Wednesday 28 May 2014

Revolusi

 
 
Tajuk : Revolusi
Penulis : Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga : RM15
Muka surat : 213
 
Buku ini memuatkan 15 cerita pendek (termasuk satu cerita catatan peribadi penulis semasa dalam tahanan ISA di Kem Kamunting). Ia merupakan antara karya terkini penulis kegemaran saya - Ustaz Pahrol. Tidak tebal, gaya bahasa yang mudah difahami tetapi sarat dengan persoalan semasa. Apa yang boleh saya katakan, buku ni nampak santai tetapi sebenarnya mampu membuka pemikiran kita. Dalam setiap cerpen beliau, ada sesuatu cuba disampaikan.
 
Sinopsis
Antologi cerpen Revolusi ini ditulis oleh penulis dengan misi 'memanusiakan' manusia. Apakah ada manusia yang bukan manusia? Ya, ada. Bukan pada rupa, tapi pada jiwa. Buku ini memuatkan 15 cerpen berikut :
  1. Darul Taqwa
  2. Revolusi
  3. Wajah-wajah di Cermin
  4. Melawan Arus
  5. Derap Kasutnya
  6. Peluru dan Mata Hati
  7. Demonstrasi
  8. Perlumbaan Terakhir
  9. Datin Oh Datin
  10. Oh...Zahidah
  11. Merah di Mana-mana
  12. Bukan Cacat Hatinya
  13. Kuah Dalca Yang Tumpah
  14. Cerita Si Buta dan Syeikh Daulah
  15. Bunga Dari Kamunting : Satu Catatan Peribadi
 
Petikan Buku
"Lalu kau salahkan Datuk Sagor kerana tidak menegakkan hukum Islam? Sedangkan dalam kumpulan kau sendiri hukum itu belum tertegak?" Tuk Guru Saleh memerangkap.
 
"Jadi kau minta aku perangi diriku dan kumpulanku dulu?" Tuk Guru Imran menyimpul.
 
"Bukankah itu perjuangan yang lebih besar, berjuang menentang hawa nafsu? Kau tentu ingat pesan ulama dan hukama itu."
(Melawan Arus, muka surat 54)
 
Hasil kempen Din Misai, kini Udin Rock, Jalil, Bidin dan lain-lain pemuda yang terkenal sebagai 'kutu jalan' Kampung Telipuk Batu turut hadir dalam mesyuarat barisan bertindak menghadapi kekejaman Zionis antarabangsa.
 
Dalam diri Udin Rock yang bersubang sebelah itu pun tersemat kebencian terhadap Israel dan proksinya Amerika. Dalam diri Jalil peminat Justin Bieber itu pun bencikan Amerika. Bahkan Bidin peminat Lamb of God itu pun geramkan Shimon Peres.
(Demonstrasi, muka surat 98-99)
 
"Wah, wah...bila bersongkok macam ini, siapa sangka kau anak Jusuh kaki botol," kata Bilal Sani sewaktu aku melangkah masuk ke masjid.
 
Mengapa aku turut terhukum dengan sikap bapaku? Mengapa aku pula yang harus dihenyak dengan sindiran, ejekan dan cemuhan hanya kerana aku anak Pak Jusuh? Turut berdosakah aku apabila ditakdirkan menjadi anak seorang pemabuk? Aku terlalu sayu kerana terpaksa menanggung derita batin ini bertahun-tahun. Hatiku terlalu terhimpit. Seakan-akan ada sahaja mulut-mulut celupar itu memburu aku ke mana-mana. Dan paling tragis aku turut terhina di rumah Allah...di masjid ini!
(Kuah Dalca Yang Tumpah, muka surat 174)
 
 
 Nota hati :
Bila agama belum cukup difahami tapi cuba berlagak menjadi hero pembela agama, maka terhasillah kenyataan yang memalukan diri sendiri dan umat Islam amnya...tukar darah!  
 



23 comments:

  1. angger cedek kok nyong arek nyelang buku kie,
    kenek opo orak ujie :)
    nyong memang sukak boco status FB Ust Pahrol ki
    angger entok boco de eh best meneh..
    mengko nyong arek nggolek nang ngedei..
    thanks ujie sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kue arek ngomong cepak yo?
      angger cepak nang enggon ku, yo iso waei. ^_^

      Delete
    2. orak iso lah ujie
      'cepat' ki akeh banget words ney in jowo, hehe

      Delete
    3. Oo..cedek = cepak sama ya. Adoi..aku pun tak tau. :D

      Delete
  2. Oh... digarap dalam bentuk novel mesti seronok utk dihayati Ujie
    Kakak ingatkan buku motivasi..
    Tapi kakak percaya penuh pengisian kalau Ustz Pahrol yg hasilkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm cerpen biasa, cuma isu yg diangkat tu mcm sindiran.

      Delete
  3. Saya mmg suka Ustaz Pahrol...mula kenal beliau menerusi slot di radio Ikim " Mukmin Professional"....Bila baca entry ni, baru saya tahu beliau pernah ditahan di Kamunting!! Saya kena Google lanjut nak tahu kisah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabar nak tunggu buku mengenai pengalaman ustaz kat Kamunting tu...

      Delete
  4. bab tukar darah tu memang memalukan kak..even saya dengan non muslim fren pun kena terangkan balik apa sebenarnya hukum kalau makan benda haram tanpa kita sedari...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Kesian pulak hanya kerana anak pak Jusoh..

    Tapi mujur takdak kena mengena ngan asben sebab dia juga anak pak Jusoh..hehee

    ReplyDelete
  6. Di rumah saya masih tersimpan beberapa buku catatan pengalaman mereka yang pernah dipenjarakan di Kamunting, antaranya "Dua Wajah" (Syed Hussein Ali) dan "Universiti Kedua" (Kassim Ahmad). Catatan mereka menyedarkan saya bahawa di kalangan manusia yang kita hormati terselit hati-hati yang sangat kejam dan seperti hilang peri kemanusiaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. apa yg kita lihat tak semua benar.

      Delete
  7. ita dah habis baju buku...memang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentang2 la mung jait baju,
      baca pun ingat baju je..mih3

      Delete
    2. hahahaaaa..makan jait baju, tido jait baju, baca buku pun jait baju!

      Delete
  8. ita punyer dah habis banyak memang best..lain dari yang lain...

    ReplyDelete
  9. macam menarik saja tuk cari..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari fadh..santai berilmiah ni. :)

      Delete
    2. tp sye kne abeskan 3 buku biografi yg saya beli dekat pesta buku dlu..hehe

      Delete
  10. Ujie, menarik je buku ni. Seperti banyak bahasa kiasan dan cerita pon kiasan kan? Kan?

    ReplyDelete
  11. Salute dgn mereka yg jadi ulat buku ni....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****