Monday, 9 February 2015

Jual Barang Terpakai di MUDAH.MY....Lagi!

Hujung minggu saya kali ni agak sibuk dan memenatkan dengan pelbagai aktiviti. Tapi yang paling melegakan saya, Sabtu lalu (kelmarin) dah selamat menjual peti ais lama kami. 


Peti ais Samsung berusia lebih 10 tahun ni saya iklankan di MUDAH.MY pada petang 22 Januari 2015 dengan harga RM250. Terus ramai yang bertanya dan ada yang nak datang malam tu untuk tengok dan beli. Cuma malam tu suami ada urusan lain, urusniaga pun batal. Dan selepas tu memang bertalu-talu pertanyaan sampai tak terlayan suami nak menjawab, lagi-lagi bila waktu bekerja. Alhamdulillah, akhirnya lewat petang kelmarin ada yang datang tengok. Lepas tengok dia terus setuju membeli. Maka, bertukar tuanlah peti ais kesayangan saya ni. 

Memang saya sayang, sebab inilah antara 'harta' yang kami miliki selepas kahwin dulu. Siap kumpul dua bulan duit gaji (setelah tolak komitmen lain), barulah boleh membeli peti ais ni. Masa tu gaji suami pun kecik je. Bagusnya peti ais ni, langsung tak pernah buat ragam. Memang takde masalah. 

Kami tukar pun sebab perlukan peti ais berkapasiti lebih besar (walaupun ahli rumah masih lagi dua orang!). Sebabnya sejak berpindah ke Pajam ni, ada kekangan untuk mendapatkan bahan mentah/makanan dengan mudah. Kenalah beli banyak dan simpan buat stok. Berbanding masa tinggal di Bangi, segala macam kedai ada berdekatan rumah dan banyak pilihan. Pasaraya Family Store pun boleh nampak dari depan rumah, punyalah dekat. Saya yang tak berani drive pun boleh je jalan kaki bila-bila kurang barang.

Jadinya, kalau korang pun ada barang terpakai untuk di jual bolehlah iklankan kat MUDAH.MY ni. Takde bayaran pun, tapi hasilnya memuaskan sangat. Dan ini bukanlah kali pertama saya menjual barang terpakai di situ. Sebelum ni saya dah berjaya jual 'Portable Air-Conditioner', ceritanya DI SINI. Jangan lupa, lepas berjaya menjual korang delete iklan tu ya. Takdelah orang asyik bertanya benda yang dah takde. 

23 comments:

  1. itulah penangan Mudah...hahaha
    mmg effektif!
    saya iklankan produk wife saya...mmg ramai yg order,alhamdullilah

    ReplyDelete
  2. belum pernah lagi cuba mudah.com ni..murah betul harga peti ais second ni...
    alhamdulilah rezeki

    ReplyDelete
  3. Mudah.com ni memang bagus Ujie.
    Anak buah kakak lagi dahsyat, kasut dia beli terbesar dia jual ikut sini juga
    Baju yg dia beli tak jadi pakai pun dia jual balik ikut sini.

    ps: Ujie inform mak dan saudara-mara di Rimba Terjun tentang makcik naik kancil putih yg pandai pukau. Bapak kakak kata di surau kg kakak ramai yg kata kampung sebelah-sebelah pun dah ramai yg kena. Org tua-tua yg sedihnya. Polis dah tahu tapi tak dpt perangkap lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk kak Zakie, tadi mlm dah call mak bagitau hal ni. Risau!

      Delete
  4. Salam...

    Bagus lah gitu...bukan iklan rumah untuk disewa / dijual saja...macam2 boleh..

    ReplyDelete
  5. Wow! dah pakai lebih 10 tahun tapi nampak macam baru keluar kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg lagi sayang..mmg nampak cantik je.

      Delete
  6. Biasa juga jual brg di Mudah..memang cpt laku..

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar tentang Mudah tapi belum pernah cuba berurusan dengannya...

    ReplyDelete
  8. Boleh sangat kalau Rm250 tu....
    Femes Mudah.com ni yek Ujie..... Mmg ramai org recommend website ni. Okje tak pernah bukak sebab belum ada keperluan lagi....

    ReplyDelete
  9. Masih elok la ujie...kalau saya mesti saya jual 400.hahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee..kalau ikut tamak mmg nak letak tinggi..cantik lagi.
      tapi lps survey, mmg nilah rege yg sesuai utk peti ais 1 pintu dgn usia lebih 10thn.

      Delete
  10. Sy pn ada pengalaman jual beli dlm mudah.my ni...hàah mmg efektif sgt...

    ReplyDelete
  11. Bagus juga ye. Kalau nak cari pembeli kat sekeliling kita ni macam puas bertanya semua taknak beli. Bila iklankan kat mudah, laju je org nak beli.

    ReplyDelete
  12. wah dah lama masih elok..bagus tu

    saya tak pernah guna mudah,cuma dulu nak cari sesuatu,gunakan mudah juga,alhamdulillah berhasil

    ReplyDelete
  13. Pandai akak jaga barang. Nmpk baru wp da 10 thn.
    Ira x pnh guna mudah. Tp tgk2 iklan kat mudah tu ada la..

    ReplyDelete
  14. ita selalu jugak tengok ikaln kat mudah.....comel lagi peti tu,..barbaloi sangat2 dengan harga...

    ReplyDelete
  15. wah cantik dan bersih peti ais Ujie nie,mananya x ramai org nak beli,murah plk tu.

    ReplyDelete
  16. mudah.my ni medium yg paling cepat untuk jual apa jenis barang pun..jap je nanti mesti ada org call

    ReplyDelete
  17. salam ..saya mencari lap top terpakai hp pesario B1266TU segera ..bolih menghubungi saya 0198599196

    ReplyDelete
  18. salam ..saya mencari lap top terpakai hp pesario B1266TU segera ..bolih menghubungi saya 0198599196

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...