Tuesday 2 December 2014

Ustaz Ekspres, Ustazah Jadian...katanya!

Asal cakap pasal agama je...
Orang panggil ustaz, ustazah. 
Siap gelar ustaz ekspres, ustazah jadian.
Pelakon, penyanyi tak boleh cakap hukum agama.
Tiada wibawa katanya!

Yang betul...
Memang tanggungjawab setiap diri Muslim,
Untuk mengajak saudara kita ke arah kebaikan,
Dan mencegah mereka dari melakukan mungkar.
Itulah 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar'!

Sekalipun kita cuma tahu satu kebaikan,
Kita tetap dituntut Islam agar menyebarkannya.
Sekalipun kita tak punya kelayakan bidang agama,
Tuntutan berdakwah ke atas kita tak pernah gugur.
Tak perlu sempurna untuk berdakwah!

*********************************************************

Suatu hari, al-Hasan al-Basri berjumpa dengan seorang pemuda daripada Bani al-Shikhir. Al-Hasan berkata kepadanya, "Nasihatilah kami, wahai pemuda"Pemuda itu menjawab, "Aku belum layak memberi nasihat, wahai Abu Sa'id". Al-Hasan berkata, "Siapakah yang benar-benar layak memberi nasihat? Syaitan sangat suka dengan kata-kata ini. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan"

Kisah ini diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab az-Zuhd dan juga Abu Muhammad al-Ramahurmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil. (sumber : Solusi isu 38)

*bacaan tambahan, artikel 'Amar Makruf Nahi Mungkar' di SINI.

  • Berdakwahlah sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Disamping terus berusaha memperbaiki kekurangan diri.
  • Tak perlulah kita pandang masa silam seseorang, pandanglah siapa dia hari ini.
  • Jika kita tak mampu lakukan dakwah, janganlah kita menjadi orang yang menghalang usaha dakwah (dengan memperlekeh dan memandang rendah usaha orang lain).

21 comments:

  1. salam singgah dan terus follow...keep in touch yer...

    ReplyDelete
  2. Yang salah sepatutnya kita betulkan bukan disindir tanpa perasaan...

    ReplyDelete
  3. ego la tu..dia rasa dia lebih baik dari orang yang tegur..so dia pun cakap gitu..

    ReplyDelete
  4. saya setuju sangat dengan kupasan ni
    tak perlu sempurna untuk berdakwah

    ReplyDelete
  5. isu ni biasanya timbul bila ada seseorang yang sebelum ni tidak dikenali dan tiba2 muncul dengan memberi ulasan tentang hukum agama yang bercanggah daripada pendapat majoriti alim pandai yang lain. Hehe.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak..
    kita tak tau, siapa kita di masa akan datang..
    semoga kita sentiasa berada di dalam kebaikan..

    ReplyDelete
  7. ..yup. Betul tu Ujie. Tapi ada di kalangan kita, lebih sudu dari kuah. Itu yg kita tak mahu. Kadang tu, benda yg bukan sunnah (contoh) tapi dikatanya sunnah. Mcm mana tu?

    ReplyDelete
  8. artis yg nak berubah tu harus ikut cara ustazah, bukan ustazah yang kena ikut cara artis tu.

    ReplyDelete
  9. betul tu kak ujie ... sy pun terkilan jgk dgn kenyataan kat rakaman video tu .. dgn bg gelaran mcm tu huhuhuhu .. pttnya kt menyokong usaha mengajak kerah kebaikkan bkn lg menindas atau memerli .. dgn gelaran yg bukan²...

    ReplyDelete
  10. Betul Ujie.. nabi pun dah bersabda.. Sampaikan lah walaupun sepotong ayat..

    ReplyDelete
  11. setiap dari kita perlu berdakwah. tak perlu tunggu jadi ustaz atau ustazah. Setuju

    singgah pertama kali disini

    ReplyDelete
  12. Selagi kita masih bernyawa kita punya tanggungjawab yg perlu dilunaskan. Kalau tunggu ustaz/ustazah saja alamat tunggang-langganglah jadinya.

    ReplyDelete
  13. tak salah untuk kita berubah menjadi baik.. semoga kita berubah kepada yang lebih mengikut syariat... bukan naj jadi ustazah atau ustad jadian.. tapi kan bagus kita saling ingat mengingati.. itu kan juga satu amanah..

    ReplyDelete
  14. Memang nak tergelak sangat dengar ucapan ustazah kita tu dalam PAU beberapa hari lepas. Ye lah artis berhijrah berpakaian muslimah dia kondem, artis berpakaian seksi meksi tak cukup kain dia tak kondem pula. Memang kelakar ustazah kita tu..

    Macam tak lama dulu juga ustazah ni kata wanita dibenarkan jadi pelacur jika dalam keadaan terpaksa. Nauzubillah...Kemudian tak lama lepas itu keluar pula kenyataannya lelaki dan perempuan bukan muhrim boleh bersalam untuk tunjukkan rasa hormat. Memang lawak pendapat ustazah kita tu...

    ReplyDelete
  15. kan?tak semestinya ustazah je yang boleh ajak orang buat kebaikan..

    ReplyDelete
  16. Kuasa, pangkat dan harta itu, memang ujian yg lagi payah..lagi susah berbanding ujian kemiskinan, tiada kuasa dan tiada harta...sebab ujian kuasa & pangkat, tudung yg patuh syariah pun boleh jadi senteng nampak dada..bulu kening pun boleh jadi nipis tauuuu

    ReplyDelete
  17. mungkin cara sesetengah orang yang menyampaikan tu dianggap agak over
    condemn sana condemn sini,
    kalau macam kita yang boleh fikir, ambil yang positif jer..
    cara dia nak jadi ustazah ekspres or ustaz instant
    itu tolak ketepi
    ke camne ujie..
    aku ni pun merangkak-rangkak.. :)

    ReplyDelete
  18. Bukan bila bercakap pasal agama je. Tapi kalau pakai tudung labuh sikit je, atau berjubah pun terus org label sbg Ustazah. Bukan la tak suka, bagus la sebenarnya sbb itu kan seperti menghormati. Tapi ada sesetengah pihak yg panggil mcm tu dgn nada nak mengejek. Itu pun tak faham.

    Betul uji, setuju sgt dgn Imam Hasan Al Bana. Kalau nak tunggu semua org perfect, takkan ada nasihat la sampai bila2.

    ReplyDelete
  19. Setuju tu ujie.....setiap kita ni khalifah atas muka bumi ni, berpesan pesanlah kepada kebaikan....untung okje ada sahabat blogger mcm ujie ni yg selalu berpesan pesan dan saling mengingati...

    Yelahkan depa depa tu suka betul cakap ustazah ke ustaz ke kalau cakap baik sikit ....terus malu nak bertazkirah hihi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****