Friday, 12 December 2014

Cinta Pertama, Payah Dilupa?


Apa perasaan kita, bila isteri bermain cinta...
Lelaki itu cinta pertama....katanya.
Apa perasaan kita, bila suami bermain cinta...
Wanita itu cinta pertama...katanya.
Benarkah cinta pertama, payah dilupa?

Tidak cukup bermain cinta terlarang,
Ditambah pula dengan keterlanjuran,
Bukan! Bukan keterlanjuran, tapi sengaja melakukan.
Suami orang dan isteri orang berzina!
Benarkah cinta pertama, begitu payah dilupa?

Cinta pertama yang kecundang di tengah jalan,
Bukan untuk dikenang dirindui sepanjang hayat,
Bukan jua untuk terus ditagih walau dengan jalan salah.
Cinta pertama adalah satu pengalaman hidup,
Untuk kita lebih bersedia menerima cinta kedua..atau ketiga.

Cinta pertama, mungkin benar payah dilupa,
Kerana ia kemanisan pertama yang kita rasa.
Tapi ingatlah, di saat kita menerima akad nikah,
Itu bermakna kita bersedia melepaskan masa lalu,
Dan membina cinta pertama yang halal di sisi Allah.

Cinta pertama, payah dilupa?
Lupakanlah demi suami/isteri dan anak tersayang!
Kita bukan lagi budak remaja yang asyik mencari cinta!


~ Sebuah kisah benar yang menyentap rasa. Bertabahlah suami/isteri yang dicurangi. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Dan semoga rumahtangga kita semua aman bahagia. ~

21 comments:

  1. kita tak boleh hidup dalam masa silam kita.. ;)

    ReplyDelete
  2. cinta pada Allah jua yang kekal abadi..

    ReplyDelete
  3. Itu cuma alasan. Setiap orang ada sejarahnya cuma terpulang kepadanya sama ada nak menjalani hidup dengan berjalan ke hadapan atau masih mahu mengikut skrip sejarah yang dah ketinggalan di belakang. Mengapa berjalan berundur ke belakang ketika lebih selamat untuk kita berjalan ke hadapan??

    ReplyDelete
  4. betui tu kak yon.
    cinta pada Allah jua yang hakiki


    ReplyDelete
  5. Kadang2, cinta pertama tu sekadar escapism mereka. Manusia memang suka lari dari masalah.

    ReplyDelete
  6. Cinta pertama tu cuma alasan je nak larikan diri dari tanggungjawab yang ada masa skrg. Eloklah hanyut dalam masa lampau..huhu

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  7. Kadang ada yang tak perasan pun cinta pertama mereka...

    ReplyDelete
  8. kan bagus kalau cinta itu kuat pada yang SATU :)

    ReplyDelete
  9. orang ketiga sentiasa merbahaya...tapi tangan takkan bertepuk sebelah tangan.

    ReplyDelete
  10. Nauzubillah.....moga dijauhkan, jangan berani nak permainkan hukum Allah....
    Tetiba teringat cinta pertama ? Tp masalahnya pernah ke? Konfius....cinta ke atau syok sendiri haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah kue eleng sopo kuwi :P

      Delete
    2. kalau syok sendiri tu, tak kira cinta pertama tau. :D

      Delete
    3. Ohhhh ....tak kira yehhhh...

      Delete
  11. Ya Allah... menakutkan je. Manusia skrg sanggup buat mcm2 yg kita tak termampu nak fikir. Mohon Allah lindungi drpd perkara2 maksiat begitu. Cinta pertama tu kalau susah sgt nak dilupa..... tak perlu la sampai berzina. Nauzubillah. Lepaskanlah yg sedia ada. Mesti tak berani kan?

    ReplyDelete
  12. cinta pertama jadi kenangan...terpulang pada kita samada mau dikenang sebagai pahit @manis :)

    ReplyDelete
  13. betul, cinta pertama payah dilupa... itu lah ukuran sebenar taste seseorang... tapi cinta pertama juga adalah dugaan untuk sesiapa pun juga...

    ReplyDelete
  14. Cinta itu anugerah Allah yg sangat unik. Tapi cinta kalau tak diseiringkan dgn iman tak mustahil akan terkeluar dari landasan. Cinta yang bagaimana yang harus dibaja dan dijaga sebagai umat Islam kenalah tanya iman di dada. Berhati-hati dengan bisikan syaiton disebalik cinta yang Allah kurniakan itu.

    ReplyDelete
  15. Cinta sesama manusia hanya sementara. Buat apa lah sampai susah nak lupa. Cinta padaNYA yg kekal abadi.

    Tapi ramai skang ni pasangan yg saling curang tak kira isteri atau suami. Kurang iman di dada mungkin. Syaiton pon senang cucuk jarum.

    ReplyDelete
  16. susah betul kalau orang yang masih tidak boleh lupa kisah lama..emm..buat apa dikenang? teruskan jelah perjalanan..hish..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...