Thursday, 24 July 2014

Langkah Nan Layu...

Ramadhan bakal pergi,
Aduhai...hanya beberapa langkah sahaja lagi,
Sedang diri masih belum mengecapi,
Indahnya pesona bulan kemuliaan ini.

Ramadhan membawa bersama detik duka,
Serangan bumi Palestin amat mengocak rasa,
Begitu jua nasib saudara Muslim di segenap ceruk dunia,
Yang diuji dengan kezaliman dan penindasan pihak berkuasa.
Juga tragedi MH17 yang merentap tangkai jiwa,
Pembunuhan dan penganiyaan yang sukar diterima.

Benar...semuanya satu suratan dan ujian buat kita,
Sudah pasti ada pengajaran dan hikmah yang ditinggalkan,
Namun hati masih terkesan dan empati dengan segalanya,
Lalu Syawal yang datang terasa sayu dan suram,
Bibir mengukir senyuman sedang hati merasa lara.

 
*********************************************************************

SALAM AIDILFITRI buat korang semua, teman-teman yang menceriakan dunia blog saya. Saya MOHON MAAF andai ada mengguris rasa korang (lebih lagi akhir-akhir ni dah lama tak jengok blog korang). Saya juga DOAKAN semoga perjalanan kita untuk pulang ke kampung sentiasa selamat dan dalam lindungan Allah. Lagi satu...Hari Raya adalah untuk bergembira, jadi jangan lupa sentiasa ukirkan senyuman walau hati ada duka.

Eh, korang balik kampung bila? Saya dan suami Insya Allah pada hari Sabtu atau Ahad nanti. ^__^
 

Thursday, 10 July 2014

Blogger Eita, Promosi Jualan Raya & Mereka Yang Terus Tertindas

Entri ni mengandungi tiga perkara, sengaja saya catatkan sekaligus. Maklumlah, sekarang saya agak kurang rajin menulis blog. Kalau tunggu tulis satu-satu, memang tak terbuat jawabnya.
 
BLOGGER EITA
Terima kad raya comel dari sahabat blogger - EITA. Seingat saya dah 3 tahun berturut Eita hantar kad raya pada saya. Walaupun Ramadhan tahun ni dah bergelar isteri, masih tak lupa kad raya untuk saya. Terima kasih banyak-banyak pada Eita! Inilah kad raya pertama tahun ini (dan mungkin jugak satu-satunya). Bila dapat kad raya ni, terus terasa aura Hari Raya!
 
 
PROMOSI JUALAN RAYA
Promosi kat butik maya saya, bermula hari ni. Kepada yang cari t-shirt labuh (untuk penyusuan dan yang hamil pun ada), tudung cotton empat segi (bidang 50 & 60), wide shawl dan tudung saiz sehingga XXL bolehlah jenguk-jenguk di SINI. 
 
Tawaran yang diberi ni memang istimewa, kalau waktu biasa diskaun 10% tu saya beri untuk belian minima 5 helai. Sekarang ni cuma perlu belanja RM100 sahaja! Kepada yang lelaki mungkin boleh beli sebagai hadiah hari raya untuk yang tersayang (memang sudah beberapa kali pelanggan lelaki membeli tudung/baju dari saya, untuk yang tersayang pastinya).
 

MEREKA YANG TERUS TERTINDAS
Rasanya kita semua dah pun tahu apa yang berlaku di Gaza pada bulan Ramadhan ini. Mereka terus-terusan diserang tanpa halangan dan pembelaan dari kuasa besar dunia. Hati kita pedih, sedih dengan apa yang menimpa saudara Muslim kita di sana.
 
Jadinya, apa boleh kita bantu dikejauhan ini? Boikot produk Israel (tak mampu semua, sebahagian atau sedikit pun jadilah), kirimkan doa & solat hajat buat kemenangan mereka (ini paling mudah!) dan hulurkan dana buat mereka. Pastikan ianya ke NGO yang dipercayai seperti Aqsa Syarif (banner di atas).
 
Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)

Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +603-8733 4636 atau +6013 744 4760.
 

 

Sunday, 6 July 2014

Mini Giveaway Blog HT


Nenas, manggis, limau, pisang, strawberi.
Semuanya nampak sedap sekali!
Tetapi MANGGIS tetap menjadi pujaan hati.

-------------------------------------------------------------

Nampak macam buah sebenar kan?
Kalau korang berminat dengan sabun buah ni, bolehlah join GA oleh sahabat blogger TIHARA. 
Cuma klik pada banner di atas untuk join. 
Tamat pada 7 Julai ni...masih sempat!



