Friday, 14 November 2014

Quran Di Hatiku

 Sebuah video yang sangat menarik. Peringatan dan panduan yang sangat bagus!
 
 
Seringkali kita mendengar ramai orientalis barat yang memeluk Islam disebabkan mengkaji al-Quran dalam bahasa mereka.

Kita lihat bagaimana Umar R.A. yang dilembutkan hatinya hanya dengan mendengar 5 ayat dari surah Taha. Itulah kekuatan hidayah yang terkandung dalam al-Quran yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang memahaminya.

Memandangkan kita tidak pandai bahasa arab, marilah kita berusaha untuk menceduk hidayah yang ada di dalam al-Quran dengan berusaha memahami maknanya. Mentelaah kandungannya dan mentadabbur isinya. Apabila kita membaca al-Quran, gunakan al-Quran beserta terjemahan agar kita mendapat manfaat yang lebih besar, mengejar hidayahNya bukan sekadar pahala membaca al-Quran.

Moga kita diberi kekuatan untuk memahami surat agung dari Allah pencipta segalanya.
 
 
~ kan bagus kalau video camni selalu ada kat tv. Terkenang jugak kisah seorang artis yang mula menutup aurat setelah membaca terjemahan al-Quran mengenai syariat menutup aurat dan seksaan api neraka. ~



11 comments:

  1. follow 513 disini :D

    http://theonlygirl98.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kan, suka tengok video ni dkt tv.. tapi jarang sangat keluar.
    Senang nak faham & anak2 pun suka.

    ReplyDelete
  3. Itulah yg sepatutnya Ujie. Tapi nak dpt sehari sekali paparan begini di tv kita alahai....
    Jadi kita kenalah usaha sendiri. Tafsir pun bagus sebab ke mana-mana pun boleh dibawa mudah. Harga pun dah banyak yg mudah kalau nak banding dgn brg keperluan lain. Sendiri kena ada kemahuan...

    ReplyDelete
  4. salam kenal dari Ros.. singgah sini dari segmen Diana rashid. done follow

    ReplyDelete
  5. Suka sgt ayat yg terakhir tu Ujie. Sy pun mengharap sgt video tu dibanyakkan dlm TV kita. Biarlah jiwa kita ni bersih dgn benda-benda yg berilmiah.

    ReplyDelete
  6. insyaAllah ..peringatan untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  7. Video apa ye?/awat saya reload banyak kali video tak keluar..share link jap..nak tengok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. video yg mengajak kita memahami al Quran (bkn setakat baca je), dan panduan camne nak mulakan 'mengkaji' Quran. Video ni sgt santai...best & bagus!

      Delete
  8. Bw ngan Hp ujie....tk dpt tgk......
    Itulah....memandang alquran pun dpt pahala apatah lagi membaca dan mencedok makna tersirat dan tersurat dalam Al quran.... masyaallah...hebatnya alquran

    ReplyDelete
  9. insha Allah ujie
    patutnya rancangan macam ni ditayangkan pada waktu perdana kan.

    ReplyDelete
  10. patutnya video macam ni perlu kerap ditayangkan... inshaAllah moga al-Quran akan sentiasa dihatiku ini

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...