Thursday, 20 November 2014

Buat DOSA Dengan 'WhatsApp'

Korang yang ada aplikasi chat 'WhatsApp' tentu ada banyak grup. Saya sendiri ada 10 grup. Ada yang perempuan je, dan ada yang bercampur lelaki dan perempuan. Ada grup memang seronok, jauh di mata tapi dekat di hati. Boleh kongsi gambar dan borak macam-macam hal. Saya yang duduk dalam rumah pun, boleh borak dengan kawan-kawan/jiran-jiran/adik-beradik yang duduk diserata Malaysia (malah ada yang di luar negara). Maklumat pun lebih mudah disebar/diterima. Tapi disebalik kebaikan aplikasi ini, pasti terselit keburukan yang membawa kita kepada DOSA. Antaranya :
 
1- Sebarkan khabar yang kita tak pasti kebenarannya, dan membuat orang lain panik. Kecuali kita share untuk tanya kepastian dari kawan-kawan tu lain kes. Cth : Menurut Jabatan Meteorologi, dalam masa tiga hari akan datang, kawasan Lembah Klang akan dilanda hujan ribut yang boleh menyebabkan puting beliung. Rupa-rupanya Jabatan Meteorologi takde pun bagi notis begitu.
 
2- Sebarkan mesej berantai yang tidak selari dengan Islam. Cth: Jika anda sebarkan mesej ini kepada 10 orang rakan, anda akan terima kebaikan dalam tempoh 2 jam. Jangan kata saya penipu, jika anda belum cuba. Siapalah kita untuk mengatasi kuasa Allah, sampai boleh beri janji yang orang lain akan dapat kebaikan dalam tempoh 2 jam?
 
3- Sebarkan gambar-gambar tidak sopan/membuka aurat. Cth: gambar lelaki beraksi gedik seperti perempuan, gambar perempuan berpakaian mendedahkan aurat. Walaupun tujuan untuk suka-suka, ingatlah bahawa ada Allah yang memerhatikan kita. Tiap mata yang memandang, kita dapat saham dosa selaku orang yang sebarkan.
 
4- Sebarkan keburukan orang lain, dengan tujuan untuk menjatuhkan reputasi seseorang. Kalau tujuan beri amaran supaya orang lain berhati-hati jangan sampai tertipu dengan orang tertentu, itu bolehlah. Tapi hati-hati jangan sampai terlebih mengata.
 
5- Kita yang masih beristeri/bersuami, memanggil isteri/suami orang dengan panggilan manja & mesra. Cth: sayang, honey. Walaupun niat bergurau, tapi ia membuka kepada jalan maksiat hati. Ia juga pasti melukakan hati pasangan kita jika diketahui.
 
6- Kita yang masih beristeri, memuji-muji kecantikan isteri orang. Cth: makin mengancam la Meah sekarang ni!, Piah ni dari zaman sekolah sampai sekarang masih tetap cantik! Alasan sama macam kes no. 5  di atas.
 
7. Leka chat sehingga mengabaikan tugasan hakiki di tempat kerja dan di rumah. Cth: pekerjaan belum selesai, tapi sibuk chat di waktu kerja.  Balik rumah pun sibuk chat, sampai tak sempat bermesra dengan anak isteri/suami. Selain berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab, hal ni boleh membuatkan rumahtangga hilang bahagia.
 
Ada lagi? Korang boleh tambah. Sama-sama kita fikir, renung dan nilai diri sendiri. Kadang tu memang kita terlupa, leka dengan keseronokan teknologi. Kita taubat, beringat. Yang penting, nak buat apa pun fikirkan pandangan Allah yang tak pernah tidur dan sentiasa memerhatikan kita.
 

