Wednesday, 5 November 2014

SUNAN - Nanggroe Sang Kembara

Tajuk : Sunan - Nanggroe Sang Kembara
Penulis : Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM35/SM (kulit keras)
Muka surat : 521
 
Karya ke -23 RAM ini, masih mengekalkan watak Saifudin atau Laksamana Sunan. Setelah enam buah novel legasi Sunan, novel ke-tujuh ini bukanlah kesinambungan tetapi sebuah permulaan bagi siri Sunan. Bunyinya pelik, tapi memang menarik bila dibaca.
 
Sinopsis
Novel ini menceritakan bagaimana seorang anak remaja bernama Saifudin difitnah di kampung kelahirannya - Punggor, Tanah Melayu. Kerana tertekan, dia mengembara membawa diri. Sehinggalah dia menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi di Aceh, setelah dibebaskan dari menjadi hamba oleh Juragan Semarang. Di Tanah Aceh inilah pembentukan diri Saifudin bermula. Dan di sinilah bermulanya pertemuan Saifudin dengan Ratna - Sang Ratu Sulaman, anak asuhan Maharani Pulau Utara.
 
Petikan Novel
Namun hasrat jahat Gimbaran tidak kesampaian apabila anak-anak panah berterjahan dari ruang udara. Beberapa anak panah mengenai batang tubuhnya sehingga membuatkannya menjerit kesakitan. Pembunuhan ke atas Saifudin tidak menjadi seperti dirancangkan. Gimbaran bingkas melangoi. Tidak kelihatan siapa atau makhluk apa yang melakukan serangan dari udara ketika ini. Serangan anak panah berlaku dari arah yang berbeza-beza. Gimbaran dapat mendengar bunyi kibaran sayap menguak-nguak membelah angin. Anak-anak panah itu juga membunuh bala tenteranya.
 
 
~ tak sabar nak menunggu sambungan novel ni. Suka baca siri Sunan, banyak nilai-nilai diri Muslim sejati diterapkan selain jalan cerita yang tak bosan. Novel terkini RAM - Raudhah, sudah berada dipasaran. Tapi bukanlah sambungan novel kat atas ni ya. ~
 


7 comments:

  1. novel RAM best tapi dah lama tak bernovel, hihi :)

    ReplyDelete
  2. Jujurnya, saya tak pernah pun baca apa apa hasil tulisan RAM..
    Bila ber blog , acap kali juga saya tgk org review hasilnya..
    Insya Allah, akan cari masa utk cari novel nya, dan baca :)

    ReplyDelete
  3. As Salam,
    Ramai pencinta novel RAM ni...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tulah..bersambung pulak. frust jugak..

      Delete
  5. Mmg perasan Ujie selalu baca buku RAM. Saya jugak yg tka penah baca. Ngee.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...