Monday 15 June 2015

Hari ke-3 : Sepetang di Kuching

23 MEI 2015 / SABTU

Kuih Corot / Celorot
Hari terakhir di Betong, Sarawak. Antara menu sarapan kami pagi ini, sebelum memulakan pemanduan ke Kuching :

Kuih Corot ni rasanya seakan-akan kuih kasui. Kenyal sikit kot. Cara makan, lurutkan ke bawah daun yang membaluti kuih ni. Kalau tak pandai, bukak ajelah gelungan daun tu.

Selesai makan dan berkemas, kami bergerak meninggalkan Betong kira-kira jam 10 pagi. Terasa sedikit sayu hati, kejap betul rasanya.


Homestay Petrajaya
Alhamdulillah...selamat tiba di Kuching setelah memandu selama 4jam (berbeza dengan masa perginya, 5 jam!). Mula-mula sekali, terus je ke homestay di Petrajaya yang dah ditempah awal oleh adik saya. Nak solat, mandi dan rehat jap. 


Rumah dengan konsep gaya Inggeris. Bersih, luas dan kemas. Siap ada buaian kat luar rumah. Puashati. Cuma rumah ni baru di cat masa kami masuk dan baunya sangat kuat sampai sakit hidung. Oklah, bagi yang berminat nak sewa rumah ni bolehlah hubungi 010-969 7171 ya. Deposit dikenakan.


Taman Orkid
Disebabkan dah petang, tak banyak tempat boleh dikunjungi. Kami pergi Taman Orkid je, sebab mak saya minat sangat dengan bunga. Inikan misi jalan-jalan bawak mak, haruslah ikut citarasa mak ya..

Taman Orkid yang dijaga rapi. (Gambar kecil) : Tumbuhan yang menarik perhatian saya, berdaun tajam sampai luka jari saya dek sibuk nak ambil gambarnya.

Sayangnya, tak dapat berlama-lama jalan-jalan kat taman ni sebab hujan. Perut pun dah lapar, kita bergerak ke pusat bandar Kuching. Makan-makan di sebuah restoran berhampiran Sungai Sarawak, lupa namanya. Memang sedap, dan pertama kali juga merasa tiram bakar. Gambar tak ambil pun sebab dah kelaparan sangat!


Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin
Selesai makan, kami pun mula bejalan-jalan untuk shopping kek lapis pulak. Masa ni dah pun lewat senja. Maklum jelah kat sini matahari lebih cepat menyembunyikan diri berbanding di Semenanjung.

Mira Cake House...punyalah penuh orang berebut kek! 

Kek Lapis Dayang Salhah...pun kami pergi. Tak sesak, mungkin sebab lokasinya yang agak tersorok.

Beli jugak ikan terubuk masin yang terkenal kat Sarawak ni. Bukan nak makan sendiri pun, tapi kiriman orang. Uniknya kat tempat jualan ni, siap ada kipas untuk halau lalat kot..

Pemandangan yang indah di Sungai Sarawak, berhadapan kedai Kek Lapis Mira tadi. Disebabkan dah keletihan, kami tak cuba naik pun sampan/bot kat sini. Lagipun mak tak berminat nampaknya.

Lepas membeli-belah, kami pusing-pusing bandar Kuching jap. Sekadar melihat-lihat dari dalam kereta je. Pastu terus balik rumah (homestay), nak berehat. Esok pagi-pagi kami merancang nak ke Pasar Serikin pulak. 


Sedikit tips :
1. Kek Lapis yang sedap dan tahap wajib beli adalah Kek Lapis India @ Kek Lapis Cadbury. Harganya RM20 sebuku. Yang lain tu tak beli pun takpe kot. Hehee..sekadar pendapat dari tekak saya.

2. Masa beli kek dan terubuk, bagitau yang kita nak naik kapal terbang. Nanti penjual akan bungkuskan elok-elok. 


20 comments:

  1. dekat sangat dengan rumah saya kat kuching tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti Lea terkenang rumah kat sana bila baca catatan ni kan.. :)

      Delete
  2. kuih corot tu memang makanan kesukaan. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sebab macam kasui, saya suka kasui..cuma tak reti nak lorotkan daun tu lagi.

      Delete
  3. menarik catatan perjalanan ni, terima kasih atas perkongsian.kak ana singgah dari anajingga.com malam ni .salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan mak,taman orkid yang chantek tuu ., ;p

    ReplyDelete
  5. Kalau kakak dpt peluang yg Ujie paparkan rasanya di taman orkid itu kakak lebih lama berbanding yg lain-lain. Tengok gambar yg ujie paparkan pun kakak dah mencerlang mata:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sama macam mak saya, asyik dia kat taman tu. Tapi sayang takde rezeki berlama..sbb hujan.

      Delete
  6. wah ujie dah dtg sarawak....kak nurul x sampai lg tmn orkid nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang bwk mak ziarah adik je kak, kalau tak ntah bila nak sampai.

      Delete
  7. beza ke kek lapis sarawak kat sana dgn yg jual sini ujie?

    mahal ampun kan kek lapis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza pada rasa kot..penah beli yg kat sini mmg tak sedap kat tekak saya. Terbiar je dlm peti ais..hehe

      mmg mahal pun, sebab nak lapis2 tu leceh kan..

      Delete
  8. tak pernah rasa kek lapis india tapi setuju sangat dengan kek lapis cadbury. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya..dua2 tu kek yang sama! Nama panggilan je berbeza.. :D

      Delete
  9. tak pernah rasa kek lapis india dgn cadbury tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 tu kek yg sama, nama berbeza. Saya pun 1st time makan, mujur sblm pegi ada org bgtau.. :)

      Delete
  10. homestay dia comel sangat..rasa macam duk kat umah sendiri je...suke orkid...
    pernah makan kek lapis yang ada alal2 macam perisa cengkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mcm rasa cengkih tu..amatlah tak sukaaa..hahahaa

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****