Sunday, 16 November 2014

Kemalangan...

Petang tadi saya terima khabar yang mengejutkan.
Anak saudara saya, dua beradik lelaki terlibat dalam kemalangan.
Kereta yang dipandu si abang hilang kawalan dan terbabas ke kebun sawit.

Melalui kiriman gambar WhatsApp, jelas keadaan kereta remuk agak teruk.
Termasuklah remuk pada bahagian atas kereta.
Hampir boleh dikatakan...'total damage'.

Namun Allah Maha Berkuasa...
Alhamdulillah si abang, pemandu kereta selamat tanpa kecederaan.
Cuma...si adik cedera agak teruk. Melibatkan bahagian kepala dan mata.

Risau sangat-sangat...
Tak putus saya dan ahli keluarga lain mendoakan si adik.
Agar kecederaannya taklah terlalu parah.
Tambahan pula dia masih perlu menghabiskan kertas peperiksaan SPM.
Ya Allah! Semoga Hafiz segera pulih dan mampu menghabiskan kertas peperiksaannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disebalik khabar duka ini, ada dua perkara lain dikesalkan. Pertama, handphone si abang (pemandu kereta) hilang. Entah siapa yang mengambil kesempatan dalam kekalutan yang berlaku. Kedua, Hospital Besar Pontian tidak mempunyai kemudahan secukupnya. Maka terpaksalah si adik tadi di bawa menaiki ambulans ke Hospital Besar di Johor Bahru. Saya faham, ia berkait rapat dengan kos. Tapi masih terselit rasa kesal kerana zaman sudah semakin canggih, tapi banyak lagi Hospital Besar yang serba kekurangan. 
 
Juga masih bersyukur, kerana sejurus kemalangan ada insan prihatin yang datang menolong dan membawa mereka ke hospital. Allah jua yang mampu membalas jasa mereka.
 
~ mohon doa kawan-kawan untuk anak saudara saya ni ya. Sedih dan kesian tengok gambarnya dengan kepala dan bahagian mata berbalut. ~
 


9 comments:

  1. kak nurul doakan semoga si adik akan dpt sembuh spt biasa dan dpt menghabiskan spmnya.
    Memang ada jgkkan org yg ambik kesempatan dlm kemalangan itu ya....

    ReplyDelete
  2. Semoga si-adik dilindungi Allah dan cepat sembuh. Memang perkara biasa ada yg ambil kesempatan dari kekalutan orang lain. Saya sendiri pernah alaminya...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah :0 Panjangkanlah umur mereka.

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkanNYA dan moga si Adik cepat sembuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  5. Moga si adik cepat sembuh, alhamdulillah mereka selamat.

    ReplyDelete
  6. redha dan pasrahlah dgn apa yg berlaku..semuga siadik cepat semboh..

    ReplyDelete
  7. semoga kedua2nya baik2 sahaja..inshaAllah

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...