Friday, 26 September 2014

Langkawi : Hole In The Wall

...catatan Langkawi lagi...
Kat Langkawi ni ada 3 tempat yang diwartakan sebagai 'Geoforest Park' :
  1. Gunung Machinchang
  2. Dayang Bunting
  3. Kilim
Kali ni kami ke KILIM. Disebabkan kesuntukan masa dan dah petang, kami tak ambil pakej untuk menerokai KILIM GEOPARK. Untuk info, pakej paling rendah adalah berharga RM200/bot untuk aktiviti penerokaan selama 1jam. Harga boleh dirunding kalau kita datang di luar waktu sibuk. Telan air liur jugak tengok papan tanda harga pakej kat Jeti Kilim tu. Tapi takpe, misi kali ni kita makan-makan je kat restoran terapung 'Hole In The Wall'.
1. Pemandangan di sekitar Jeti Kilim. Untuk ke restoran, kita kena telefon terlebih dahulu. Tak lama kemudian, ada bot datang ambil kami. Tiada caj dikenakan sebab caj nanti termasuk dalam harga makanan jugak kan.

2. Pemandangan yang sangat menakjubkan bagi saya. Masya Allah...Subhanallah! Bot dipandu laju melalui landskap batu kapur (karst) yang unik. Tak sangka Langkawi ada khazanah alam seindah ini!

3. Dari jauh kelihatan banyak kapal layar yang berlabuh. Bot mula dipandu perlahan. Kapal-kapal layar ni kepunyaan warga asing, mereka letak di sini (berbayar) dan akan datang kembali selepas beberapa bulan. Kalaulah aku ada kapal layar...

4. Selamat tiba...tak ramai pengunjung. Ada sepasang warga Arab je. Dan memang lagi tadi asik nampak pasangan warga Arab je dalam bot-bot yang lalu-lalang.

5. Hole In The Wall merupakan salah satu daripada 3 buah restoran terapung di Pengkalan Sungai Kilim ini. Dapat tau dari seorang kawan, terus cari info dan dapat jugak sampai.

6. Sementara menanti makanan yang kami pesan dimasak, kami dibawa ke bahagian sangkar ikan untuk 'Fish Show'. Tu dia...manja jugak ikan Pari ni, makan pun kena suap masuk mulut. Kalau berani, kita pun boleh cuba. Kami berani tengok je.

7. Tiga ekor ikan besar. Ntah apa namanya. Agak ganas bila dicampak makanan. Dua jenis ikan ni je kot yang menarik, sebab besar dan agresif. Sangkar lain menempatkan ikan-ikan yang bakal dipesan oleh pelanggan. Kira ikan segarlah kat sini.

8. Dah puas rayau kat fish farm tadi, tak lama kemudian makanan pun dihidangkan. Kami pesan 3 jenis ni, cukuplah untuk berdua. Rasa? Alhamdulillah sedap, licin semua. Tambah pulak makan atas air, dikelilingi landskap batu kapur, bakau dan kapal-kapal layar. Harga? RM139.70. Kalau tengok menu, rasa mahal. Tapi kalau kira bot, lokasi dan pemandangan yang tersaji di depan mata, kira okey la harga tu. Sekali seumur hidup!

9. Pemandangan sekitar...airnya jernih, boleh nampak ikan-ikan berenang. Geram je!

Kami berada di sini kira-kira 2 jam. Kalau boleh nak berlama-lama lagi, tapi dah lewat petang. Ok, untuk korang yang berminat nak ke restoran ni bolehlah ambil info kat bawah :

HOLE IN THE WALL
Pengkalan Sungai Kilim,
Mk. Air Hangat, Langkawi.
012-5620015

Layari website mereka untuk lebih info, ada macam-macam pakej. Tapi kami tak ambil apa-apa pakej pun, semata-mata datang makan.

TIPS :
1. Atur jadual percutian dengan baik, sebab kebanyakkan aktiviti luar (cth : Island Hopping, Pulau Payar) memakan masa lama dan bermula pada awal pagi.

2. Langkawi sememangnya banyak khazanah alam untuk diterokai, setakat sehari dua memang tak cukup. Jadinya, pilihlah aktiviti yang betul-betul korang teringin nak buat.

3. Masa nak pilih tarikh, elok semak ramalan cuaca. Elakkan musim hujan. Macam kami, terkena setengah hari tu hujan lebat je. Aktiviti yang sesuai...shopping!





20 comments:

  1. Akak tak pernah bosan pergi ke Langkawi. Dan Kilim ni, walaupun harga bot agak mahal, akak tetap tak pernah lepaskan peluang ambil package ni. Too beautiful to let go....

    ReplyDelete
  2. bagus jugak aktiviti jalan2 cuci mata macam ni. sebab kebanyakan orang pergi langkawi sebab nak shopping je.

    lepas ni boleh tak buat review khas pasal makanan kat langkawi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. review makanan Langkawi...aritu pegi kejap sgt, mcm takde idea nak dibuat review (kecuali restoran kat atas ni). Aritu nak cari Laksa Langkawi, pusing sikit tak jumpa pulak.

      Delete
  3. wahh terima kasih untuk entry ni..walaupun dah 2 kali pegi langkawi tapi tak tau pun psl tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Saya pun tak tau, mujur ada kwn bercerita. Tmpt ni kurang promosi.

      Delete
  4. Salam jumaat yer ! best sungguh, dah berkurun x ke langkawi ni !

    ReplyDelete
  5. langkawi memang cantik kan
    tak payah pi krabi dah
    tapi saya kalau pi sana
    dapat snap pic dekat burung lang tu jadi la haha :)

    ReplyDelete
  6. Salam. Hee sungguh seronok ke pulau Langkawi.

    ReplyDelete
  7. uitt...nyeri pulak nak suapkan si pari tu...hihi

    ReplyDelete
  8. cantiknya kawasan tu..ada gunung2 tu yang cantik..sesuai untuk bua sesi photografi..

    ReplyDelete
  9. ngeri tengok mulut pari. mau putus jari kalau kena ngap..

    ReplyDelete
  10. Dah 2 tahun tak jejakkan kaki ke Langkawi...rindu!!

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing dear. sedap nya menu ikan

    ReplyDelete
  12. tak pernah sekali pun gi langkawi...
    sedap nyer gi bercuti kan...

    ReplyDelete
  13. Kalau naik dari jeti yang berhampiran dengan Pantai Tanjung Rhu, jaraknya restoran agak lebih dekat...

    ReplyDelete
  14. cantiknya..
    1st time tgk mulut ikan pari mkn..

    ReplyDelete
  15. Ikan pari tu tangkap masak asam pedas sedap Ujie hihi..

    ReplyDelete
  16. memang best!!setahun yg lps jejak kaki bw si kecik ke sini..

    ReplyDelete
  17. luas mulut ikan pari tu nganga. trip macam ni lagi berbaloi kalo utk saya berbanding kalo pegi theme park. harga yg mahal tu saya lagi suka kalo dpt tgk benda2 mcm ni. pasal batu kapur tu, baru semalam tgk dlm tv, rancangan yg denise handle tu.

    ReplyDelete
  18. last time sy pergi langkawi ada gak member ajak pergi sini...tapi sayangnya tak sempat pulak..hehe..rasa rugi plak tak pegi lepas baca entry nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...