Thursday 29 January 2015

Raudhah


Tajuk : Raudhah
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Harga : RM25
Muka surat : 558

Novel ke-24 yang berunsurkan thriller dan ketuhanan ini, benar-benar membuat saya rasa tertipu. Bermula dengan kisah yang cukup mendebarkan, tapi berakhir dengan sesuatu yang mengecewakan saya. Arghhh...! Ok, itulah kelebihan jadi penulis. Boleh mengolah apa saja mengikut citarasa si penulis, bukan citarasa saya selaku pembaca. Yang jelas, pertama kali saya rasa begini (tertipu dan kecewa) selepas membaca karya RAM. Namun bukanlah bermakna novel kali ni tak best, cuma sedikit terkejut dengan pengakhirannya. Nak tahu lebih lanjut? Kenalah baca novel ni.

Petikan Novel
Faris lekas menendang pistol itu. Kemudian dia menunduki lelaki tersebut. Darah bersemburan tetapi tidak mengenainya. Faris dirangkul helaan dirinya sendiri. Pada masa yang sama rengsa di dadanya mulai terasa mengalir. Terasa sakit seperti takungan udara tersekat dan gagal disendawakan. Ulu hati terasa panas. Dia bertahan sebaik mungkin.

"Jo..Joker...damn you!" Lelaki bangsa asing itu mengalami sukar bernafas. Tanpa banyak bercakap, Faris menghalakan muncung laras ke dahi lelaki itu seraya menekan picu. Sebutir peluru memecahkan kepala. Peluru tembus sampai ke lantai.


~ buat pertama kalinya, karya RAM 'Tombiruo : Penunggu Rimba' bakal difilemkan. Siapa agaknya yang bakal memegang watak utama Ejim @ Tombiruo? ~

12 comments:

  1. Ramai yg puji dan suka hasil tulisan RAM..
    Nantilah, ada kelapangan saya cuba baca hasil beliau..

    ReplyDelete
  2. Anak dara kakak tapi suka buku-buku karya RAM ini Ujie

    ReplyDelete
  3. bagi akak,buku ni okey aje...masih tip top

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ujie..salam jumaat..

    ReplyDelete
  5. belum pernah baca hasil penulisan beliau... maybe 1 hari nnti

    ReplyDelete
  6. masih belum baca lagi buku ni. hehe, akak jgn la cakap macam tu. takut nanti tak nak baca pulak. saya salah satu fan karya RAM. :D

    filem tu takut pulak nak tengok, sbb kebanyakkan cerita yang diadaptasi tak berapa best. pendapat saya la, sbb imaginasi komersial tak sama dengan imaginasi sendiri. hehe

    ReplyDelete
  7. Kurang suka baca novel Ujie....Ni bulan penulis buku Bercakap dengan Jin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercakpa dgn Jin tu Tamar Jalis tak silapnya.

      Delete
  8. Erm, tak pernah baca lagi karya RAM. Tombiruo tu mmg rata2 orang cakap best sgt. Dan ada baca jgk di beautiful nara yg novel tu ingin difilemkan. Tapi, jangan mengharap sangat dengan kutipan tinggi. Sebab pendapat saya, golongan yang membaca novel tu, belum tentu jenis yang ke panggung wayang. Dan orang yg suka ke panggung wayang pulak, belum tentu akan berminat dgn genre filem macam ni. Tu pendapat saya je la. Pasal pelakon tu, rasanya dia kena ambil pelakon baru. Atau pun Zach X Factor sesuai jugak kot. Katanya watak utama tu berbangsa Sabahan kan?

    ReplyDelete
  9. suka juga novel penulis ni, tombiruo,ungu karmila,9nyawa..itu yg pernah saya miliki

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****