nak cuci mata je..ahahha...suka sangka buruk saya ni..ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak tercuci la mata kalau gitu..sbb yg ditengoknya saya perempuan muka bolat, hidung pesek..hahahaaa!

      Delete
  8. Asslm

    Salam Maal Hijrah. Kubah Masjid itu Biru Hijau... cantikkksss

    ReplyDelete
  9. Pekanbaru ni adalah bandar minyak bagi Indonesia... dan pernah dapat anugerah bandar terbersih di Indonesia... cuma kurang tempat yang menarik di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak supir ckp...di sini cuma tempat cari rezeki. :)

      Delete
  10. Terima kasih kerana bawak kita berjalan Ujie....sekurang kurangnya dapat gambaran jadilah walaupun tak pergi hihi...

    Yg penting cenderamata untuk mak mak ayah kita kena carikan dulu kan Ujie kalau berjalan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg beli utk diorang je, yg lain2 tak payahlah..hahaha

      Delete
  11. Rajin juga ujie berjalan kaki. Kalo saya tu memang daripada awal dah naik angkot. Heheh. Sebab memang spesis tak rajin. Saya tak kenal la dgn penulis buku yg Ujie sebut tu. Harga buku di sana murah ke tak? Dan lukisan air terjun yg nampak hidup tu. Tak dpt imagine. Tapi terkilan kan sebab tak dpt beli. Nak jumpa tu bukan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat dari awal mmg nak jln kaki..mudah memerhati. Dtg bkn nak melancong, tapi mengembara tengok bumi Allah.

      Andrea Hirata..penulis karya Laskar Pelangi yg difilemkan tu. Harga buku ilmiah saya dapati agak murah. Yg novel mcm lebih kurang rege kat Malaysia lepas convert RM.

      Delete
  12. begitu menghayati..rasanyer macam kita sama2 gi bercuti..hahahha...kalau tempat tak sibuk best jalan kaki...leh cuci mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..tinggi tahap penghayatan eita tu! :D

      Delete
  13. Salam hujung minggu dari Bunda..

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dpt ke Pekan Baru.
    Salam kenal dr alinmarlini.com

    ReplyDelete
  15. wahh bestnyer gi riau tuuu., huhu2

    ReplyDelete
  16. Assalam all...
    Jom singgah blog saya...newbie dalam berbloging hehehe..saya dah follow awk ye..Thanx... http://globalazcollection.blogspot.my/ Thanx for ur support dearies...

    ReplyDelete
  17. Puan boleh kongsi maklumat supir di sana? Kami akan ke Pekanbaru tak lama lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sis, kami tak ambil supir. Naik teksi bermeter je utk ke mana-mana. Teksi pun senang dapat.

      Delete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...