Thursday, 20 March 2014

POLIGAMI : Topik Yang Sentiasa Hangat!

Isteri cantik...badan slim, kulit putih.
Kiranya cantiklah mengikut piawaian mata dunia.
Anak dah ada tiga orang...comel-comel semua.
Kiranya lengkaplah sebuah keluarga mengikut piawaian manusia.

Tapi...suami tetap juga memandang yang lain.
Poligami menjadi pilihan.

Poligami memang dibenarkan...katanya.
Kedua-dua wanita sanggup bertoleransi atas dasar kasih...katanya.

Saya? Tak mahu komen banyak.
Cuma terfikir...bagaimanalah takdir saya.
Rupa tiada, zuriat pun belum ada!

--------------------------------------------------------------------------------
Ni antara topik yang hangat dibualkan dalam salah satu group WhatsApp saya. Terkejut bila ada kawan yang dah berpoligami pada usia muda begini (belum 40 tahun kira muda lah ya! hehee..). Juga kagum pada isteri pertama yang sanggup berpoligami. Saya doakan mereka bahagia dengan keputusan yang telah dibuat.
 
Terus saya pesan kat suami, "Kalau abang nak kawin lain, bagitau tau. Ada syaratnya. Kena sediakan ............., ...................., ............., dan banyaak lagi!".

 

27 comments:

  1. Che Mid pun bincang hal yang sama di whatsapp group pagi tadi...emm macam2 pandangan..

    ReplyDelete
  2. Baru-baru ini ada laki orang suka saya. Sejak dulu saya ni asyik kena sangkut dan tersangkut dengan laki orang aje. Yang bujang tak pernah nya ada.

    Saya bila ada masalah suka cerita dengan bos. Bos bagi pandangan bernas. Saya cakap dgn dia, "Bos, kenapa laki orang nak saya?"

    Bos pun cerita pendapat dia pasal poligami. Walaupun anak dah ramai, kahwin dah lama, isteri lawa giler, tapi suami tetap nak cari lain. Bila dikaji balik punca nya adalah isteri tu juga. Kenapa? Sebab bila suami balik rumah, tak tanya pun nak makan ke nak minum ke. Kiranya kehendak yang asas isteri tak dpt nak sediakan. Bila jadi macam tu lelaki cari di tempat lain.

    Poligami ini berlaku bila ada seorang perempuan lain yang walaupun dah tahu lelaki itu suami orang, tapi dia masih layan lelaki itu. Bila lelaki tu ajak dia kahwin dan jadi isteri ke 2, perempuan itu lah yang membenarkan poligami tadi berlaku. Bila ada yang ke 3 dan ke 4, 2 3 4 tadi ni la yang sebenarnya membenarkan poligami berlaku.

    Kes saya, lelaki tu dah beristeri. Anak dah 6 orang, tapi masih cari yang lain. FYI, dia ada isteri, ada awek dan sekarang saya. Saya tak nak tergolong menjadi perempuan yang membenarkan poligami itu. Seboleh nya saya akan elakkan sebab saya masih tak tahu takdir saya dalam bab jodoh ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos kata lagi, sekarang ni terpulang pada saya sama ada nak join poligami itu atau pun nak elakkan.

      Bila saya kata saya tak boleh nak join poligami itu sebab saya tak boleh nak kongsi kasih, laki orang tu kata jangan la macam tu. Kasih sayang kan untuk dikongsi-kongsi. Kongsi la sama, dapat pahala juga kan? Bagi saya pahala pun tapi kalau tak ikhlas memang tak dapat pahala tu. Dapat dosa ye la.

      Oh tak sanggup rasanya nak kongsi kasih. Dari berkongsi kasih baik la saya sendirian aje. Jadi sekarang ini saya sedang berusaha untuk menjauhkan diri dari dia. Bila saya minta dia stop sms dan stop calls saya, dengan mudah dia kata tak de alasan yang kukuh untuk dia stop. Dia tak benci saya, jadi buat apa dia nak stop sms orang yang dia sayang. Dia kata kecuali saya dah bertunang atau berkahwin baru la dia akan stop. Sebab dia kata haram hukumnya ganggu tunangan atau isteri orang tanpa ada sebab yang penting.

      Sila namakan perkataan lain jika sesiapa yang baca ini tak rasa itu adalah tekanan perasaan.

