Tuesday, 4 November 2014

Tips Bisnes : JANGAN Bagi HUTANG!


(ini kes sekitar dua minggu lalu..)
Ini luahan seorang penjual online di salah satu grup fb saya. Simpati dengan masalah yang dialaminya. Saya pun seorang penjual online, saya faham sangat nilai RM200 untuk seorang peniaga kecil-kecilan. Nilainya agak besar dan boleh beri kesan kepada pusingan modal bisnes. Tanpa wang pusingan, bisnes mungkin akan terhenti!

Dari awal saya memulakan bisnes online, PRINSIP BISNES yang saya pegang antaranya JANGAN BERI HUTANG! Saya pernah menjadi agen jualan kepada satu produk yang 'boleh jual', tetapi akhirnya syarikat terbabit gulung tikar. Pemiliknya memberitahu yang dia sudah kehabisan modal pusing. Ramai agen yang mengambil produk secara hutang, dan akhirnya menyepi diri.

Pengalaman saya sendiri, memang ada pelanggan yang meminta barang di pos dahulu dan berjanji akan bayar esok pagi. Alasan, tudung nak pakai cepat tapi harini tak sempat keluar ke bank untuk bayar. Secara baik, saya menolak permintaan sebegini. Saya katakan ini polisi bisnes saya - bayaran sudah diterima, barulah barang boleh dipos.

Untuk penjual di atas, saya doakan dia sudah mendapat haknya. Semoga kes ini menjadi pengajaran buatnya. Sebenarnya, bukanlah tak boleh bagi hutang terus. Tapi mesti ada syarat - beri hutang hanya kepada orang yang kita percaya dia boleh bayar, dan orang itu mestilah yang selalu kita jumpa. Saya sendiri ada menjual barang secara hutang, tetapi dengan dua syarat tadi Alhamdulillah belum ada masalah.

15 comments:

  1. Betul Ujie.. sebagai peniaga online kena alert hal-hal seumpama ini.
    Sebelum terkena sebaiknya berhati-hati - jgn teralpa jgn kerana janji manis

    ReplyDelete
  2. kesian peniaga tu kan..ermm..semoga org tu byr la hutang dia..

    ReplyDelete
  3. Kpd customer yg total stranger ( yakni bukan regular / tak pernah jumpa), never ever bagi hutang

    ReplyDelete
  4. betul. kelonggaran pada regular customer. kalau total stranger tu, kita tolak secara baik je.

    saya pun pernah iklankan barang secara online (makanan), tapi semua COD....

    ReplyDelete
  5. haah, kalau regular customer
    boleh consider lagi..
    dugaan dalam business

    ReplyDelete
  6. Nak bagi hutang pun salah tak bagi hutang pun salah, semuanya serba salahkan Ujie.... Zaman sekarang ni mmg susah nak percayakan orang walaupun bagus berbaik sangka tp tulah.....takut kita pulak jadi mangsa tipu

    ReplyDelete
  7. nak kasi hutang,kasi pd org yg dah kenal dan biasa aje,mungkin x jadi kes camni.

    ReplyDelete
  8. Betul kata pujangga Inggeris, Shakspeare: "Jangan berhutang dan jangan beri hutang". Malangnya saya ada kad kredit yg bila terdesak contohnya outsation perlu tinggal di hotel tapi tak bawa cash mencukupi terpaksa berhutang...

    ReplyDelete
  9. banyak pulak dia punya alasan...:(
    hutang wajib bayar tau..

    ReplyDelete
  10. Betul..kita bukan buat kebajikan..dah namanya berniaga jangan la percaya kat orang dengan mudah...susah tau hutang2 ni..dia susah kita pun susah..

    ReplyDelete
  11. elokla bertegas begitu...tak logik pulak rasanya barang dihantar dulu sebelum bayaran dibuat...

    ReplyDelete
  12. Salam Ujie. Saya sendiri tak berani nak berhutang. Benda simple je. Knp nak rushing pki smpi sgp berhutang?

    ReplyDelete
  13. kesian plak kat peniaga tu..moga dia mendapat haknye semula..

    ReplyDelete
  14. KY pun terkena juga dengan regular custemer.dulu masa KY aktif berniaga on line, dia antara pelanggan tetap dan KY pun tak ragu nak pos dulu.cuma baru2 ni bila Ky kurang aktif dia ada nak beli satu barang.bila KY poskan dulu..dia dah mula mengelak nak bayar.walaupun nilai tak banyak..tapi ia tetap duit bisnes kita kan..

    ReplyDelete
  15. Jangan bagi chance berhutang pun. Tak pasal-pasal kita yang kena handle masalah.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...