Tuesday 12 May 2015

Nak Beri Ke Tidak?


Wanita ni meminta sedekah (dengan menggunakan tisu poket sebagai bahan meminta sedekah), di tengah-tengah kesesakan jalan raya. Dia mendekati kenderaan yang lalu lalang sambil menghulur tisu. 

Perkara pertama yang saya fikir - bahaya! Bayangkan kalau tiba-tiba ada motor yang sedang menyelit dan tak perasan wanita ni. 

Kedua - perlukah kita beri wang kepadanya? Kalau kita beri, macam menggalakkan perbuatan begini pulak. Tak diberi, terasa diri sendiri kedekut sangat.

Ketiga - warganegara manakah wanita ni? Kalau tengok penampilan memang saya kira dia bukan orang Malaysia. Ada tak penguatkuasaan yang boleh dikenakan ke atas mereka ni? 


Saya? Belum pernah beri lagi. Rasa bahaya pulak nak berurusan di tengah-tengah kesesakan jalan raya begini (sungguh pun biasanya dia mendekati kita sewaktu lampu trafik warna merah). Dalam hati terasa belas, jalan hidup apakah yang dilalui mereka sehingga sanggup meminta sedekah dengan cara bahaya begini? Kita pulak yang jadi serba salah!

22 comments:

  1. Singgah pagi...
    blm pernah lagi jumpa yg minta sedekah dlm keadaan kesesakkan jalan raya nie...
    kalau kat kedai makan..kat pasar malam tuh pernah laaa...
    kebiasaan nya nieyl akan bagi.. sbb pada nieyl nawaitu kite...klu die nak menipu atau apa pun..itu antara die ngan Allah...tapi klu mmg die hidup susah..sekurang² kita boleh membantu dia secara tidak langsung..sbb tu nieyl klu dah bagi..nieyl x pk ape dah.. :)
    tapi tgk jgk klu bkn warga malaysia..mmg x ar... :)

    ReplyDelete
  2. Singgah tgk kak ujie ;) mmmm..isu mcmni ea.kalau tgh jalan mmg xla sbb bahaya.kita pon nnt hilang fokus nk memandu...kalau tepi2x bangunan tu ok lg la...org ckp beri jela.betul or x tu antara dia dgn Pencipta. :)

    ReplyDelete
  3. assalam ujie, selalu jugak jumpa. saya kalau rasa yakin, xbz sgt jalan tu, kdg bg je...kadang ada jugak tak bg. tgk keadaan persekitaran je...

    ReplyDelete
  4. salam singgah.

    situasi macam ni, teringat kat Indonesia. kalau kat dalam tv, selalu ada.
    kalau saya pun, saya serba salah jugak. tapi bila tengok macam bukan warganegara ni, berat hati la nak sedekah pun

    ReplyDelete
  5. kalau yan memang tak bagi...kalau bagi pun..sebab nak beli tisu :-))

    ReplyDelete
  6. Saya pernah jumpa kak. Kat traffic light. Tapi tak sesak lah. Rasa kesian sangat sebab dalam keadaan cuaca yang panas dan dalam keadaan dia yang uzur. Rasa tak sampai hati kalau tak bagi :-(

    ReplyDelete
  7. Mereka ini, mmg sindiket.
    Jangan di beri.
    Di Shah Alam dan Klang, inilah modus operandi mereka. Jalan dari kereta ke kereta waktu traffic light merah.
    Mereka boleh kaut minimum RM500 sehari ya..

    ReplyDelete
  8. saya belum pernah beri.. tapi saya tau, ramai org malaysia yg pemurah dan suka bersedekah..

    ReplyDelete
  9. selalu jugak jumpa orang macam ni

    ReplyDelete
  10. Kakak pernah buat N3 lebih kurang macam ini Ujie. Kakak terkejut sampai tak tahu nak kata apa bila dia ketuk cermin sebab masa tu kakak berhenti di traffic light. Cuma dia bukan jual tapi nak bagi brochure tentang tadika dia. Sebab takut kakak tak buka pun tingkap. Bila dah berlalu macam kesian pulak...

    ReplyDelete
  11. kalau saya tak bagi kot..sebab kat jalan ..kan?mengganggu lalu lintas la..dah la pompuan..bahaya sangt..

    ReplyDelete
  12. saya pun ada mengalami situasi ni dekat ampang, tak bagi dan tak nak bagi coz lagi mengalakkan mereka buat macam ni. kesian tu memang ada tapi dgn keadaan diri yang kuat sehingga mampu berpanas di tengah jalan tu di kira mampu sekiranya mencari rezeki di tempat yang lebih selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak kan Ann, kalau dia mampu berpanas kat tgh jalan..dia mesti mampu cari rezeki kat tmpt lebih selamat.

      Delete
  13. Jabatan kebajikan perlu lebih proaktif memberi bantuan kepada golongan spt ini... itu portfolia mereka.

    ReplyDelete
  14. kadang-kadang rasa was-was dengan golongan macam ni..ada yang menipu,

    ReplyDelete
  15. Kalau dlm kesesakan jalanraya saya memilih utk tak nak bagi. Nanti kalau bagi jadi apa-apa terhadap dia dan pengguna jalanraya lain kita pula yg rasa bersalah...

    ReplyDelete
  16. dekat KL banyak. kadang nampak peminta sedekah atau homeless atau mereka yang bekerja dgn menyanyi atau menjual kerepek ditepian kedai ni rasa serba salah kalau tak bagi. kesian pun ada. tak sanggup tengok !

    ReplyDelete
  17. Kalau tak silap saya pernah nampak wanita ni... dekat trafic light lepas tol kajang

    ReplyDelete
  18. Dekat traffic light masuk taman rumah okje, okje selalu nampak orang mintak sedekah gini. Mmg bahaya sebenarnya. Rasanya depa ni warga asinglah.....

    Kesiankan .....tp tulah ...

    ReplyDelete
  19. pernah juga jumpa tapi tak pernah memberi lagi,takut juga sekarang ni dengan macam2 kes,dlm kereta kita dengan anak2 pulak,memang tak buka tingkaplah...kalau tengah makan org dtg minta kadang bagi juga lah..kesian tengok,dapat duit dorang beli makanan, makan...sedih pulak rasanya

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****