Thursday, 25 September 2014

Larangan Potong Kuku & Rambut Bagi Yang Berniat Korban

Hari esok (Jumaat) adalah 1 Zulhijjah. Antara yang perlu diambil perhatian kepada korang yang dah berniat untuk melakukan ibadat KORBAN adalah larangan memotong kuku dan rambut sehingga penyembelihan korban selesai dijalankan. Rambut di sini merujuk kepada mana-mana bulu pada anggota badan kita. Tujuan kita mematuhi larangan ini adalah untuk menggandakan pahala ibadat korban.
 
Larangan ini berdasarkan hadis sahih berikut :
 
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk SEPULUH AWAL Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
 
Ulama' berbeza pendapat mengenai hukum larangan ini. Bagaimanapun, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan MAKRUH hukumnya bagi melanggarnya.
 
Bagaimanapun ia tidaklah termasuk dalam kategori HARAM kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
 
 
Kesimpulannya :
Sebaik-baiknya kita buat persediaan awal (hari ini!) dan elakkan melanggar larangan di atas. Tetapi jika terpaksa melanggar larangan, tidaklah haram kita potong kuku/rambut jika ia mengganggu kesempurnaan wudhuk dan kewajiban lain. Wallahu a'lam.


6 comments:

  1. Alhamdulillah perkongsian yang baik sahabatku :)

    ReplyDelete
  2. Bagus Ujie sebab memang ada yg tak tahu hal ini
    Kalau keluarga kakak awal lagi kakak ingat masa kecik-kecik arwah mak kakak dah ingatkan bila kami sekeluarga nak buat qurban.. walau tak haram tapi ibarat masa dlm ihram kan perbuatan itu dilarang..

    ReplyDelete
  3. Good sharing Ujie.. info yg bermanfaat ni utk semua mengetahui.. pagi tadi en suami akak dah suruh kami anak2 potong kuku hari ni sebab mereka bertiga kami buat qurban..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian info yang baik walaupun ia bukan salah satu syarat wajib dalam ibadah qurban... Terima kasih...

    ReplyDelete
  5. ha ah..baru saa teringat benda ni..masa saya kecik,tokwan ada pesan pada mak sedaradan paksedara..masa tu tak tahu..jadi tanya macam2 la..penat orang tua tu melayan..heheheh

    ReplyDelete
  6. oh, saya pun dah terlupa tentang benda ni. ingatkan yg pegi haji je ada larangan ni.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...