Friday, 4 July 2014

MAT INDERA : Petualang atau Pejuang

 
Tajuk : Mat Indera Petualang atau Pejuang
Penulis : Dr Muhaimin Sulam
Penerbit : Jundi Resources
Harga : RM20
Muka surat : 231
 
Buku ini asalnya suami yang beli, sebab ada perkaitan sejarah kampungnya di Seri Medan, Batu Pahat dengan tokoh di atas - MAT INDERA. Sungguh, saya tak tahu langsung kisah Mat Indera dan Seri Medan!
Pada awal pembacaan, buku ni agak membosankan saya. Tapi pada bab-bab seterusnya, ia membangkitkan semangat ingin tahu dan terus membaca.
 
Ringkasan Buku
MAT INDERA, nama sebenarnya Ahmad bin Indera. Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Maharani, Muar. Juga seorang yang berpendidikan agama, pernah berguru dengan seorang ulama terkenal di Muar iaitu Hj. Muhamad Yasin (ayahanda kepada Tan Sri Muhyidin Yasin).
 
Beliau pernah menjadi guru agama dan turut diundang untuk memberi ceramah agama di sekitar Muar. Pendek kata, Mat Indera adalah individu yang dihormati masyarakat pada ketika itu.
 
Mat Indera seterusnya memilih Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai wadah perjuangan untuk mempertahankan tanah air dari penjajahan. Beliau kemudiannya mengetuai sayap Pemuda PKMM, iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar pada tahun 1946. Selain itu beliau turut aktif dalam kesatuan-kesatuan buruh/pekerja dalam usahanya memperjuangkan hak para buruh/pekerja.
 
Hampir sama dengan kisah Shamsiah Fakeh, Mat Indera juga akhirnya terpaksa memilih untuk bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wadah perjuangan yang baru iaitu secara gerila. Iaitu selepas penjajah British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu. Sejak dari itulah British bersungguh-sungguh mahu menangkap Mat Indera, sehingga ayah Mat Indera telah dibuang negeri ke Singapura.
 
Dalam peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong. Bagaimanapun, seorang anggota polis yang terselamat, Abu Bakar Daud mendakwa bahawa Mat Indera tidak menyerang. Sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada serangan komunis.
 
Mat Indera akhirnya berjaya ditangkap pada malam 14 Oktober 1952, melalui cara muslihat/perangkap. British menggunakan kawan-kawan dan orang kepercayaan Mat Indera untuk menjayakan misi ini. Mereka diberi tekanan/ugutan dan tawaran hadiah. Pada malam kejadian, Mat Indera telah dijemput ke rumah Mat Tukyo di Kampung Seri Medan dengan alasan untuk membincangkan projek jangka panjang perjuangan mereka. Beliau dihidangkan dengan tempe goreng dan air kopi yang dicampur dengan kecubung ungu, yang memberi kesan mengantuk dan tidak sedarkan diri. Pada masa itulah dia ditangkap.
 
Pada 30 Januari 1953 dalam usia 33 tahun, Mat Indera telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Penjara Taiping, Perak. Hukuman dijalankan tanpa memberitahu kepada ahli keluarganya, dan mereka hanya mengetahui apabila Mat Indera telah selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Jambu, Taiping.
 
------------------------------------------------------------------------------
 
(sumber gambar : sini)
Jika ditanya kepada saya (berdasarkan pembacaan buku dan di internet), saya melabelkan Mat Indera sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN. Hanya pejuang sejati sahaja yang sanggup bersusah payah hingga berkorban nyawa demi menghalau penjajah keluar dari tanah air tercinta. Ya, dia ada bekerjasama dengan PKM (kerana tiada pilihan pada masa tersebut). Tapi janganlah kerana palitan PKM, kita menafikan jasa bakti yang telah dicurahkan oleh beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
 


Thursday, 3 July 2014

Untuk Yang MenCARI dan BerFIKIR...

Sering kedengaran...
Aku belum sampai seru, aku belum dapat hidayah.
Itu bicara si pemegang status Islam, yang hidup tanpa ciri-ciri Islam.
Pabila ditanya tentang kepatuhannya pada perintah Allah.

Seru...hidayah...di manakah ia bersembunyi?
Begitu sukar ditemui...hingga kita terus tenggelam dan lemas.
Sungguh...ia ada di sekeliling mu, di hadapan mu.
Asal saja engkau dan aku mahu mencari dan berfikir!

Alhamdulillah dan tahniah untuk saudara baru kita Felixia Yeap.
Yang pada awalnya cuba menutup aurat hasil berfikir.
Bukan kerana suruhan Allah, bukan kerana sudah memilih Islam.
Akhirnya...pencarian dan keinginannya berfikir menemukan cinta agung.

Suatu pengajaran buat kita semua,
Yang telah lama mengaku Allah itu tuhanku,
Tetapi ingkar suruhan-Nya.


*catatan menyentuh hati oleh Felixia Yeap boleh dibaca di SINI. Berilah dorongan kepadanya, bukan kritikan. Dia sedang cuba perbaiki segalanya. Kita???


Nota hati : Masih belum terlewat...Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan untuk sahabat blog semua. Mohon maaf andai ada penulisan/komen saya yang mencarik rasa.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...