Tuesday, 9 June 2015

Hari Ke-2 : Sepetang di Sri Aman (Bandar Benak)

...sambungan catatan perjalanan ke Sarawak...

22 MEI 2015 / JUMAAT

Pagi tadi dah meninjau sekitar bandar Betong (catatannya DI SINI), di sebelah petangnya kami buat keputusan nak melihat-lihat bandar Sri Aman pulak. Iaitu bandar paling dekat dari Betong, kira-kira 1jam pemanduan. Menurut adik saya, kalau dia nak mencari ikan laut memang Sri Aman bandar yang dituju. Sebab kat Betong susah nak jumpa ikan laut. 

Kami pergi berdua (saya & suami). Mak berehat je di rumah adik, sambil tu bolehlah merasa duduk kat rumah adik lama sikit. Sebab esok dah nak meninggalkan Betong. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan mudah. Kami mengikut papan tanda arah menuju Benak (Tidal Bore).

1. Taman Panorama Benak, di sungai Batang Lupar.

2. Panorama sungai - Batang Lupar yang kini terkenal dengan Pesta Benak. Apa tu 'benak'? Benak adalah fenomena alam yang berlaku pada musim air pasang besar, apabila air dari muara Batang Lupar memasuki sungai yang cetek dan menghasilkan ombak besar. (info lanjut : DI SINI)

3. Kat taman ni di sediakan laluan bertingkat. Mudahlah kita nak tengok panorama indah sungai Batang Lupar ni. Terutamanya masa musim Pesta Benak.

4. Yang ni dah di luar kawasan taman tadi. Meriah...ramai yang sedang memancing dan makan-makan di gerai tepi sungai. 

5. Kami singgah minum petang di kawasan gerai-gerai ni, di tepi sungai tadi.

6. Hidangan petang kami. Semuanya sedap dan harga berpatutan. 
Sambil makan, kami memerhatikan kehidupan masyarakat setempat dan bandar Sri Aman.

Hari dah lewat petang, kami tak boleh berlama-lama. Kat sini pulak cepat gelap. Alhamdulillah...selamat sampai semula di rumah adik, kira-kira jam 7.30pm. Sampai je, ada beberapa orang rakan adik ipar kat rumah. Rupa-rupanya import chef untuk masak Manok Pansoh! ^__^


....bersambung, tak larat nak tulis banyak-banyak dalam satu entri...


13 comments:

  1. makan kat sana ok?boleh diterima tekak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak makan kat rumah adik je sepanjang kat Betong..so, oklah. Ada gak beli nasi lemak, mee kolok..pun ok je.

      Tapi ada beli pisang goreng 2 kali, tak boleh terima tekak sbb liat (mybe guna tpg gandum semata).

      Delete
  2. Dating sambil tengok benaklah ni kiranya ye Ujie hihi.....
    Sedap sate tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benak nya tak de pun kak, kena tunggu musim air psg besar. :)

      Delete
  3. Errr...dalam sungai Btg Lupar tu ada buaya tak? hahaha..
    Sate nya rasa sama macam yg kat Semenanjung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar cerita...mmg hampir kesemua sungai kat Sarawak ni ada buaya..gerun jugak!
      rasa sate tu sama je mcm kat tmpt kita...sedap! :)

      Delete
  4. macam pasar malam pun ada ye..kat sana adik saya kata kalau maknaan laut ni murah2 je..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok tempat.
      Mcm rumah adik kat Betong ni jauh dari laut. Nak jumpa ikan laut pun susah, jadinya mestilah tak murah.

      Delete
  5. ari tuh ada terbaca sal benak nih.. hehehehe sedapnya tengok sate tuh.. esk nak p carik dkt pasar malam.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Nanti bolehlah Ujie ke Sungai Rajang pula, untung2 dapat jumpa anak cucu Bujang Senang di sana...

    ReplyDelete
  7. waaa...best nyer jalan kat tempat orang...paling best leh rasa sate ...teruja nyer

    ReplyDelete
  8. pernah juga tengok pesta benak tu, tp di tv je lah hehehe

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...