Friday, 28 November 2014

FREE MARKET @ Bukit Mahkota



PENGENALAN :
Free Market merupakan program CHARITY yg julung kali diadakan di Bkt Mahkota. Wajahnya seakan-akan pasar lambak / pasar malam / pasar siti khadijah.. cuma bezanya semua di sini adalah PERCUMA. Segala urusan hanya menggunakan senyuman dan ucapan terima kasih. Urusniaga menggunakan wang atau sistem barter adalah dilarang sama sekali.

TARIKH & TEMPAT :
Seperti yg tertera

ANJURAN:
Dgn Kerjasama Persatuan Penduduk

SASARAN:
Terbuka kepada seluruh penduduk setempat dan masyarakat luar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

OBJEKTIF:
1. Memperkenalkan konsep FreeMarket kpd khalayak ramai.
2. Memupuk semangat dan sifat memberi atau bersedekah.
3. Mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.
4. Membantu dan meringankan beban golongan yg memerlukan.
5. Mengurangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan.

WAKTU OPERASI :
Kehadiran penyumbang sblm jam 8.00 pg
Kehadiran VIP (anak yatim, warga tua, OKU) jam 8.30 pg.
Kehadiran orang awam bermula jam 9.00 pg

PELAKSANAAN:
Segala barang-barang yg dibawa akan disusun kemas di atas alas / tikar.
Pada jam 8.30 pagi, FreeMarket hanya dibuka utk golongan VIP (spt yang tertera di atas). Kemudian bermula jam 9.00 pg barulah orang awam dibenarkan masuk ke kawasan FreeMarket.
Sekiranya pengunjung berminat terhadap sesuatu barang, pengunjung tersebut hanya perlu meminta izin utk mengambilnya. Diikuti dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Ambil barang mengikut keperluan shj dan tidak berebut-rebut.
Para pengunjung dikehendaki MEMBAWA SHOPPING BAG sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan dlm FreeMarket ini.

KATEGORI SUMBANGAN - PERCUMA:
1. Barang2 baru / terpakai seperti pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alatulis, bahan bacaan dll
2. Perkhidmatan & kemahiran seperti menggunting rambut, DJ, pemeriksaan kesihatan, bekam, inai, persembahan nasyid, clown n balloons, dll
3. Bahan mentah seperti beras, roti, gula, tepung, sayur2an, minyak dll
4. Makanan dan minuman utk dijamu kpd para pengunjung.

BARANG YG DILARANG:
CD atau DVD cetak rompak, brg2 haram dan seumpama dgnnya.

PENUTUP:
Semoga segala yg dirancang dpt dilaksanakan dgn jayanya. Jutaan terima kasih kpd semua yg memberi sokongan.Moga segala usaha ini sentiasa diberkati Jangan takut untuk memberi. Yakinlah "The More You Give.. The More You'll Get." Insya Allah ~
 
-------------------------------------------------------------------------------------
 
Program yang sangat-sangat baik! Pernah dengar ada program gini di tempat lain, tapi untuk kawasan berhampiran saya inilah kali pertama. Teringin nak pergi, cari pengalaman pastu lain kali boleh join jadi penyumbang. Tapi suami kerja pulak Ahad ni. Korang yang ada kelapangan dan tinggal berhampiran bolehlah datang ya. Kali ni datang tengok/ambil barang, lain kali kita jadi penyumbang. Insya Allah!
 
~ jom ke arah masyarakat yang suka memberi/bersedekah ~
 
 
 

5 comments:

  1. Masya-Allah... tak pernah kakak terlibat program macam ini Ujie.
    Penganjur, yg memberi idea, yg terlibat semuanya ada ganjaran
    Program yg patut dicontohi buat masyarakat M'sia yg semakin terhimpit - susah memberi dan menerima..

    ReplyDelete
  2. bagus nya..kat sini tak de macam ni..kat sini nak benih pokok bunga kat rumah orng pun kena bayar..ekekekek

    ReplyDelete
  3. Salam Ujie..semoga berjalan dengan jaya =)

    ~CikSiti~

    ReplyDelete
  4. program yang baik. semoga berjalan dengan baik

    ReplyDelete
  5. Baguslah Ujie.....mmg cantik dah objektif tu nak belajar memberi sambil bersedekah....

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...