Wednesday, 11 February 2015

Neraca Keadilan

(sumber gambar : Fb Dr Wan Azizah)

Hukuman penjara 5 tahun ke atas seorang lelaki tua,
Sabit kesalahan meliwat seorang lelaki muda yang tampak gagah.
Itulah yang tercatat dalam sejarah politik dan perundangan negara,
Tanggal 10 Februari 2015.

Akalku berfikir mencari logiknya...
Bagaimana seorang pemuda yang sihat gagal mempertahankan diri,
Dari ancaman nafsu songsang seorang lelaki tua.

Hatiku menjatuhkan hukuman sendiri...
Huhhh...pemuda itu pastinya menabur fitnah!
Dia menjadi boneka satu konspirasi!

Imanku muncul bersuara, mujur sekali...
Sungguh...aku tidak tahu apa-apa sebenarnya.
Aku cuma berandai-andai tentang pemuda dan lelaki tua itu.
Aku seharusnya ingat adanya neraca keadilan di hari Akhirat,
Penghakiman yang tak mampu dinafikan oleh sesiapa pun,
Kerana segalanya akan ditayangkan di hadapan mata.

Aku seharusnya berdoa...
Moga kebenaran sentiasa mampu mengatasi kebatilan!
Moga yang benar-benar teraniaya diberi ketabahan jiwa!


*Bersuaralah, jika kamu tahu kebenarannya. Berdiam dirilah, jika kamu tidak tahu apa-apa. Kerana ia mungkin cuma menambah dosa*

16 comments:

  1. betul tu kak ujie..
    semalam ustaz kata, kita doakan yang terbaik utk mereka.
    sebab kita tak tau apa, siapa yang betul & siapa yang salah.
    Allah Maha Mengetahui segalanya.

    ReplyDelete
  2. :-(( semakin tak faham...dunia dunia

    ReplyDelete
  3. Itu la Ujie. Dlm otak ni bermacam persoalan yang timbul. Kenapa lelaki sihat yg masih muda tu tak cuba mempertahankan diri? Tapi biarlah saya diamkan aje sebab betul, saya tak tahu apa2. Lebih baik diam.

    ReplyDelete
  4. Seandainya neraca keadilan yg dibuat secara civil ini adalah bertepatan sekurang-kurangnya dpt memberi peluang si tua bertaubat menghapus dosa. Namun andai ianya konspirasi 'jagohan' yg diberi kuasa sementara oleh Allah di bumi ini, percayalah kita semua pun akan tempias dari balasan Allah kerana 'bisu' tidak menegakkan syariah yg sepatutnya.

    Di Mahsyar kelak akan ditayang semua 'filem' ini Ujie. Tak kira yg jadi pengarah, penerbit, penonton semua akan diheret utk memperinci kebenaran hakiki.

    Kakak takut Ujie!

    ReplyDelete
  5. biar Allah yang memberi pembalasan ujie.siap betul dan siapa salah hanya Allah yang tahu
    cuma acik sedih sangat tengok gambar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sedih tengok gambar ni kak.. :(

      Delete
  6. Sesungguhnya Allah lebih mengetahuinya...

    ReplyDelete
  7. Sejak kelmarin baca banyak komen di FB dan blog mengenai perkara ini. Saya lebih suka memilih berdiam walaupun saya mengenali DSAI kerana kampung saya di Tasek Gelugor, Penang tak jauh dari kampung DSAI di Cherok Tok Kun.

    Bagi saya jika hukuman di dunia itu satu kesilapan masih ada satu lagi Mahkamah Allah yang tak akan tersilap dalam penghakimannya. Tapi jika apa yang dikatakan oleh mahkamah dunia kelmarin betul belaka (orang kampung DSAI dan orang yang rapat dengannya yang mengenali peribadinya tentu tak percaya dengan mahkamah dunia) biarlah Allah yang menghukumnya.

    Rasanya tak perlu kita mengadili kes itu kerana kerana kita bukan saksi yang melihat kejadian itu, malah tak ada seorang saksi pun yang melihat kejadian itu...Ada mata tengok, ada mulut diam, silap komen malam ini polis datang rumah bawa waran tangkap, hehehehe...

    ReplyDelete
  8. ermmm...x tau nak komen kak....moga DSAI tabah lah hendak nyer dengan ujian yang datang ni

    ReplyDelete
  9. Terus berjuang. I have never fail to trust DSAI. A very respectable man. Sejak dia jadi TPM, akak pernah berpeluang bekerja dengan dia. So I know him. Will never stop fighting

    ReplyDelete
  10. Saya tak mahu beri apa apa komen, sebab memang saya tak tahu siapa yg betul, siapa yg salah. Cuma kepada yg teraniaya, moga Allah permudahkan urusannya.

    ReplyDelete
  11. Saya memilih untuk berdiam..Suatu masa nanti kita akan tahu kebenaran nya..
    waktu itu rahsia bukan lagi satu rahsia...

    ReplyDelete
  12. taktau nak komen..moga satu hari nanti segalanya terbongkar jua

    ReplyDelete
  13. Setuju dgn statement bawah tu Ujie...Kita yg tak tahu apa apa ni....mampu berdoa supaya Allah tunjukkan kebenaran. Kekadang nafsu tu tak mengenal usia tak mengenal pangkat Ujie...wallahu aalam

    ReplyDelete
  14. Xlogik plak rasanya bila si gagah kalah ditangan si tua.. Cikna suka tgk family ni bia diuji macamne pun diaorg ttp b'satu... ;-)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...