Friday 30 May 2014

Separuh Hati


Kita beri hati sepenuhnya pada pasangan, 
tapi kita cuma beri separuh hati pada solat.
Allah...ampuni hati-hati kami yang lalai ini!

Thursday 29 May 2014

Batik Sutera Terengganu

Sejujurnya saya tak pernah tertarik apatah lagi membelek-belek kain batik sutera, walaupun dah beberapa kali ke Terengganu. Yang saya belek dan beli, makanan. Lagipun takut pulak tengok harga batik sutera ni...ratus-ratusan! Yang dekat RM1000 pun ada!
 
Tapi untuk kunjungan kali ini, saya terpaksa membelek-belek batik sutera sebab terima kiriman orang. Dari satu kedai ke satu kedai saya dan suami membelek. Perhatikan corak, material dan harga. Lama-lama...terjatuh suka pulak dengan seni corak batik ni. Aduhai...
 
Hasil pemerhatian dan perbualan dengan penjual batik sutera ni, kami dapati HARGA batik sutera dipengaruhi oleh faktor berikut:
  • material - Crepe, Jacquard, Rayon. Material Crepe paling mahal dan berkualiti, juga mudah digosok dan tidak senang kedut. Diikuti material Jacquard. Yang paling murah dan kurang berkualiti adalah material Rayon. Untuk material Rayon ni kita boleh dapat harga sekitar RM150 untuk kain pasang perempuan (4 meter).
  • corak - lagi banyak corak pada kain tersebut, lebih mahal harganya.
  • cantingan - cantingan yang halus lebih eksklusif dan mahal.
Selain faktor di atas, rasanya mungkin faktor jenama, lokasi dan hasil tawar menawar kita. Faktor kat atas ni pulak hanyalah hasil pemahaman saya dan suami. Tidak dijamin betul tau. Yang paling baik, masa nak beli korang tanyalah soalan kat penjual tu. Kalau dah rasa berkenan betul, harga boleh terima dek akal dan yakin penjual tu tak tipu...bolehlah teruskan pembelian ya.
 
 
Contoh batik sutera material Crepe. Koleksi eksklusif sebab cantingan halus.
Design ni corak jalur untuk bahagian kain. Yang bunga tu bajulah.
Harga tertera RM300 lebih. Tapi boleh dapat kurang dari RM250.
 
Contoh batik sutera material Jacquard. Juga koleksi eksklusif cantingan halus.
Kat kain Jacquard tu sendiri memang ada corak.
Nampak tak? Bukan corak batik tu ya.
 
Kat atas ni antara gambar batik sutera yang saya ambil sebab nak tunjuk (melalui WhatsApp) pada orang yang kirim. Senang kan sekarang, tak payah pergi jauh-jauh tapi boleh pilih apa yang berkenan dari kedai tu. Tapi gambar batik sutera yang dah beli tu saya tak tayang kat sinilah ya. Tak eksklusif pulak untuk tuan punya badan.
 
Oh ya, kalau rasa batik sutera di luar bajet, kita boleh beli batik cotton. Cantik jugak saya tengok. Material Cotton pun selesa dipakai. Tapi lupa nak tanya harganya.
 



Wednesday 28 May 2014

Revolusi

 
 
Tajuk : Revolusi
Penulis : Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga : RM15
Muka surat : 213
 
Buku ini memuatkan 15 cerita pendek (termasuk satu cerita catatan peribadi penulis semasa dalam tahanan ISA di Kem Kamunting). Ia merupakan antara karya terkini penulis kegemaran saya - Ustaz Pahrol. Tidak tebal, gaya bahasa yang mudah difahami tetapi sarat dengan persoalan semasa. Apa yang boleh saya katakan, buku ni nampak santai tetapi sebenarnya mampu membuka pemikiran kita. Dalam setiap cerpen beliau, ada sesuatu cuba disampaikan.
 
Sinopsis
Antologi cerpen Revolusi ini ditulis oleh penulis dengan misi 'memanusiakan' manusia. Apakah ada manusia yang bukan manusia? Ya, ada. Bukan pada rupa, tapi pada jiwa. Buku ini memuatkan 15 cerpen berikut :
  1. Darul Taqwa
  2. Revolusi
  3. Wajah-wajah di Cermin
  4. Melawan Arus
  5. Derap Kasutnya
  6. Peluru dan Mata Hati
  7. Demonstrasi
  8. Perlumbaan Terakhir
  9. Datin Oh Datin
  10. Oh...Zahidah
  11. Merah di Mana-mana
  12. Bukan Cacat Hatinya
  13. Kuah Dalca Yang Tumpah
  14. Cerita Si Buta dan Syeikh Daulah
  15. Bunga Dari Kamunting : Satu Catatan Peribadi
 
Petikan Buku
"Lalu kau salahkan Datuk Sagor kerana tidak menegakkan hukum Islam? Sedangkan dalam kumpulan kau sendiri hukum itu belum tertegak?" Tuk Guru Saleh memerangkap.
 
