Thursday, 28 August 2014

Singgah Petang di Sup Power

Kelmarin ada urusan di Kuantan. Dalam perjalanan pulang, petang tu singgah makan di sebuah kedai makan di Felda Palong 16. 'Sup Power' namanya. Sebuah kedai yang kelihatan usang, tapi kemas dan bersih. Layanan pun baik dan mesra.
 
 
Istimewanya kat sini, ada SUP KAMBING. Memang kegemaran saya dan suami. Boleh pilih nak makan dengan nasi atau mee. Rasanya? Ok, sedap. Harganya RM5 semangkuk ni. 

Apa yang menarik perhatian saya pada minuman ni? Tu...alas dia, PINGGAN AYAN! Lama dah tak nampak pinggan ayan tau. Kalau dulang ayan tu masih banyaklah kat kampung. Tapi pinggan ayan yang sebijik macam ni wujud masa zaman saya kecik dulu. Memang menggamit memori.
 
Kalau korang ada melalui jalan Bahau-Muadzam, bolehlah singgah kedai ni di Felda Palong 16. Kalau dari arah Muadzam, kedai ni terletak di sebelah kiri jalan (tapi bukanlah betul-betul tepi jalan besar, kena masuk sikit). Dan ia berhampiran dengan stesen minyak PETRONAS. Kedai tu senang cari sebab ada tulis besar-besar 'Sup Power'.
 
 



25 comments:

  1. Kalau dari kuantan berapa km? Sebab dalam 2 minggu lagi nak travel ke sana. Kalau dekat bolah la singgah.

    *sup atau makanan berkuah ni memang favorite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari Kuantan jauh lagi, ni dah kat jln muadzam-bahau.

      Delete
  2. Pinggaj ayan tu memang nostalgik betul kan Ujie... susah nak jumpa sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..terus terkenang masa lalu..

      Delete
  3. Sedap nampak. nak kena singah bila sampai sana. Jemput join segmen baru saya semua.

    ReplyDelete
  4. Oh... kakak tengok sup kambing itu nampak sedap betul Ujie. Kakak pun suka daging kambing juga. Kalau balik Batu Pahat ada nama Kg Parit Botak dah dekat dgn Uitho pun ada sup macam ini. Kakak selalu singgah. Sedap!

    Pinggan ayan itu buat kakak teringat aruah atok kakak Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dgr Pt Botak tu..nak masuk dlm list la kak. Ni nk pegi yg Sup Kambing 40hari pun tak sampai2.

      Delete
  5. wahh.. berpatutan lah harga RM5 untuk sup kambing.. sup urat keting kat bangi tu pun dah 6-7ringgit utk sup daging je.. kalau kambing tatau la.. mesti lagi mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kambing bandar mahal lagi..hehehe

      Delete
  6. sedapnyer pekena sup tu...
    bnyk daging tu.. mmg power la
    harga pon murah sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging tu nampak byk sbb dia letak atas mee, tapi mmg ok la byknya untuk satu hidangan mee hoon sup.

      Delete
  7. dulang ayan tu kitorang panggil pinggan tapak gajah hehehe sebab besar kan..entah ke mana la dulang tu.tetiba je dah takde..dapnya sup kak ujie.tapi sup kambing zi tak lalu hehehe

    ReplyDelete
  8. Memang nampak sedap sup tu...dan RM5 tu kira murah...

    ReplyDelete
  9. saya pun suka kalau kedai2 tepi jalan yang nampak macam warung lama nih..sebab sah2 depa nih berjualan dah lama ..ada banyak pengalaman..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak rasa mcm cool je bila makan kat warung2 lama ni..ntah apa2 kan? ;D

      Delete
  10. nampak memang sedap tapi kita tak makan kambing...pingan2 macam tu semua dah pupus kan kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sorang lg tak makan kambing..rugi woo..sedap! Hahahaa

      Delete
  11. haah lah zaman kecik2 dulu memang ada
    tapi cepat karat..
    kami panggil pinggan india, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulok..pinggan india? Mcm2 nama korang bagi ya. :D

      Delete
  12. memang nmpk sedap sup kambing tu ujie. akak kalau kejap2 demam tak kebah2..pekena sup kambing semangkok..lepas tu elok kebah terus..
    akak ada simpan piring ayan tu..tapi buat hiasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..tak penah dgr saya..ubat org demam adalah sup kambing! :)

      Delete
  13. salam ujie. lama tak jenguk sini. sbb mmg lama tak bw.

    murah je sup kambing tu ye. nampak pun daging byk dlm tu.

    ReplyDelete
  14. baca post ni waktu tghari..ok terus lapar..haha

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...