Monday, 22 September 2014

Nak Tingkatkan Trafik Ke Blog Korang?

Kita tangguhkan dulu catatan ke Langkawi, saya ada sesuatu nak dikongsi dengan korang sahabat blogger. Bagi yang suka dan berkeinginan nak tingkatkan trafik ke blog korang secara mudah dan halal, boleh terus baca. Sebab ada jugak yang buat blog tapi tak kisah trafik ada ke tidak. Tak kisahlah, itu masing-masing punya matlamat. Secara peribadi, saya memang suka trafik banyak. Barulah ada semangat nak menulis! Kenyataannya sekarang, trafik blog saya ni sikit je. Sampai malu nak bagitau.
 
Makanya bila saya terbaca status dari SweetMuslimah.com di Fb yang menawarkan kerjasama dengan blogger, cepat je saya respon. Saya terima e-mail, fahamkan kerjasama yang berlaku dan mulakan langkah. Alhamdulillah semalam satu entri saya sudah dikongsi di Fb page SweetMuslimah :
 


Entri blog yang terpilih...

Sebenarnya ini satu kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak. Saya dapat trafik ke blog, pihak SweetMuslimah dapat letakkan iklannya di entri saya. Jadinya, kepada korang yang teringin nak tingkatkan trafik bolehlah klik SINI. Kiranya ini salah satu usaha yang mudah bagi saya selaku pemilik blog yang tak glamer dan kadar trafik rendah. Sedikit peningkatan pun dah menggembirakan.
 
Selamat mencuba!
 



13 comments:

  1. bagus jugak cara ni. sesekali nak jugak join segmen (contest etc), cuma banyak pulak komitmen lain yang suka datang bertimpa time tengah free...

    ReplyDelete
  2. acik tak pandai nak buat Ujie..

    ReplyDelete
  3. Menarik..! Tipu la kalau kata tak happy bila trafik blog tinggi kan..

    ReplyDelete
  4. tapi kena entry yg keagamaan la kan. mcm takde la plak. huhu. tapi saya suka cara presentation sweet muslimah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mesti keagamaan, syarat dia kata nak yg informatif.
      Sebenarnya saya submit entri lain, tapi dia tak berkenan kot. Entri ni dia pilih sendiri. So, just try! Tengok camne.

      Delete
  5. bagus..
    saham akhirat pun ada, Insya Allah

    ReplyDelete
  6. Entry saya banyak yang santai2..sesuai ke??adala jugak satu dua yang bermaklumat..kena cuba la dulu..baru tahu..kan

    ReplyDelete
  7. Entri saya kadang-kadang santai, kadang-kadang informatif, tapi kadang-kadang seperti memerli orang, mesti tak sesuai...Tapi jika nak cuba apa salahnya kan...?

    ReplyDelete
  8. Bgs jugak buat mcm ni kan .... Sama2 berkongsi

    ReplyDelete
  9. Oh... terima kasih info ini Ujie
    Tapi macam blog kakak tu tak semenggah mana pun

    ps: belajar bahasa arab memang tak rugi sebab sebagiannya ada dlm hidup harian kita.

    ReplyDelete
  10. Saya lupa tanya semalam..

    Pihak mereka akan letak iklan kat entri, atau terus letak iklan kat sidebar blog kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak mereka akan letak iklan kat entri. Bg pihak blogger tak perlu edit apa2 kat blog. Iklan tu nnti cuma dpt dilihat oleh mereka yg klik ikut link di page Fb mereka.

      Yg kat side bar tu saya letak sendiri, baru jadi affiliate mereka smlm. :)

      Delete
  11. wa hebat2..blog kak uji memang informatif..blog zi suka2 hati je hehehe macam tak sesuai je nak kongsi ngan orang hikhik blog syok sendiri kekdahnya

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...