Friday 18 April 2014

Apa Itu Jangkitan MERS-CoV?

Satu lagi musibah/ujian melanda kita....seorang rakyat Malaysia meninggal akibat jangkitan MERS-CoV. Dan ini adalah kes pertama bagi negara kita.
 
BATU PAHAT: Seramai 64 penduduk Kampung Bintang Laut, dekat sini, dikuarantin di rumah masing-masing sejak kelmarin kerana mempunyai tanda awal Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) susulan kematian seorang penduduk akibat penyakit itu.
(untuk berita penuh sila baca DI SINI.)
 
 ------------------------------------------------------------------

Apa Itu Jangkitan MERS-CoV?
 
Novel Coronavirus, yang juga dikenali sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada masa kini berlaku di Arab Saudi dan dilaporkan di beberapa Negara Timur Tengah lain. Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenainya pada September 2012. Sehingga 31 Mei 2013, sejumlah 53 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi 30 kematian. Rakyat Malaysia juga berisiko mendapat jangkitan kerana bilangan yang mengerjakan haji dan umrah adalah agak tinggi. Justeru para Jemaah atau pelawat diingatkan agar sentiasa berwaspada mengenai jangkitan MERS-CoV ini.
 
Untuk makluman, MERS-CoV menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut di kalangan manusia. Gejala utama adalah demam, batuk, dan kesukaran untuk bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru (pneumonia). Pihak World Health Organization (WHO) menyatakan punca jangkitan dan cara jangkitan bagi MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Pihak WHO juga menegaskan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Kebanyakan kes, jangkitan MERS-CoV adalah ringan. Bagi individu yang kurang daya tahan jangkitan, gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical).
 
Sehubungan itu, memandangkan buat masa ini punca jangkitan dan cara jangkitan masih belum dikenalpasti, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan atau sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.
 
Oleh itu, pihak KKM ingin menasihatkan mengenai perkara-perkara berikut untuk mengelakkan jangkitan respiratori:
 
i) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.
 
ii) Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (medical mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.
 
iii) Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat.
 
iv) Mereka yang pulang ke Malaysia dengan gejala jangkitan respiratori (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (medical mask). Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat. 
 
KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan dari pihak WHO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. KKM akan terus berhubung dengan pihak WHO untuk memantau situasi terkini MERS-CoV, seterusnya mengambil langkah pencegahan dan kawalan sebagaimana yang disarankan.
 
Disediakan oleh:
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
12 Jun 2013
 
 (sila KLIK DI SINI untuk sumber asal.)

------------------------------------------------------------------

Apabila mendengar wabak sebegini, disunatkan untuk membaca

لا إله إلا الله العظيمُ الحليمُ . لا إله إلا الله رب
 

 العرشِ العظيمُ . لا إله إلا اللهُ ربُّ السماواتِ وربُّ الأرضِ وربُّ العرشِ الكريمُ 
(Riwayat Sahih Muslim)

Selain itu, diriwayatkan ketika penyakit Taun tersebar, disunatkan solat khas untuk menjauhi penyakit itu dan baginda Nabi s.a.w diriwayatkan (كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا حزبه أمر صلى ) Ertinya : Nabi s.a.w apabila membimbangkan olehnya sesuatu perkara, baginda akan mendirikan solat (sunat).

PARA ULAMA JUGA menyebut agar segera MEMANTAPKAN SOLAT YANG WAJIB dan disunatkan berqunut nazilah.

Selain itu, amalkanlah bacaan ini 3 kali pada pagi dan petang :

بسمِ اللهِ الذي لا يضُرُّ مع اسمِهِ شيءٌ في الأرضِ و لا في السماءِ ، وهُوَ السميعُ العليمُ

Ertinya : Dengan nama Allah yang tiada mudarat bersama namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui.
(dari hadis sahih)
 

 

14 comments:

  1. moga dijauhkan dari virus merbahaya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak TAB, no vaksin tu yang seram tu kan kak?

      Delete
    2. tak boleh asyik bergantung pada vaksin je ta..

      Delete
  2. Macam2 penyakit kan ujie.semoga kita semua dilindungi

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kakak rasa memang dah masa umat Islam membaca qunut nazilah ini Ujie. Macam-macam dah Allah turunkan sebagai peringatan, kita sebagai hambanya tak salah memohon moga dihindari segala musibah ini.

    ReplyDelete
  4. Tapi di Mekah dan Madinah ni batuk dan selsema memang perkara biasa kan. Boleh katakan kalau dalam masjid tu rata-rata kita akan dengar bunyi org batuk bersahut-sahutan...

    Kakak pun balik dari Haji dulu batuk. Balik umrah pun batuk...

    ReplyDelete
  5. makin banyak penyakit pelik2..

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita

    ReplyDelete
  7. thanks for the doa kak...sy pun baru pas baca pasal wabak bie kat blog kak RDZ tadi rasanya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Itulah implikasi globalisasi, penyakit merebak cepat sekali. Bukan saja penyakit jenama baru yang muncul, penyakit yg sudah lama terhapus juga muncul kembali seperti tibi dan kolera. Semoga kita semua dilindungiNya...

    ReplyDelete
  9. Mcm2 skrg sy risau jgk kat rumah mak bdk2 semua tgh x sihat... Ank sy pun batuk

    ReplyDelete
  10. semoga dijauhkanlah segala keburukan kepada umat manusia semuanya..satu info yang sangat bermanfaat..tqvm ujie..

    ReplyDelete
  11. Kalau awk perasan, penyakit2 yang ada sekarang ni seolah2 seperti virus buatan. Mcm JE, Selsema burung, H1N1, semuanya main serang paru2 dan pneumonia. Saya selalu nak rasa buruk sangka yang semua ni hanyalah senjata biologi pihak2 yang mengawal dunia dan yg menjadi mangsa hanyalah rakyat jelata. Virus2 yang ada sekarang pun seperti mutasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kata lyd...bkn buruk sangka, tapi berfikir lebih jauh. tak mustahil.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****