Monday, 16 February 2015

Pengebumian : Antara Agama dan Adat

Kalau korang saksikan secara langsung majlis pengebumian Allahyarham TG Nik Aziz, memang tiada bacaan talqin, taburan bunga, atau pun siraman air mawar. Bagi yang belum tahu hukum asal, ia mungkin pelik terutamanya bila tiada bacaan talqin. 

Bacaan talqin BUKAN perkara WAJIB. Itu yang perlu kita tahu. Terdapat perbezaan pendapat ulama' mengenainya, maka kita bebas memilih untuk melakukannya atau meninggalkannya. Tak perlu kepada perdebatan. Nak dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus? Boleh klik SINI. 

Bagaimana pula dengan taburan bunga dan siraman air mawar? Juga BUKAN perkara WAJIB. Tak salah kalau tujuan kita untuk mengharumkan kubur bagi orang yang datang berziarah. Tapi ia jadi bida'ah jika kita melakukannya kerana meniru perbuatan orang bukan Islam. Pendek kata, ia bergantung kepada NIAT kita. Yang terbaik, TANAM pokok bunga sebab ia akan bertasbih dan Insya Allah boleh memberi rahmat kepada si mati. Nak dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus? Klik kat SINI.

Teringat semasa pengebumian Allahyarham Bapak saya, kami tak sediakan bunga-bunga untuk ditabur sebab tak tahu apa tujuan/niat. Tapi atas gesaan orang sekeliling (yang lebih tua), terpaksalah jugak beralah. Buat kerana ikut-ikutan. Untuk air siraman (tanpa campuran bunga mawar), itu saya setuju sebab nak kukuhkan tanah kubur yang kering. Bagi bacaan talqin pula, saya terima ia dilakukan kerana ada manfaat bagi yang datang berziarah. Sebagai ingatan bagi yang masih hidup.

Kesimpulannya, dalam apa jua perlakuan seharian dari awal kelahiran sehinggalah detik terakhir seorang muslim dikebumikan, haruslah dilakukan dengan ILMU. Bukan kerana ikut adat semata-mata sehingga kita tak tahu HUKUM ASAL sesuatu perkara. 

Insya Allah sama-sama kita cari ilmu. Wallahu a'lam.


~Adat harus disesuaikan dengan agama, bukan agama yang tunduk kepada adat.~


----------------------------------------------------------------------------

Koleksi terkini...MARWA (XXL). Klik gambar untuk info lanjut.

22 comments:

  1. Adat yang dah lama bertapak dalam benak orang2 tua, susah nak dibuang.
    Bila kita beri nasihat ( berlandaskan nas2 ), mereka mudah terasa hati.
    Saya harap, kita semua kembali kepada Al Quran & As Sunnah..itu lah way of life kita.

    ReplyDelete
  2. Ilmu dan adat dua perkara yg amat berbeza
    Yg sedih bila adat jadi bagaikan tuntutan, sedangkan yg tuntutan selalu dipinggirkan
    Itulah pentingnya belajar-belajar-belajar...

    ReplyDelete
  3. Bukan saja tak ada bacaan talqin dan air mawar, tahlil dan kenduri aruah juga tak ada utk almarhum TG Nik Aziz. Kalau Ujie pergi ke Perlis negeri yang tidak berpegang kepada mazhab Shafie tetapi berpegang kepada pendapat majoriti 4 ulamak Sunnah, mereka juga begitu... Di Perlis tak ada talqin, tahlil dan kenduri aruah, qunut utk solat Subuh dan beberpa lagi amalan lain yang dianggap bidaah yang tak pernah dilakukan di zaman Nabi...

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi..tapi apa yg menjadi masalah bila kita terpaksa ikut dgn adat org2 tua dahulu..bukan dalam soal kematian sahaja malah banyak lagi benda yg bukan ajaran islam sepatutnya tak kita lakukan..

    ReplyDelete
  5. setuju dengan JR ..di perlis dah memang tak de talqin dan tahlil bagai ni..

    ReplyDelete
  6. adat dah sendat dalam kepala otak!

    ReplyDelete
  7. Asslamualaikum Ujie..
    Tq for sharing...

    ReplyDelete
  8. Memang tak de tabur2 bunga ujie..tapi di kampung acik dulu..ada letak kayu dibahagian kepala diikatkan kain putih

    ReplyDelete
  9. beradat sangat sampai dah susah nak beza adat dengan suruhan agama..

    ReplyDelete
  10. tak mengapa lah... yg adat kalau mendamaikan yg hidup, kalau tak mengganggu sangat boleh tinggal... barang tak wajib kan... jangan dijadikan wajib sudah lah...

    ReplyDelete
  11. Tq Ujie berkongsi ilmu....kadang tu bila sesuatu perkara tu dah jadi kebiasaan kita ingatkan benda tu kena buat. Itulah pentingnya ilmu kan Ujie

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah .. perkongsian ilmu dari kak Ujie.. selalu tgk video ust azhar idrus pastu share lagi panjang pahala tu .. harap2 orang tak berdebat la pada perkara yang remeh temeh seperti ini.. :D

    ReplyDelete
  13. Saya tak tengok siaran langsung pengkebumian Tuan Guru. Baru saya tahu takde bacaan talkin. Dan ini ilmu baru juga untuk saya. Yang bunga2 tu mmg ikut-ikutan agama lain. Ada sekali tu saya pergi ke satu kawasan perkuburan islam, saya tgk kubur2 di situ kebanyakannya ada bunga segar yang mcm di kubur kristian [mungkin baru diletakkan oleh org yg berziarah sbb waktu tu musim raya]. Kubur Allahyarhamah mak saya, hanya ada batu nisan saje dan batu sungai.

    ReplyDelete
  14. Tahlil/kenduri arwah pun dia xbagi buat...

    ReplyDelete
  15. Thanks ujie atas perkongsian ini....kak nurul pun x tgk lintas langsung trsbt.

    ReplyDelete
  16. masa arwah ayah saya pn trpaksa buat sebab org2 yg lebih tua suruh buat abg ipar sy xbagi buat.. tapi trpaksa mengalah sebabnya menghormati saudara yg lebih tua...

    ReplyDelete
  17. masalah nya 'org kita' sekarang suka ikut adat...byk sangat yg ikut adat..itulah kalau x de ilmu

    ReplyDelete
  18. ujie, kalau kenduri sampai bermalam2 mcmne ye...
    terima kasih atas perkongsian ujie...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suraya maksudkan kenduri tahlil ke? yg selepas kematian tu?
      tu pun bukan amalan yg dianjurkan oleh agama. Macam family TGNA, mereka tak mengadakan sebarang kenduri tahlil. Wallahu a'lam.

      Delete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...