"Jadi kau minta aku perangi diriku dan kumpulanku dulu?" Tuk Guru Imran menyimpul.
 
"Bukankah itu perjuangan yang lebih besar, berjuang menentang hawa nafsu? Kau tentu ingat pesan ulama dan hukama itu."
(Melawan Arus, muka surat 54)
 
Hasil kempen Din Misai, kini Udin Rock, Jalil, Bidin dan lain-lain pemuda yang terkenal sebagai 'kutu jalan' Kampung Telipuk Batu turut hadir dalam mesyuarat barisan bertindak menghadapi kekejaman Zionis antarabangsa.
 
Dalam diri Udin Rock yang bersubang sebelah itu pun tersemat kebencian terhadap Israel dan proksinya Amerika. Dalam diri Jalil peminat Justin Bieber itu pun bencikan Amerika. Bahkan Bidin peminat Lamb of God itu pun geramkan Shimon Peres.
(Demonstrasi, muka surat 98-99)
 
"Wah, wah...bila bersongkok macam ini, siapa sangka kau anak Jusuh kaki botol," kata Bilal Sani sewaktu aku melangkah masuk ke masjid.
 
Mengapa aku turut terhukum dengan sikap bapaku? Mengapa aku pula yang harus dihenyak dengan sindiran, ejekan dan cemuhan hanya kerana aku anak Pak Jusuh? Turut berdosakah aku apabila ditakdirkan menjadi anak seorang pemabuk? Aku terlalu sayu kerana terpaksa menanggung derita batin ini bertahun-tahun. Hatiku terlalu terhimpit. Seakan-akan ada sahaja mulut-mulut celupar itu memburu aku ke mana-mana. Dan paling tragis aku turut terhina di rumah Allah...di masjid ini!
(Kuah Dalca Yang Tumpah, muka surat 174)
 
 
 Nota hati :
Bila agama belum cukup difahami tapi cuba berlagak menjadi hero pembela agama, maka terhasillah kenyataan yang memalukan diri sendiri dan umat Islam amnya...tukar darah!  
 



Tuesday 27 May 2014

Mee Racun 3G

Dulu, saya pernah buat entri mengenai Mee Racun di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang, Selangor. Lepas daripada itu, barulah saya tahu yang Mee Racun ni memang terkenal di Batu Pahat, Johor. Sungguh...saya dan suami memang tak tahu dan tak pernah makan walaupun kami orang Johor dan suami memang asal dari Batu Pahat.
 
Bila balik kampung, bermulalah misi mencari. Cari punya cari, kami bertemu dengan kedai makan berikut :
 
 
Mee Hoon Racun Tulang - RM10
 
Mee Racun - RM5
Untuk menu Mee Racun ni, kita boleh pilih nak mee kuning, mee hoon atau kuey teow. Harga RM5. Tapi kalau nak yang ada tulang tu, harganya RM10. Rasanya? Ok. Ada rasa masam-masam, tak reti nak terangkan. Tapi secara peribadi, tekak saya lebih suka makan Mee Racun kat BBST tu. Dari segi rasa dan bahan ada perbezaan. Yang kat BBST tu ada telur dadar kat bahagian bawah mee.
 
Lokasi Mee Racun 3G ni di Jalan Timah Hitam, Batu Pahat, Johor. Agak mudah dicari sebab terletak di tepi jalan besar. Kat seberang jalan ada Maybank. Kedai ni mula beroperasi pada lewat petang. Bagi yang nak mencari Mee Racun di BBST pulak, boleh klik kat SINI.







Thursday 22 May 2014

Suatu Senja di Kuala Terengganu...

Ni kisah bertarikh 8 Mei 2014 yang lalu...
Sempat ke Kuala Terengganu satu malam sahaja.
Lewat petangnya dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya ternampak seseorang...
 
Seorang lelaki berkopiah yang kelihatan bersemangat mengayuh basikal. Saya kata pada suami...gigih betul orang tua ni kayuh basikal. Takmo duduk tepi, nak potong motor pulak. Suami jawab...orang tua ke?. Saya jawab...yelah kot, pakai kopiah. Suami tak tengok sangat sebab fokus pada pemanduannya.

