Friday, 19 September 2014

Panggilan Pulau...setelah 12tahun!

(ini cerita minggu lalu...)

Setelah 12tahun berlalu, saya dan suami kembali menjejakkan kaki ke PULAU LANGKAWI. Tanpa sebarang perancangan rapi, kami buat keputusan ke sana. Rancangan asal sebenarnya nak ke Taman Negara Kuala Tahan (masih tak serik dengan pacat!). Tapi atas masalah tertentu, kami ubah destinasi ke Langkawi (setelah mendapati harga tiket kapal terbang yang agak berbaloi). Tiket dibeli cuma sehari sebelum tarikh berlepas. Untuk kami berdua harganya tak sampai RM200. Pergi naik Air Asia dan balik naik MAS (sebab AA lagi mahal untuk baliknya).
 
KERETA SEWA
Perkara pertama dibuat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, cari kereta sewa. Kat situ memang ada deretan kaunter pelbagai syarikat untuk kita pilih. Kami sewa kereta Viva (M) dengan kadar RM100 untuk 48jam, juga bayaran deposit RM50 (dikembalikan masa pulang kereta). Kalau nak paling murah boleh sewa Kancil dengan kadar RM40 untuk 24jam. Harus diingat ini adalah kadar harga di luar musim sibuk.
 
Kat sini ada cerita tak seronok. Bila je kami dapat kereta Viva tu, pekerja lelaki yang membawa kereta tersebut minta kami RM10. Alasannya minyak dia dah isi ada 2 takuk. Dalam keadaan serba salah (sebab masa kat kaunter tak sebut pasal ni), suami bayar jugak lepas tengok memang ada lagi 2 takuk. Tapi apa yang jadi...
 
Baru jalan 8.7km penanda minyak tu dah pun berkelip-kelip minta diisi. Punyalah geram! Terus berhenti tepi jalan untuk ambil gambar bukti ni. Dipendekkan cerita, masa pulang kereta kami dapat balik duit RM10 tadi dan kami pulangkan 2 takuk minyak seperti asal.
 
TROPICAL RESORT
Asalnya kami dah buat tempahan bilik di The Village, Pantai Cenang tanpa bayaran deposit melalui Booking.Com. Tapi bila dah sampai, rasa tak berkenan pulak dan tak berbaloi dengan harga. Kami cancel booking dan teruskan pemanduan. Akhirnya sampai ke Pantai Tengah yang lebih tenang dan terjumpalah Tropical Resort ni. Harga bilik RM150 termasuk sarapan yang sangat ringkas.
 
Sebuah resort yang dijaga dengan baik. Kemas, bersih dan cantik landskapnya. Kedudukan bilik kami berhadapan dengan pantai, tapi taklah terlalu dekat.
 
Saya puashati dengan biliknya, terutamanya tahap kebersihan. Bilik mandi/tandas pun sangat bersih. Staf kat sini pun layanannya mesra dan sopan. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi TROPICAL RESORT di 04-9554075. Tapi harganya dijangka naik berikutan kolam renang yang bakal siap.
 
TIPS :
1. Kalau ada yang minta bayaran untuk minyak kereta sewa, macam kami kena tu...jangan bagi. Sebaiknya bagitau dia yang kita akan pulangkan macam mana asal kita dapat. Ni bukan kedekut, tapi untuk elak rasa tertipu.
 
2. Untuk penginapan, memang paling banyak di Pantai Cenang. Tapi kat situ sangat sibuk, sesak dan kebanyakkan penginapan tidak menyediakan tempat parking. Untuk saya yang suka tempat tenang aman, Pantai Tengah memang jadi pilihan. Dari Pantai Cenang korang terus je, jumpalah papan tanda ke Pantai Tengah.
 
3. Tips penting dan utama sebenarnya...elakkan ke sini pada musim cuti sekolah atau cuti umum bagi yang mampu (kalau dah memang ada anak sekolah nak buat camne kan..). Sebab harga kereta sewa dan penginapan jadi lebih tinggi. Kawasan tumpuan pelancongan pun jauh lebih sesak.
 
...catatan di Langkawi bersambung...
 
Kata hati : 12tahun lalu...saya menginap di Pantai Cenang yang aman. Kini landskap Cenang sudah jauh berubah. Kadang-kala tak rasa seperti berada di bumi Malaysia. Kemajuan memungkinkan segalanya!



