Wednesday, 10 June 2015

Manok Pansoh

22 MEI 2015 / JUMAAT

Ni cerita sebelah malamnya pulak. Balik dari Sri Aman, sampai rumah adik je dah ada beberapa orang lelaki (kawan adik ipar). Rupa-rupanya diorang ni di bawa khas untuk masak MANOK PANSOH (ayam dimasak dalam buluh), iaitu makanan tradisional kaum Iban. Wah...merasa jugaklah saya makanan tradisi kaum majoriti di sini!

1. Manok Pansoh yang dalam buluh tu tau. Selain tu, diorang bakar ayam dan ikan jugak. Saya tak join sebab masa ni semua orang lelaki. Meriah diorang berborak sambil membakar ni. Untuk info, nak masak Manok Pansoh ni perlu guna buluh yang tertentu (lebih tebal). Buluh yang dipakai kat dalam gambar ni, bukanlah buluh yang sepatutnya. 


2. Diorang tukang bakar, saya tukang makan je! Ayam bakar tu sedap sangat. Ikan...tak sempat nak makan sebab dah kekenyangan makan ayam bakar dan ayam Pansoh.


3. Inilah dia hasil masakan ayam di dalam buluh tadi...berkuah rupanya. Saya bayangkan kering. Rasanya? Ok, sedap jugak. Boleh diterima tekak sebab rasa dia takdelah pelik pun. Antara bahan yang digunakan untuk masak ayam ni - serai, halia & daun ubi kayu (untuk tutup bahagian atas buluh). Kot ada yang nak resepi Manok Pansoh ni, boleh klik DI SINI.


~ terima kasih buat adik dan suaminya yang bersusah payah import chef untuk bagi kami rasa masakan tradisi kaum Iban ni. ^__^ ~

17 comments:

  1. lama dah tak buat.ingat raya ni nak buat dekat kuching

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. penah merasa budak2 askar yg buat diorg dr serawak.. xsempat nak bersoal selidik dulu.. sebb diorg senior + regular.. hehehe

    ReplyDelete
  3. macam lebih berminat pd ayam yg berkolestrol tinggi tu dr yg berkhasiat.. hahaha

    ok ujie.. akak dah blog walking ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..bw byk2 sampai naik semangat ya! :D

      Delete
  4. :-)) pakai buluh lemang..agak2 boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kot..mcm kat atas ni lah. :)

      Delete
  5. dulu kawan serumah saya orang iban jugak..dia kalau teringin nak makan benda ni dia masak dalam periuk..hahahah..katanya benda tu sepatutnya masak dalam buluh tapi sebab tak boleh membakar dia masak je dalam periuk...sedap jugak..sebab ada serai tu..

    ReplyDelete
  6. waaaa...sedap nyer ayam bakor....
    tak pernah lagi test makan ayam dalam buluh ni

    ReplyDelete
  7. waaaa...sedap nyer ayam bakor....
    tak pernah lagi test makan ayam dalam buluh ni

    ReplyDelete
  8. masa bunda duduk kat serawak dulu pernah makan umai ...ayam pansoh ni belom pernah...

    ReplyDelete
  9. waa..nampak sedap tu... tak pernah try lagi..

    ReplyDelete
  10. dah merasa makanan tradisi ye ujie.acik pernah tengok kat tv je masak ayam dalam buluh tu

    ReplyDelete
  11. Oohh...ok...ala ala " ayam lemang" la...hahaha

    ReplyDelete
  12. Waa mmg menarik ler...pengalaman best tu...

    ReplyDelete
  13. pernah tgk kat tv cara memasaknya ... klu ayam tu memanglah sedap ... teringin lak nak merasa ...

    ReplyDelete
  14. pernah juga makan ayam yg dimasak dlm buluh macam ni, tp bukan resepi yg inilah...

    seronok dapat berjalan dan merasa makanan tradisi di tempat orang kan.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...