      Delete
    2. T.a.t.a..

      Ikutkan orang lelaki ni sampai sepuluh bini pun dia tak kan jumpa kesempurnaan kat mana2 perempuan..anak 6 dah tu.anak2 dia pun akan membesar..Time anak2 kecik memang la nampak lopong dalam rumahtangga.isteri nak jaga anak lagi uruskan rumahtangga lagi.mesti la dia pun tak mampu nak buat yang terbaik dan ada la nampak cacat cela kat mana2.

      dah pulak si suami sibuk nak cari calon lagi ada baiknya dia bantu isteri untuk sempurna kan rumahtangga macam yang dia idam idam kan dari dia sibuk nak cari perempuan yang boleh sempurnakan hidup dia.

      InsyaAllah,anak2 dah besar nanti baru dia akan nampak betapa sempurnanya rumahtangga dia.

      Delete
    3. Betul tu diana. Pendapat lelaki tentang poligami adalah berbeza dengan pendapat perempuan. Pandangan dan pemikiran masing-masing berbeza sebab cara berfikir kita tak sama dengan lelaki.

      Delete
    4. Apa yang boleh saya katakan, KOMUNIKASI RUMAHTANGGA adalah kata kuncinya. Suami, isteri masing-masing ada kehendak, keinginan dan masalah tersendiri. Berkomunikasilah untuk memahami pasangan. Tapi biasanya lelaki susah untuk bagitau/bincang apa yg dia rasa (maaf jika salah).

      Tak dinafikan memang ada yang sudah pasang niat ingin berpoligami (sebab ia halal), maka 'kekurangan' dlm rumahtangga bukan lagi punca. (saya tak suka guna kata 'kekurangan', sbb hidup suami isteri itu saling melengkapi. Takde yg kurang.)

      Pendek kata, dalam isu poligami kita perlu beri pendapat mengikut kes.

      --> utk cik adik tata, akak sokong usaha tata utk elak poligami (lagi2 dgn lelaki mcm tu..). Tapi kalau elak2 pun tetap nak jadik, pastikan dgn lelaki beriman dan dgn cara yg baik. Akak doakan tata cpt jumpa jodoh yg baik, idak le lelaki tu mengacau je. Mmg stress! :)

      Delete
    5. Haha. Thanks kak ujie. Such a relief seeing some motivational words. InsyaAllah.

      Delete
    6. Tata, tak dapat nak cari perkataan lain untuk tekanan perasaan tu. Dah betul la tu perkataan tu. Tahniah untuk Tata sbb pandai kawal diri dan elakkan diri daripada jerat suami orang. Kena fikir macam ni, lelaki tu rasa diri dia terabai sebab isteri sibuk dgn anak2. Tapi tak pernah ke dia duduk di tempat isteri dia yang terabai kasih sayang suami demi sibuknya melayan anak2. Dia pun korbankan diri dia juga. Sokong dgn ckp diana, lelaki ni kalau dia mmg 10 bini pun takkan puas hati kalo dia tu jenis yg tak reti menghargai orang.

      Saya pun sama seperti ujie, doakan cik tata kita akan ditemui lelaki soleh yang terbaik untuk kamu. Sampai masanya jodoh itu tiba, cik tata akan tahu itulah orgnya. Dan pesan saya, andaikata memang sudah tidak dapat elak drpd terjebak dgn suami orang dan menjadi isteri ke2, pastikan lelaki itu benar2 soleh, dan faham agama dia. Bukan lelaki yg ntah siapa2. Pastikan yg menjaga solat dan agamanya. Ceh, beriya aku bg nasihat. Heheh.

      Delete
    7. Another comforting and motivating words. Thanks guys! You never know how much those words really meant to me.



      Ahh.

      Wei sape potong bawang ni?

