Tuesday 6 January 2015

Menara Condong Teluk Intan

Tahun 2015, saya dan suami mulakan dengan misi menjelajah Semenanjung Malaysia menggunakan kereta kecil - Axia. Misi memang nampak besar, tapi tak taulah sejauh mana je boleh jelajah. Banyak tuntutan lain, terutamanya tuntutan masa. Kenapa nak jelajah dengan kereta kecil? Faktor utama tentulah kos petrol, seterusnya kos penyelenggaraan pun lebih rendah. Yang penting, kereta kecil ni lebih sempoi dan mudah menyelit kat ruang sempit. 

2 JAN. 2015
Untuk trip pertama kali ni, cuma sempat 2 hari 1 malam. Tiada perancangan rapi, cuma tengok buku peta dan dibantu oleh GPS Axia. Destinasi kami ialah Teluk Intan, perjalanan melalui Kuala Selangor-Sekinchan-Tg Karang-Sabak Bernam-Hutan Melintang-Teluk Intan.

Alhamdulillah...selamat tiba di bandar Teluk Intan tepat jam 4petang, jam di menara sedang berbunyi. Macam menyambut kedatangan kami pulak. Perasan! Bumbung biru tu deretan kedai makan, kita makan dulu! 
Masa lepas makan tu, didatangi seorang Cina tua (naik basikal, topi ada riben). Mintak duit. Suami ajak makan, dia nak duit jugak. Mujur akak peniaga tu datang bagitau, jangan bagi duit sebab Cina tu banyak duit tapi memang suka mintak sana sini. Siap mengaku orang Islam. 

Pertama kali menjejakkan kaki di sini. Sebuah seni bina unik. Nampak macam banyak tingkat, siap cakap dengan suami...kita naik sikit jelah.

Cuba kira...macam berapa tingkat tu? 
Sebenarnya, TIGA tingkat je!

Fakta sejarah mengenai menara ini. Dibina pada tahun 1885. Patutlah hati tergerak nak ke sini, sama dengan nombor plat kereta kami rupanya! Kebetulan yang menarik. 

Tiada bayaran dikenakan.

Inilah tingkat bawah/pertama. Yang ada kepungan kayu tu, bawahnya air. Nampak banyak duit syiling. 

Tak banyak benda nak perhatikan pun, jom kita terus naik tingkat dua. Hati-hati tangga agak curam dan kecik je.

Pemandangan bahagian luar menara di tingkat dua.

Kita naik tingkat tiga (paling atas), barulah nampak kat atas tu...tangki air.

Kat lubang tengah tu, ada tangga tau.

Kita ke bahagian luar menara, nampaklah pemandangan bandar Teluk Intan ni. Kat sekeliling menara ni dipenuhi khemah jualan.

Tak tahu ni benda apa dan apa fungsinya. Kan bagus kalau ada disediakan info.

Setelah 1jam berada di bandar Teluk Intan ni, kami bergerak menuju ke Lumut. Keputusan baru je diambil masa makan-makan tadi. Tengok buku peta dan dibantu oleh GPS, kita teruskan penjelajahan. 

Info ringkas :
- Teluk Intan adalah pusat pentadbiran bagi Hilir Perak.
- Sebelum ini dikenali sebagai Teluk Anson, sempena nama Jeneral Archibald Anson yang datang ke Teluk Intan.

(info lanjut DI SINI.)

~ Sekian catatan Teluk Intan sebagai panduan korang yang nak pergi, dan sebagai perkongsian bagi yang tak berkesempatan ke sini. Entri seterusnya...banjir. ~

25 comments:

  1. Ujie masa panjat atas tu bayangkan tak kalau menara tumbang. Kakak ni bila baca kisah kawan-kawan yg naik menara mesti fikir macam itu tau. Tak bagus sebenarnya berfikiran -ve. Tapi entahlah kakak ni penakut.

    ReplyDelete
  2. dulu kaler dia lain..sekarang dia dah cat lain..jangan serik datang lagi ke perak..eceh!!bunyi cam ikon negeri perak pulak..

    ReplyDelete
  3. Wow....dah mulakan misi jalan jalan seawal 2 Jan..bagus!!
    Menara condong tu saya tak pernah sampai lagi, walaupun byk kali juga ikut laluan lama Kuala Selangor- Sekinchan - Teluk Intan - Ipoh( utk ke utara, saja nak ikut jalan lama).
    Nanti bagilah review pasal Axia tu...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara ada cuti ni..thn baru sambung maulid nabi, amik kesempatanlah. :)

      Review Axia tu, rasa mcm tak reti nak tulis sbb tak tau sgt pasal kereta.

      Delete
  4. Ujie, tak try makanan yang best ke kat situ? Akak ni asyik fikir makannn jer kan..hahahahaha. Dengar2 kat situ ada cendol dan rojak sedap...ada juga udang galah sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap sgt kat situ, tak sempat memburu mknn sedap. Tapi sepanjang jln nampak byk signboard cendol. Ada sekali berenti konon nak try, sekali tutup pulak kedainya.

      Delete
  5. kampung suami teman tu. naik menara tu masa mula-mula kahwin dulu tahun 2006.lepas tu tak naik dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik sekali pun cukup kot, takde apa sgt..sekadar tinggalan sejarah.

      Delete
  6. Menarik la misi kak ujie utk thn ni..
    semoga bnyk lg tempat2 menarik akan dikongsikan..
    Kecondongan menara tu mmg obvious ek? ke gmbr besar tu mmg akak amik senget??
    masa kat atas tu tak rasa senget ke kak?
    hehehe.. bnyk pulak soalan ira ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..takle Ira, gamba besar tu saje je amik senget.
      Tak perasan pun sengetnya, naik pun tak le rasa senget. Tapi suami akak cakap mmg nampak senget sikit, mata akak tak perasan.

      Delete
  7. nani tak pernah lagi sampai sini. haahah. kesian betul kann :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak kesian Nani...menara tangki air je. :D

      Delete
  8. Sebenarnya best juga cuti-cuti Malaysia. Banyak tempat menarik yang orang tak endah, sibuk nak ke obersi je...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bajet lebih, nak jugak ke obersi mcm en mie. Setakat ni mampu dlm Malaysia je lah saya. :)

      Delete
  9. pernah sampai sini tapi tak pernah lak naik menara tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali sampai Teluk intan, Lynn jenguk tingkat bawah pun jadiklah. Amik pengalaman... :)

      Delete
  10. Trick je rupanya nampak mcm banyak tingkat tu ye. Bila tgk permandangan bandar teluk intan ni nmpk macam bandar karak je. Heheh.

    ReplyDelete
  11. best nyer jelajah negeri.....
    tengok dari jauh macam banyak tingkat rupanyer 3 tingkat je....

    naik tanga tu napok macam pening je

    ReplyDelete
  12. Belum pernah lagi berkunjung ke sini..

    ReplyDelete
  13. banyak kali ke perak tek pernah lagi sampai ke sini... huhuhu

    ReplyDelete
  14. Kereta baru nampakkkkk....hihi....Nak running inlah nj yeh Ujie.... Warna apa Ujie Axia tu? Bestnya dapat bawak keta baru...
    Cantik rupanya dalam menara tu yeh Ujie. Okje tak pernah sampai sini Ujie.....Apa yg seronoknya kat Teluk Intan tu?

    ReplyDelete
  15. saya tak pernah ke menara condong ni lagi,teringin pulak nak pergi..

    ReplyDelete
  16. Salam .hee nama Teluk Intan pula berkemungkinan sempena nama makcik Intan yang jual nasi lemak disitu agaknya. Kihkih2 saya bergurau2 saja.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****