Tuesday, 30 December 2014

Tatapan Untuk Generasi Akan Datang


Curahan hujan lebat, leka saya menikmati alam hijau yang disimbahi hujan. 
Sambil dilatari dengan bunyi jatuhan hujan di atas atap zink, memang bising. 
Tapi terasa ia bagai irama indah di pendengaran saya. 

Sesudah hujan...tiada panahan mentari terik. 
Korang jangan pening tengok gambar macam terbalik ni. 
Sebenarnya saya ambil gambar air dalam bekas takungan di bawah. 
Hasil refleksi yang menarik bagi saya.

Bekas takungan air yang telah lama berkhidmat. 
Setiap kali hujan, curahannya terus dialirkan melalui sekeping zink tu. 
Air dalam ni jernih, sejuk pastinya. Tapi takde jentik-jentik tau. Kerap diletak garam.
Nampaknya berkesan juga tips letak garam tu.

Hasil kreativiti...saya suka basuh kaki kat paip ni sebab airnya sejuk. 
Air dalam dua bekas takungan di atas memang selalu digunakan untuk kerja-kerja kebun sawit, yang terletak hanya di belakang rumah.

Semua pemandangan di atas, lokasinya di rumah mertua di Batu Pahat. Di rumah mak saya, takde semua ni. Rumah batu sepenuhnya, tak sempat merasa bisingnya irama hujan menimpa atap zink. Sampai nak berbual pun tak boleh. 

Saya abadikan semua ni dalam blog untuk kenangan sendiri dan tatapan generasi akan datang. 

18 comments:

  1. Memang bising sebab atap zink, tapi tu la yang boleh buat rilek je jiwa sambil pekena ubi rebus dengan sambal tumis. Minum pulak kopi o. Dah kenyang, baru lena.

    ReplyDelete
  2. kenangan yang bakal mengusik jiwa satu masa kelak...

    ReplyDelete
  3. Rumah abang di BP pun ada macam ini Ujie. Tapi dia guna batu calvert tu. Tutup pun dengan zink aje. Guna utk siram pokok dan bagi ayam-angsa minum. Kalau waktu panas air akan jadi panas tapi kalau pagi aduhai sejuk sangat:)

    ReplyDelete
  4. seronoknya duduk kampung.. :) cantik gambar2 yg kak ujie ambil

    ReplyDelete
  5. seronok suasana rumah kampng. tennag dan damai :)

    ReplyDelete
  6. terasa suasana kampung bila tengok gambar2 akak tu...rindunya desa

    ReplyDelete
  7. rumah nenek saya pun dah takde semua ni.. mmg sejuk airnya.. kalau dulu kami siap ada kolam.. tiap kali balik kampung mesti nak mandi kolam.. lebih best dari mandi di kolam renang yang airnya penuh klorin.. hehe

    ReplyDelete
  8. Rumah kampung ibu bapa saya kat kampung di Penang itu pun beratap zink juga. Kalau hujan memang bising, kalau panas pula rasa kepala macam nak pecah, membahang... hehehehe

    ReplyDelete
  9. cantiknya gambar..Ujie pakai enpon apa ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hp samsung s4 diana. mmg puas ati bila amik gambar.

      Delete
  10. kg KY dah takde suasana begini..sesekali sekala rindu suasana begitu..

    ReplyDelete
  11. umah mak mertua ita pun umah kg..suasana masih kekal kampung lagi...semua yang kat atas tu masih lagi guna..tapi best..duk kg..nyaman je

    ReplyDelete
  12. acik pun ke BP minggu lepas cuti seminggu ujie
    selamat menyambut tahun baru 2015 ujuie

    ReplyDelete
  13. Tp mmg nostalgic sungguhlah gambar tu Ujie....
    Berapa kilo agaknya garam nak kena buh dlm bekas air tu yek Ujie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..takpe2 garam tak mahal.

      Delete
  14. Salam

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

    ReplyDelete
  15. rindu dengan suasana kampung yang nyaman

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak rasa hujan yang bersih macam ni. Kalau hujan yg nak banjir tu lain kan? Ni banjir dgn langit masih nampak terang. Seronok mandi hujan dgn ujan yg macam ni la. RIndunya kampung, hijau... Gambar reflection tu sharp nya ye.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...