Thursday, 17 April 2014

Pencuri di Siang Hari

Beberapa hari lalu...
Ada sebuah rumah di kejiranan saya di pecah masuk.
Bukan malam hari, tapi di siang hari.
Tuan rumah bukan keluar bekerja pun.
Cuma keluar sebentar cari barang keperluan.
Dikesempatan sesingkat itulah si pencuri buat kerjanya.
Macam biasa...wang tunai, barang kemas dan laptop jadi sasaran.

Risau...memang risau.
Saya memang tinggal sendirian di siang hari.
Di kala kebanyakkan jiran  yang ada keluar bekerja.
Rumah kanan, kiri dan hadapan pun masih kosong.
Masih belum ramai yang berpindah masuk.
Blok yang saya duduk ni pun, baru empat buah rumah berpenghuni.
Blok hadapan saya, baru sebuah berpenghuni.

Sebelum ni risau waktu malam,
Kadang-kala saya bersendirian bila suami ada tugasan luar.
Sekarang...siang dan malam sentiasa rasa berjaga-jaga.
Siang hari nak keluar dari pagar rumah pun puas jenguk keliling.

Guard? memang ada, tapi serupa tiada!
Sesuatu perlu dilakukan!

23 comments:

  1. ada terfikir nak pasang alarm system tak? selain ayat-ayat `pendinding'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoh baru nak tanya pasal ayat pendinding tu.

      Kak, baca je ayat qursi selalu. Memelihara kita dari sebarang kecelakaan, insyaAllah.

      Delete
    2. SM: ada terfikir gak, cuma blm dijayakan lagi.
      TATA: insya Allah tata, akak mmg amalkan baca tiap lps solat, sblm tido.

      Delete
  2. Kena hati2 Ujie... teringat akak masa mula2 pindah rumah baru, macam tu lah banyak terjadi rompakan di siang hari.. Selalu kunci pintu dan pagar tau.. akak pun risau jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan baru selalu jadi sasaran kan..sbb org tak ramai lagi. Insya Allah kak..mmg sentiasa kunci pagar & pintu.

      Delete
  3. huh, senang betul dia org ni cari duit..
    Hati-hati Ujie.

    ReplyDelete
  4. ujie, pasang cctv kat umah. Apa-apa hal senang nak pantau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..nak kena survey ni cctv apa yg affordable.

      Delete
  5. Betul kata Lyd tu...pasang CCTV jika takut keselamatan terancam. Lagi pun harga CCTV sekarang tak semahal dulu, dengan RM2,000 dah boleh dapat 1 unit CCTV. Selain dari itu jangan buka pintu jika tetamu tak dikenali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm2k? emm..mcm byk jugak belanja tu ya.. aduhai.

      Delete
  6. bahayagak tu kak...since akak duduk sorang2 sy cadangkan kalau kat umah tu akak pasang jer tv walaupun akak tak tengok..at least kalau dia nak mencungkil, nanti dia takut skit sbb igtkan kat umaha ada orang...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyelah..nak kena buat cam tu kan. Padahal akak mmg jarang layan tv ni.

      Delete
  7. Malang tak berbau kan..dengar bunyi pelik sikit dah ingat macam-macam, padahal kucing je terlanggar tong sampah.. kalau ada buku al-mathurat baca setiap hari..jadikan sebagai pendinding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ingatkan kak! mmg saya tak baca al-ma'thurat tiap hari pun, kdg2 je..

      Delete
  8. ha ah..pasang cctv je..boleh suruh polis kerap kan rondaan jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan..soh polis! nak kena ckp dgn wakil penduduk ni.

      Delete
  9. akak kena ht2 lah ye..kalu nk tinggal umah tu bce ayat kursi..tawakal pd allah.
    umh blkang ita 5 hari pindah masuk curi hbis semua brg2.
    yg pling jhat lgi gula diorng tbur ats katil quran tohok dlm bilik air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apesal lak main tabur2 gula..quran pun nak kacau?? ntah2 tu dia punya petua, sbb guna ilmu hitam.

      Delete
  10. rumah saya pun pernah orang masuk beberapa tahun lepas, waktu siang lepas solat jumaat. elok je dia masuk terus pergi bilik belakang, macam tahu je semua orang duduk kat bahagian depan. rezeki dia lah dapat laptop satu.

    ReplyDelete
  11. moga kita dijauhkan daripada sebarang musibah... amin

    ReplyDelete
  12. moga dijauhkan dari musibah kak
    jaga diri baik2
    winduu nye ngan akk dan lan2 huhu

    ReplyDelete
  13. pasang home alarm la ujie.. bila ada intruder nanti bunyikan alarm kuat2 biar dia lari..

    take care okay..

    ReplyDelete
  14. bahaya jugak macam ni..moga dilindungi

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...