Tuesday 22 April 2014

Gambar-Gambar Mesra Suami Isteri...Salah Ke?

Ada orang yang rajin letak gambar mesra dia dan pasangan di Facebook.
Pasangan yang halal...suami dan isteri.
Gambar berpeluk-pelukan, laga-laga pipi.
Nampak mesra dan intim sekali!

Kalau sesekali mungkin kawan-kawan boleh terima.
Kalau kerap sangat, kawan pun mula meluat.
Timbullah kata-kata..
...macam dia sorang ada bini...
...macam dia sorang ada laki...
...macam dia je yang bahagia!

Eh, salah ke? Kan pasangan yang halal?
Secara asasnya, memang tak salah sebab suami isteri.
Tapi kita kena fikir dari sudut agama dan pandangan masyarakat.
Agama mengajar kita sifat MALU. Malu itu tanda orang beriman.
Budaya Melayu kita turut mendidik sifat MALU.
Maka, selitkanlah rasa malu itu dalam diri kita.
Simpanlah gambar-gambar intim untuk tatapan sendiri.
Tak perlulah umum tahu bagaimana kita berpeluk dengan pasangan!

Dan...gambar sebegini mampu mengundang kemungkinan lain.
Kemungkinan yang negatif...fikir-fikirkanlah!


p/s: entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa, sekadar pandangan saya. Mohon maaf jika ada yang terasa ya. Berbeza pandangan...itu biasa.



 

38 comments:

  1. betul tu, walaupun benda tu dihalalkan tapi jaga laa sensiviti skit kan kak..nie peluk cium sebelum pegi kerja igt sy yang bujang2 tengok nie tak jeles ker??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari pasangan cepat Bro..
      Nanti tak jeles :)

      Delete
    2. hahaha...datangan yang menarik tuh...hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
    3. hahahaa..akak mmg ada terfikir mcm azlan ckp tu. Kalau setakat jeles takpe, kalau ada yg tiru dgn pasangan tak halal..berat jugak.

      Delete
    4. tu berat gak kak...baik xde pasangan daripada ada..hahahaha

      Delete
    5. Betul tu kak, kalau di negara barat no hal la, nak pegang sana pegang sini. Kita yang tengok pun naik isin. Huhu.

      Delete
  2. terima kasih kerana sedarkan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, pic profile idzwa ni tak termasuk kategori yg dimaksudkan. Yg ni ok je. sweet.;)

      Delete
  3. setuju..perlu berpada pada.jangan melampau sangat =)

    ReplyDelete
  4. Tapi pandangan kita sama Ujie.
    Bukan tak boleh tapi kurang manis rasanya apa lagi kalau diulang-ulang

    Azlan Strider - jgn jeles dik. Apa lagi? so, cepat-cepat cari calon hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bkn tak boleh. Tapi jgn la kerap sgt...

      hee..ramai yg dok suruh Azlan nih.. :)

      Delete
  5. Sebenarnya, walaupun kita di FB,kita tetap hidup bermasyarakat...tetap perlu jaga perasaan orang lain ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kita lupa..anggap tu akaun fb aku..aku punya sukalah.

      Delete
  6. Saya sangat jarang post gambar bersama en. suami sebab tak rasa ianya perlu untuk tatapan umum.. cukuplah kenal saya dan en. suami dah.. kalau nak gedik bergambar pun lepas tu simpanlah untuk koleksi peribadi.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..gedikla mcm mana pun, asalkan tak tayang kat umum.

      Delete
  7. Agaknya yg selalu posting kemesraan berlebihan suami isteri tu sengaja nak tutup realiti kekurangan kemesraan dalam rumah tangga mereka. Mungkin saya salah, tapi kalau mengikut sudut psikologi, kadang-kadang seseorang cuba menunjuk-nunjukkan sesuatu bagi mewujudkan persepsi orang tentang apa yang dilihat kerana mereka tak yakin itulah yang orang lihat tentang kehidupan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa mcm betul apa JR ckp ni. berdasarkan realiti...

      Delete
  8. Nak tegur remaja2 kita yang bergambar sambil berpeluk bercium tanpa ikatan sah, memang tak larat la. Lagi elok kita tegur yang macam ni. Sekurang-kurangnya pasangan halal ni dapat tunjuk contoh baik.

    ReplyDelete
  9. Ye la ujie... mula mula org suka tengok...
    Lama-lama orang meluat tengok... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2....sweetnya...
      lama2...org tak kata apa sbb dah meluat.

      Delete
  10. Terase jugek sikit. heheh.. Sebab penah letak kat blog gak gmbr peluk asben. Tapi saya faham maksud ujie. Saya fikir balik, rasa mcm tak wajar jgk letak gmbr macam tu dlm blog. Kan lagi elok privacykan gmbr kita. Baru la org tak tau cemana reputasi hubungan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada eh..tak perasan lak ada gamba tu. Tapi yg saya maksudkan ni peluk beria-ia dan kerap tayang. Setakat peluk bahu dan sesekali tu bagi saya takde hal.

      Delete
  11. kalau gambar berdua tu biasa la.tapi gambar berciul berpeluk nak buat apa tayang kat orang.segan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..gamba berdua suam isteri mmg takde hal. elok la utk kenalkan pasangan kita. asal jgn ada aksi telebih romantik je.

      Delete
  12. hal begini pernah diutarakan pada seorang ustaz.. dan saya suka jawapan ustaz tu.. jawapannya kalau hanya sebab halal.. kenapa tak pergi beromen je kat roundabout tu.. tapi malu la..

    ReplyDelete
  13. nak perhatian lebih kut kan..

    ReplyDelete
  14. Kalau nak harapkan gambar dari saya, tak usah la ye. Camera shy maa! Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok profile pic pun tau...hahaha
      gamba pokok apa tu?

      Delete
    2. gambo pokok ketom tata eh, hak hak :D

      Delete
  15. wp upload dlm fb je, tp ramai yg tgk kan? segan rasanya..
    gmbr2 selfie tu pun kdg2 rasa cam x patut upload. huhu.. tp ada stgh org suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan tu tanda ada malu. Yg takde rasa malu,,tu yg kesian.

      Delete
  16. tu bab gambar..lg 1 bab bergurau/bercakap hal2 org kawen ni..mcm tak bertapis depan kawan2 yg bujang..

    ReplyDelete
  17. saya pun malu nak lk gambar² intim ni ...

    ReplyDelete
  18. OKje ....ok jer.....setakat gambar berdua, apa salahnya hehe...bukan berlaga pipi pun, baru letak kat FB Ujie hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****