Wednesday, 19 November 2014

Hari Tandas Sedunia

Jangan terkejut, TANDAS pun ada hari khas tau! Hari ini merupakan Hari Tandas Sedunia, yang diadakan pada setiap 19 November. Ia mula disambut pada tahun 2001 setelah diisytiharkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang masalah kebersihan diri (berikutan masih ramai penduduk dunia yang membuang air besar di tempat terbuka) dan kebersihan tandas di seluruh dunia. (info lanjut kat SINI)
 
Contoh...tandas bersih dan cantik kat The Zenith Hotel, Kuantan.
Saya snap pic tandas ni sebab kagum tengok cantik!

Untuk tahun 2014, Hari Tandas Sedunia peringkat kebangsaan akan diadakan pada 22 November 2014 di Dataran Sri Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau nak tahu apa pengisian program, silalah datang sendiri ya.
 
 
 
~ berapa kerap kita bersihkan tandas rumah kita? Kita berus lubang tandas, sinki, dinding? Orang kata...nak tau tahap pembersih seseorang, kita tengok tandas rumah dia. Erk... ~
 


14 comments:

  1. Apa yg pasti tandas awam di M'sia kebanyakannya masih belum menepati ciri-ciri kebersihan awam yg diharapkan. Rumah biasanya kakak rasa rata-rata kita bersihlah sebab siapa suka yg kotor dan selekeh betul tak...

    ReplyDelete
  2. Wowww.. hari tandas sedunia... jom cuci tandas kat rumah masing2 :D

    ReplyDelete
  3. cantiknya tandas kat hotel ni
    tandas kat PICC pun cantik jugak
    nak kena hias tandas kita comel2 ni
    yang penting bersihh ^_^

    ReplyDelete
  4. Elok sangat lah tu buat kat PD..
    Tahap tandas awam di pantai PD, ya Allah.....serius kalau tak terpaksa, takda nya saya nak guna

    ReplyDelete
  5. Mg cantik toilet hotel zenith tu. Huhuhu! Tapi msh terlalu byk toilet tak terjaga dr berjaga. Tgk jelah toilet kat highway...skeri, kan?

    ReplyDelete
  6. bersih dan cantik...kan bagus kalau tandas awam bersih macam ni..(mimpi la..)

    ReplyDelete
  7. huhu... hari tanda pon ade.. hehe

    tandas awam kat malaysia amat mduka citakan.. kdg2 cleaner mbasuh selalu..tp pguna tu y x pndai jaga n mghargai

    ReplyDelete
  8. Hari ini juga Hari Lelaki Sedunia... Entah mengapa hari lelaki dan hari tandas sedunia jatuh pada hari yang sama, macam perli lelaki pulak...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ye ke? tak tau pulak ada Hari Lelaki.. :)

      Delete
    2. Haha....lelaki ngan tandas mmg tak leh nak dipisahkan kot...hihi

      Delete
  9. Baru tahu ada hari tandas sedunia...
    Tapi toilet tu bersih...dah masuk mesti dok lama2 sikit kat dlm tu..

    ReplyDelete
  10. do u know di Jepun tiada tukang sapu sampah atau pembersih tandas awam sebab penduduk dia sendiri sangat pembersih menjaga kemudahan tersebut... respek kan...

    ReplyDelete
  11. Cantik tandas kat hotel tu..
    Hrm.. betul jgk kan.. kalau kita g umah org pun, tumpang tandas.. sama ada bersih atau x, mesti akan dikaitkan dgn tuan rumah tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. betul tu..nak tau tuan rumah pembersih ke tidak tengok tandasnya..hehehe

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...