Thursday, 9 April 2015

Perwira Di Medan Derita

KISAH 1
Dia kadangkala terpaksa berhutang,
Hanya untuk mendapatkan rawatan mereka suami isteri.
Tiada kemudahan mencukupi di hospital berdekatan.
Terpaksalah berulang-alik ke hospital yang jauh.
Yang menuntut kos dan kudrat tua mereka.
Menaiki beberapa bas untuk tiba.

Jika hanya untuk rawatan si suami,
Pergilah dia bersendirian bagi menjimatkan kos.
Jika rawatan untuk si isteri,
Pergilah mereka berdua bagi menemani si isteri,
Walau kos tentunya semakin bertambah.


KISAH 2
Dia ke bandar sendirian,
Bukan tak mahu membawa anak isteri,
Tapi memang tiada kemampuan wang.
Cukup sekadar memenuhi keperluan mendesak.
Mereka hanya mampu bergilir,
Setiap kali jika ingin ke bandar.


~Secebis daripada kisah-kisah mereka, 'perwira di medan derita'. Muhasabah diri, bersyukur apa yang kita ada dan berkongsilah walau sedikit dengan mereka.~

10 comments:

  1. Kene muhasabah kan diri pada nikmat yang ada ..

    ReplyDelete
  2. arghhh,,,sgt mendalammm :) i like this :)

    ReplyDelete
  3. Kesulitan kian terhimpit bila environment keliling pula tidak membantu
    Apa lagi yg diberi mandat bagaikan tak nampak. Sedih:(

    ReplyDelete
  4. tawakal dan redha ..walaupun hidup semakin susah tetap terus jalani dengan tenang..Allah yang bagi rezeki dekat kita..insyallah Allah mudahkan segalanya..amin..insyallah

    ReplyDelete
  5. moga dimudahkan urusan-urusan mereka ini..
    sedih kan, kekadang duit makan pun tak cukup..

    ReplyDelete
  6. Ada yang naik bas ke hospital, ada yang naik motor kapcai ke pejabat, ada yang naik kereta besar ke supermarket, ada yang naik jet peribadi hanya untuk beli kasut di Paris atau setidak-tidaknya naik helikopter cuma untuk makan kenduri. Rezeki kita masing-masing berbeza, syukurlah negara kita masih aman, kata mereka...

    ReplyDelete
  7. sebab tu saya selalu mengingatkan diri sendiri..dalam saya rasa susah, ada lagi yg lebih susah.

    ReplyDelete
  8. Tanpa kita sedar rupanya ramai lagi orang diluar sana yg lagi susah dan dhaif dpd kita kan Ujie

    ReplyDelete
  9. bersyukur dengan rezeki yg ada walaupun tidak mewah..kerana diluar sana masih ada insan yg bergelut untuk mencari sesuap nasi

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...