Thursday, 3 July 2014

Untuk Yang MenCARI dan BerFIKIR...

Sering kedengaran...
Aku belum sampai seru, aku belum dapat hidayah.
Itu bicara si pemegang status Islam, yang hidup tanpa ciri-ciri Islam.
Pabila ditanya tentang kepatuhannya pada perintah Allah.

Seru...hidayah...di manakah ia bersembunyi?
Begitu sukar ditemui...hingga kita terus tenggelam dan lemas.
Sungguh...ia ada di sekeliling mu, di hadapan mu.
Asal saja engkau dan aku mahu mencari dan berfikir!

Alhamdulillah dan tahniah untuk saudara baru kita Felixia Yeap.
Yang pada awalnya cuba menutup aurat hasil berfikir.
Bukan kerana suruhan Allah, bukan kerana sudah memilih Islam.
Akhirnya...pencarian dan keinginannya berfikir menemukan cinta agung.

Suatu pengajaran buat kita semua,
Yang telah lama mengaku Allah itu tuhanku,
Tetapi ingkar suruhan-Nya.


*catatan menyentuh hati oleh Felixia Yeap boleh dibaca di SINI. Berilah dorongan kepadanya, bukan kritikan. Dia sedang cuba perbaiki segalanya. Kita???


Nota hati : Masih belum terlewat...Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan untuk sahabat blog semua. Mohon maaf andai ada penulisan/komen saya yang mencarik rasa.
 

17 comments:

  1. Sy pnh ada perasaan mcm tu - tak bersedia utk berhijab. Pnh lalui kehidupan gelap. Ya Allah, syukur sgt Allah tunjukkan jln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. camtulah graf iman...ada turun naik. Kita sama je fara...semalam nan kelam. Yang penting harini dah lebih baik. Insya Allah.

      Delete
  2. 'Nur' itu sudah lama tertakhta dan ternyata hari ini syahadah telah terucap lalu jadilah dia saudara kita. Sungguh kakak kagum. Lebih indah bila tiada halangan keluarga. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kagum, sbb dia berada dikemuncak syurga dunia..tapi ditinggalkan demi Islam.

      Delete
  3. Alhamdulillah, saat2 indah buat felixia
    kenopo orak kenek push link biru tu,
    nyong arek mboco :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tiha! sib baik riko ngomong. saiki wes ok. :)

      Delete
  4. Salam Ramadan ujie..

    Alhamdulillah.. diberi taufiq dan hidayah Allah kepada Rania ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan nama Rania tu...dan bermakna.

      Delete
  5. K Ujie, baru malam tadi saya baca wasap kita yang pasal tudung bidang 60 tu.

    Hehehe.

    Selamat poso kak ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..yg pasal hijrah tu ke? kau mmg hebat tata! tabik akak.

      Delete
  6. moga Rania kekal begitu dan dapat menarik minat golongan seperti beliau kepada islam sebenar..

    ReplyDelete
  7. Tengok Felixia, orang lelaki pon rasa nak bertudong...

    :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sertakan link..nanti acik cuba buka

    ReplyDelete
  9. harap2 mampu menjadi ikutan yg lain lainnya utk bertudung.

    ReplyDelete
  10. mugo2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., amin ya robbal alaminnn.,

    ReplyDelete
  11. cemburu sgt dgn saudara yang baru kembali ni. Mereka jadi lebih rajin mencari ilmu berbanding saya.

    ReplyDelete
  12. bukan senang nak dapat hidayah dari Allah...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...