Sampai satu traffic light merah, kereta kami berhenti betul-betul di belakang 'orang tua' tadi. EH! USTAZ AZHAR IDRUS LAH!!!! Terjerit saya! Terus sama-sama ketawa. Orang yang saya kata 'orang tua' tu rupa-rupanya UAI! Patutlah bersemangat mengayuh basikal. Inikan memang hobi dan kebiasaan dia. Ustaz memang sangat sempoi! Kayuh basikal sorang-sorang je walau dah terkenal.
 
Peluang untuk saya ambil gambar ustaz memang banyak. Sebab kami melalui jalan yang sama dan dia sentiasa ada di sebelah atau di hadapan kereta kami. Jalan situ pulak banyak traffic light, memang kerja saya asik snap gambar ustaz je lah. Tak tahulah ustaz perasan ke tidak.
 
Entah suratan atau kebetulan, sebenarnya beberapa hari sebelum ke Terengganu saya baru je menonton filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Macam sesuai je tajuk tu dengan saya, dapatlah jumpa ustaz depan mata. Dulu pun pernah hadir ceramah UAI di KUIS, tapi langsung tak dapat tengok kelibatnya. Cuma suami je dapat bersalaman. 
 
 
Nota hati :
Ramai yang terlibat dengan hobi berbasikal sekarang ni. Tapi sayang, demi hobi tergadai agama. Lelaki dan perempuan masing-masing berpakaian ketat, mempamerkan segala lekuk tubuh. Yang bertudung pun sampai boleh hilang tudung! Apapun alasan, letakkanlah agama yang utama pada tiap-tiap keputusan yang diambil. Semoga Allah mengampuni keterlanjuran kita.
 

Wednesday 21 May 2014

Busuk Oh Busuk!

 
Ini komen yang saya terima untuk entri semalam - JIRAN KORANG TAU???. Terima kasih kepada Ieta Mat Saad sebab beritahu saya hal ni. Patutlah bila tengok blog stats kat Nuffnang tu views melonjak daripada biasa. Mungkin ini puncanya.
 
Saya guna auto ping Busuk ni agak baru jugak, sekitar tahun lepas. Jadinya saya tak berapa tahu hal begini. Memang Busuk membantu meningkatkan views blog saya, cuma kalau jadi hal begini memang rasa tak seronok.
 
Kesimpulannya, sedaya boleh kita kena letak gambar pada entri. Lagi-lagi pada tajuk entri yang boleh disilap tafsir.
 
 
Nota hati : Busuk oh Busuk...dalam banyak-banyak gambar, kenapalah kau letak gambar tak senonoh tu untuk entri aku?
 


Tuesday 20 May 2014

Jiran Korang Tau???

Mula-mula sekali, nak mintak maaf kat kawan-kawan blog sebab tak membalas jejak atau berziarah ke blog korang sejak catatan terakhir saya pada 28 April lalu. Sebabnya internet saya mengalami masalah...masalah habis kuota! Pertama kali jadik gini sejak lebih setahun pakai PortaWifi Celcom ni. Sangatlah susah nak berjaya bukak satu-satu blog tu. Daripada sakit hati, baik saya tinggalkan terus. Tapi saya masih tak puas hati macamana kuota 4GB saya boleh habis sangat cepat. Saya bukan layan YouTube, tonton.my pun dah lama tak bukak. Persoalan yang tak bertemu jawapan. Yang penting mulai semalam dah mula kuota yang baru. Bolehlah berblog kembali.
 
 
Berbalik kepada tajuk entri...Jiran Korang Tau? Tau yang korang menulis blog? Kisah beberapa minggu lalu....
 
Situasi - sedang berkenal-kenalan dengan jiran baru. Selang beberapa pintu dari rumah saya.
 
Saya : Panggil saya Ujie je. Awak siapa nama? (sambil tangan bersalaman)
 
Jiran : Ohh..Ujie. Yang ada blog tu ya? Ingatkan rumah kat mana. Dekat je rupanya.
 
Saya : (cuba tersenyum manis, walau sebenarnya terkejut)
 
 
Padan muka saya, siapa suruh buat blog guna nama betul? Memanglah senang orang nak kenal, lepas tu nak terkejut pulak. Dalam kes ni jiran tersebut kenal blog saya sebab saya tulis mengenai masalah tiles pada toilet masterbedroom perumahan kami. Yang mana, dia pun rasa tak puas hati dengan pemaju.
 
Setakat ni yang tahu saya menulis blog peribadi, cuma ahli keluarga. Selama ni memang takde kawan atau jiran yang tahu. Bila ada yang tahu ni, rasa malu-malu pulak nak menulis. Korang macamana pulak?