19 comments:

  1. saya tak ada gajet yang membenarkan saya mempunyai aplikasi sebegini
    tapi saya memang perasan implikasi benda ni dalam masyarakat
    kalau tak pandai mengawal, memang boleh jadi lain
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  2. memang tak dinafikan aplikasi wasap ni dapat menghubungkan kita dgn org lain dpt bertukar2 pendapat,cumanya kita sendiri kena tahu batas2 dlm berhubung menggunakan kaedah ini.
    saya juga telah delete beberapa group yg tidak perlu,sbb terlalu mengganggu rasanya..hehehe

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bukan aje WA Ujie
    Tak kiralah apa pun applikasi kalau tak ada kesahihan dan mengundang keburukan ianya akan tercatat utk ditimbang di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  4. Dosa whatsapp tu terpakai juga utk FB..
    Tapi mmg banyak betul group awak join..sampai 10..hahahhaa.....eh, jap, saya pun nak kira group saya berapa...;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi kira, ntah2 lagi byk dari saya :D
      saya byk grup..biz, kwn, jiran tmn, family je dah 3. Camne..takleh nak leave.

      Delete
  5. Baru-baru ni news pasal fenomena di Mekah tu..
    saya tak berani nak komen,
    alhamdulillah dah dapat pencerahan.

    ingat tak masa mula2 create group GPS dulu,
    lepas aku create aku pun leave,
    tah pape, pastu tetiba si tata jadi admin,
    melalak budak tu sesorang haha
    ..
    sekarang aku pun dah slow dengan group watsapp nih
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku grup je byk, tapi selalu jd silent reader. tak larat nak ckp byk2, keja lain pun byk.

      admin kita senyap..kita pun senyap le :D

      Delete
  6. mmg ada semua tu.. kdg hairan org yng suka share tanpa usul periksa. lagi pelik bila ada yg suka share perkara jns kena hntr brape org pastu ada kebaikan. Apalah smpia mcm tu sekali.

    ReplyDelete
  7. saya ada whatsapp..tapi whatsapp dengan suami je..hehehe...tu pun baru ada..rasa nya dah seminggu tak guna whatsapp tu..sikit hari lagi uninstall la jawab nye..hehehe

    ReplyDelete
  8. Saya lebih banyak berWhatsApp dengan grup isteri dan anak-anak yang sekarang ramai belajar di luar. Juga grup adik beradik. Grup kawan-kawan tak minat sebab banyak sangat mengarut dari yang berfaedah, hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. sebab tu kene berwaspada selalu.. tak boleh simply simply nak share semua benda

    ReplyDelete
  10. Terima kasih berkongsi ilmu Ujie....manusia ni mmg selalu terlupa..... mmg elok sangat ada sahabat yg tolong mengingatkan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. buat msa ni lya mmg x lalai lg dgn whtsapp.. guna bila btl2 nk msg org. Kbykan guna utk keje.. grup pom..lya just join 1 je grup whatsapo.. tu pom grup bestfren seramai 4org. Selebihnya lya guba whatsapp dgn suami je.. time suami jg anak.. dia akan send pic2 ank dan sebaliknya. Mmg lya jns x minat nk sembang2 kt chat ni. Huhu.

    Cuma x diakaui... isu2 mmg tsebar bgitu pntas kot whsapp ni. Kdg2 berita palsu n x sahih pom tsebar.. rmai lk pcaya bulat2

    ReplyDelete
  12. nauzubillah semoga kita semua terpelihara. Hana memang pantang betul org fwd msg hujung ayat copy paste dari group sebelah. Itu sangat tidak beretika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak bertanggungjawab lerr tu..hehe

      Delete
  13. yups...
    ada kebaikan...dan ada keburukan..

    ReplyDelete
  14. sye plg xsuke yg jenis carutan dan makian tu mcm konon tanda mesra bergurau dalam grup..dulu mungkin la boleh cakap kecik lg..sekarang dh umur 25 ke atas tp still ade yg mcm tu..rimas..huhu

    ReplyDelete
  15. Ujie, yg no 5 dan 6 tu saya mmg tak berkenan. Kadang2 kalau ada kawan2 yg dlm grup buat mcm tu, saya sound je wp merek bukan ckp pada saya, tapi pada kwn2 lain, saya mmg takleh terima skit gurauan yg mcm tu.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...