Thursday, 15 January 2015

Apa Yang Kita Amalkan, Itulah DAKWAH!


Cara terbaik MENYAMPAIKAN Islam ialah dengan MENGAMALKANNYA.
Cara terbaik MENCINTAI Islam ialah dengan MEMPERJUANGKANNYA.

- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi -

Kata-kata yang ringkas, namun penuh makna. Biasanya kita fikir nak menyampaikan (berdakwah) tentang Islam ni mestilah melalui kata-kata. Kita jumpa sasaran kita, lepas tu kita nasihat dia. Kalau jumpa yang bukan Islam pulak, kita kena bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan syurga neraka. Itupun kalau kita kuat semangat nak bercakap. Biasanya kita tak berani pun nak tegur kawan kita yang tak tutup aurat, atau bercerita tentang Allah Yang Maha Esa kepada kawan yang bukan Islam. Kalau korang ada yang berani dan pernah buat, syabas! Insya Allah, walaupun mungkin tak berhasil tapi tinggi nilai usaha tersebut di sisi Allah. 

Tapi kita mungkin terlupa, tanpa perlu berkata apa-apa pun kita masih boleh berdakwah. Bagaimana? Dengan mengamalkan cara hidup Islam. Penampilan diri, perkataan yang keluar dari bibir, tulisan di media sosial, cara bertindak balas dengan persekitaran, segalanya adalah medium dakwah. Secara tak langsung, orang sekeliling akan terkesan dengan diri kita. Dalam diam ada yang cuba mencontohi, atau menjadi sumber inspirasi untuk mengubah diri.

Cinta...bagaimana nak mencintai Islam? Jika kita cintakan pasangan, kita perjuangkan dengan segala usaha agar cinta itu terus utuh dan subur. Begitu juga jika kita cintakan Islam, perjuangkanlah dengan segala usaha agar Islam terus subur. Mulakan dengan diri sendiri, ahli keluarga dan seterusnya insan sekeliling. Mulakan dengan mengamalkan cara hidup Islam, ajak insan sekeliling ke arah kebenaran dan cegah/nasihat jika ada kemungkaran. Jika Islam benar subur, tidaklah konsert K-Pop berlangsung di negara kita dan tiadalah kes gadis Islam berpelukan di atas pentas! 

Jom perbaiki penampilan diri (menjaga aurat), perbuatan, tindak balas, kata-kata di bibir mahupun di media sosial agar selari dengan syariat Islam, moga-moga ia menjadi dakwah yang berkesan.


~ terkesan dengan beberapa orang blogger, walau tak bersua tapi cara hidup yang mereka tampilkan membuat saya berfikir tentang diri sendiri. Mereka memberi inspirasi! ~

14 comments:

  1. alhamdulilah..memang banyak ilmu didalam blog...macam2 perkara hanya dihujung jari..sama2 lah kita perbaiki diri..insyallah..amin..buat perlahan lahan lama2 dah mudah..

    ReplyDelete
  2. Teringat saya kata kata Ustaz Ebit Lew di radio IKIM, manusia zaman sekarang dah malu / malas nak cerita tentang agama, hatta kepada ahli keluarga sendiri pun. Maka kita mulakan dengan bercerita tentang agama dengan anak isteri di rumah..bacakan sirah2 Nabi SAW..baca hadith2... :)

    ReplyDelete
  3. nani masih lagi belajr selok belok dunia dakwah ni. banyak lagi benda yang tak tahu dan kena ambil tahu ^_^ terima kasih kak ujie atas perkongsian ini :D

    ReplyDelete
  4. Kakak buat macam yg Daddy Ziyyad katakan tu. Mula dlm keluarga sendiri. Nak tegur kawan memang terang-terang kakak ni pengecut. Sedar diri tak alim lagi itu yg bimbang. Kalau anak termasuk anak buah kakak memang tegur dan nasihat terus aje.. Itu prinsip keluarga kami. Bapak kakak memang tegas tak kira anak, menantu, cucu, janji yg dah jadi keluarga. SO kami semua ikut bapaklah ni..

    Tapi kakak tak kisah kalau anak kakak kena tegur demi kebaikan - sungguh ikhlas ni Ujie.

    ReplyDelete
  5. Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak.

    ReplyDelete
  6. Dakwah ialah tugas yang berat. Tapi manisnya sukar ditandingi bila dilaksanakan dengan jaya.

    ReplyDelete
  7. perbetulkan diri sendiri sebagai umat islam dahulu, mungkin dengan tak perlu berkata-katapun ada orang akan tertarik dengan islam - melalui penampilan dan sahsiah kita. mudah-mudahan...

    ReplyDelete
  8. x berani nak tegur sebab diri sendiri pun tak berapa nak betol je..heheheh....

    ReplyDelete
  9. saya pun ada beberapa orang blogger yang saya kagum dengan diaorang.Antara nya kakZakie tu..bagi saya dia muslimah yang hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju Diana! mmg kak zakie antara blogger yg saya maksudkan. :)

      Delete
  10. *nak gi follow blog kak zakie plak lepas ni.

    Ujie, ye la... mmg betul pun cara kita bawa diri kita tu sebenarnya yg boleh jadi dakwah sebenar. Org nampak dan org ikut. Sebenarnya nak berdakwah melalui perbuatan itu lagi berat drpd dakwah mulut. Nak jaga kelakuan ni bukan senang. Godaan ada di mana2. terima kasih kerana mengingatkan dgn entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Lyd, sbb tu lah ia lebih berkesan (dakwah melalui perbuatan).

      rugi tak follow kak zakie tau. :)

      Delete
  11. saya pun rasa beruntung dapat kenal kak zakie dan ujie juga..
    banyak perkongsian yang bermakna dari kalian
    alhamdulillah, syukur dapat inspirasi dari tulisan-tulisan
    kawan-kawan blogger :)

    ReplyDelete
  12. ira baru follow kak zakie. tapi blum sempat lagi nk baca entry2 dia.. hehehe..
    betul tu kak ujie, kdg2 dlm diam kita apply perkara2 baik yg kwn2 share diblog. dan ingat juga nasihat2 yang diberikan..
    mcm komen akak berkenaan anak..
    bila rasa sedih dan teringin nk baby, ira teringat akak ckp, bersyukur sekurang2nya ira ada aimy. secara tak langsung, rasa sedih tu hilang..

    terima kasih kak :)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...