30 comments:

  1. nak berjalan time bukan cuti sekolah tu susah sikit la.sebab tu sebelum cuti sekolah kena kumpul la duit..hehe...tau dah harga mesti mahal dari biasa..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maisara dah sekolah ni mmg payah le..harus buat tabung cuti2. :)

      Delete
  2. Cuti sekolah memang mahal Ujie.. akak dulu pergi tahun 1997 pantai cenang tu... memang mendamaikan dan cantik.. tapi bila akak pergi tahun 2010... aduh memang serabut... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pegi bkn cuti sekolah..minggu lepas. Lupa lak nak sebut dlm entri. :)
      Cenang..mcm sedih pun ada kan kak.

      Delete
  3. Bila kak ujie p langkawi? hehehe.. ira pegi bln lepas.
    Tak sempat nk update lg citer p langkawi.. :)
    Murahnye tiket akak.. 2 org pegi balik x sampai rm200. berbaloi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lepas Ira..
      Tu la, tak sangka gak dpt rege gitu. Mybe sbb weekdays.

      Delete
  4. KY pun baru balik semalam dr Langkawi. tapi KY naik Malindo Air, ada cerita tak sedap tentang MalindoAir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blm try lg Malindo Air..akak buat entry la nnti ya.

      Delete
    2. insyaAllah. tengah mencari mood..;)

      Delete
  5. RM150 kira berpatutan la kan? siap ada bfast!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa mmg berpatutan dan puas ati dgn resort tu. Tp bfast dia very simple...basic je. Bab ni saya tak kisah, yg penting bilik dia. :)

      Delete
  6. yang penting selesa dan jauh dari hiruk pikuk..

    ReplyDelete
  7. Kedudukan bilik airnya macam kurang sesuai...sebaris dengan tempat berbaring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik penginapan bajet rendah, gini la kekdah nya..hehe..

      Delete
  8. Cerita kereta sewa ni Ujie anak kakak pun terkena tau. Tapi nasib baik mereka berlima. Keluar kampus sewa dikatakan kena bayar minyak RM20 macam Ujie gitulah tapi bila tak sampai 5 minit dah berkelip tanda tank tak ada minyak. Mereka terus berhenti tak isi terus telefon owner. Dpt balik dah sejak itu kakak pesan jgn sewa dari org yg sama.

    Apa pun seronoklah ke resort tu Ujie - kakak ingatkan baca tajuk macam seram aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hal anak akak tu...nampaknya mmg kes gini biasa jugaklah ya. Kena hati2.

      Tajuk seram? Panggilan pulau eh? :D

      Delete
  9. kedudukan bilik air menghadapa tempat tidur
    tapi nampak kemas dan bersih
    yang penting selesa

    sekalipun saya tak pernah pi langkawi ni
    nak kena isi tabung ayam bagi penuh hohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah rasa bersih, selesa...lain2 tu boleh diterima je.

      Ala..tabung tiha dah penuh tu, pegi la.

      Delete
  10. best nyer gi bercuti...
    nampak pun dah tau bilik tu kemas dan selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eita hari2 pun mcm g bercuti...dkt dgn pantai yg cantik kat tganu tu.

      Delete
  11. Tak sampai RM200 utk return flight mmg sgt murah, kalau saya pun akan grab :)
    Saya sendiri dah lama tak ke Langkawi..dah nak hampir10 tahun..
    Pantai Cenang yg saya google dah ala ala macam Kuta kat Bali, penuh dgn foreigner dan bar..mmg havoc utk mereka yg suka sesak2...for family, mmg tak sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aritu pegi mmg rasa mcm kat luar negara, penuh foreigner jer...restoran pun identiti luar negara yg byk. Sedih jugak tengok...Cenang hilang identiti asli!

      Delete
  12. aaya tak pernah lagi pwrgi pulau langkawi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nk sampai ni pun payah..jauh dari KL dan perlu bajet lebih kalo nk cuti2 langkawi.

      Delete
  13. lya x pernah jejak kaki lg ..
    teringin jugak..
    harap suatu hari nanti..
    tq for sharing tips tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Lya...akan ada rezeki nnti tu.

      Delete
  14. Dulu masa isteri saya kerja di Langkawi, tempat paling saya tak suka pergi ialah Langkawi sebab dah jemu sangat... Kini lepas 3 tahun isteri tinggalkan Langkawi rasa rindu pula dengan pantai-pantai dan pulau-pulaunya...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...