      Delete
  3. poligami adalah sesuatu y agak sensitif apabila dibincangkan..tetapi sebagai seorang isteri & wanita,masing2 punya pendapat y berlainan. bak bos t.a.t.a cakap, "Bila dikaji balik punca nya adalah isteri tu juga. Kenapa? Sebab bila suami balik rumah, tak tanya pun nak makan ke nak minum ke. Kiranya kehendak yang asas isteri tak dpt nak sediakan. Bila jadi macam tu lelaki cari di tempat lain", saya juga ingin bertanya, andai isteri ke2 juga mempunyai perangai sebegitu, bagaimana? sebab kadang kala sebelum kawin, biang terlebih2,prihatin terlebih, sms, call (almaklum belum halal), apabila sudah halal, lain pula ceritanya..& sebagai seorang lelaki, tidak boleh salahkan isterinya sahaja kerana suami adalah imam & y membentuk serta membimbing isterinya..tiada manusia y sempurna..
    dan saya juga berpendapat poligami itu tidak salah & sebagai seorang suami, dia ada hak tetapi harus dia ingat juga, adil dari semua segi. andai suami mampu, silakan..andai tidak, diam2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mar tanya siapa ni? Tanya saya ke? Hahaha.
      Jangan tanya saya. Saya tidak memihak pada mana-mana pihak.

      Delete
    2. Mar, yg banyaknya cuma MAMPU kat bibir je. Tu yg susah.. :)

      Delete
  4. isu yang masih lagi tidak boleh dibicarakan secara terbuka...

    ReplyDelete
  5. Amboi, banyak nya petak petak kosong yang kena isi tu....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah! mana boleh senang2 je. :D

      Delete
  6. saya kalau boleh mmg nak elak benda mcm ni kan .. tp takdir allah manalah kt nak tahu kdg kita dah layan, dah buat sebaik mungkin... ada zuriat.. tp allah nak duga.. nak uji kita... dlm perkahwinan kan sentiasa diduga dan diuji ... masa ni berdoalah pd allah mohon.. yg terbaik buat diri kt.. demi hr ini dan masa dpn.. moga diri kt sentiasa dilindungi.

    ReplyDelete
  7. bukan semua sanggup bermadu..
    Berdoa moga ikatan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat tanpa gangguan pihak ketiga.. amin..

    ReplyDelete
  8. "Kahwinlah kamu dikalangan perempuan yang baik-baik itu samada DUA, tiga, atau empat. Sekiranya erngkau TAKUT tidak dapat berlaku adil maka memadailah bagi kamu dengan seorang isteri". (An-Nisa:3).

    Ada lelaki yang kata Allah mulakan ayat itu dengan dua kerana seseorang lelaki sempurna sepatutnya berkahwin dengan sekurang-kurangnya dua isteri. Tapi bagi yang penakut (termasuk saya), cukuplah dengan satu saja.
    Itu tafsiran sesetengah lelakilah, saya tidak....kerana seorang isteri pun kadang2 saya rasa tak dapat memberi keadilan secukupnya, bagaimana pula jika dua, tiga atau empat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR, ni kategori penakut yg sgt bagus! Yelah...konsep adil tu luas. Bkn makan pakai je, kasih saying/perhatian pun nak kena adil.

      Delete
  9. ujie...saya pon susah hati. duduk berjauhan pula. jarang berjumpa. anak pun belum ada. allahuakhbar.
    saya cuma katakan pada suami "isteri diduga dikala susah suaminya, suami diduga dikala senangnye".
    Allah maha menghendaki segalanya. saya agak takut nak beza dengan redha dan pasrah kalau betul2 terjadi poligami ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan suraya dpt segera tinggal bersama. Dan tidak di uji dgn ujian poligami. Jika terjadi, suraya masih boleh memilih...terima atau tolak. Menolak poligami tak bererti kita menolak hukum Allah yg membenarkannya. Ia adalah soal kesanggupan hati.

      Delete
  10. assalam Ujie...kalau dah tertulis kita tak mampu mngelak kan//
    semoga Ujie tidak duji dan akan dapat merasa menjadi sorang ibu..insyaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terjadi..saya pilih utk undur diri je kak...:)
      Terima kasih atas doa akak ya..insya Allah!

      Delete
  11. sebagai lelaki statement saya nie mungkin nampak bias kak, tapi andaikata itu terjadi ia semua ketentuan Illahi..tapi jangan risau kak..bukan semua lelaki suka berpoligami walaupun mereka mampu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. minta dijauhkan dari saya yang belum berkahwin ni...kalau boleh tak nak amek hak orang, dan tak nak orang amek hak saya...kuasa Dia tiada siapa yg tahu.tapi selagi boleh elak, memang tak nak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Aishah terhindar dari sume tu...dan moga cpt bertemu jodoh yg terbaik. Insya Allah. :)

      Delete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...