Friday 14 March 2014

Panas dan Kering

Ni cerita hujung minggu lalu...
balik kampung di Johor.
 
Di lebuhraya PLUS, jerebu. Bau asap memang kuat dan kesan terbakar kelihatan hampir di sepanjang perjalanan. Kebanyakkannya memang masih mengeluarkan asap, dan ada jugak yang sedang terbakar. Pokok-pokok besar tepi jalan ni pun banyak yang kering. Sedih tau!
 
 
Ni di laluan Pontian-Batu Pahat. Pokok-pokok di tepi jalan ni menghasilkan bunga yang luar biasa banyak. Cantik! Lagi-lagi bila angin bertiup, bunganya berjatuhan atas jalan. Sebelum ni tak perasan pokok ni ada bunga yang cantik. Nampaknya cuaca panas dan kering memang sesuai untuk pokok ni.
 
 
Sampai rumah mak saya, sedih pulak...tengok dinding rumah banyak yang retak. Yang retak semuanya melibatkan ruang tambahan. Rumah asal Alhamdulillah tiada keretakan (kecuali di kaki lima keliling rumah). Ruang tambahan pun bukannya baru, dah lebih kurang 20tahun dibina. Mungkin disebabkan faktor perubahan cuaca yang agak melampau (panas dan tanpa/sedikit hujan sekian lama), juga faktor binaan yang kurang baik.
 

 
Nota hati : Segalanya kabur....asap jerebu yang menyelubungi persekitaran dan nasib MH370 yang masih samar. Sungguh...ada sesuatu yang perlu kita pelajari dan insafi pada setiap yang berlaku.
 


17 comments:

  1. Cantik gambar pokok tu mcm kat obersi
    Mh370..kenapa tak cari kawasan hutan
    Moga mereka semua selamat dan dilindungi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ramai yg fikir gitu...nape tak cari kat hutan??

      Delete
  2. gmbr pokok tu menarik perhatian..


    truskan berdoa sebaiknya...aminn

    ReplyDelete
  3. Sudah ada ura-ura Keluang, Mersing dan Kulaijaya akan dicatu air Ujie...
    Kena ingat dan buka hati dan iman kenapa ini semua terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tak jadi la catuan tu..kesian org ramai.

      Delete
  4. assalamualaikum sis ujie :)

    owh jerebu di sana sini,status MH370 jugak masih kabur...awal tahun Allah menguji keimanan kita,kesihatan kita,kesabaran kita ....

    subhanallah cantik bunga2 tu.yelah rumah pun kena tempias faktor cuaca,kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam sis Lea..betul, besar ujian kali ni.

      Delete
  5. Bila tengok pokok yg gondol tu dah macam musim Autum pulak...
    Bila tengok yg penuh dengan bunga tu dah macam musim Spring pulak... Ujie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehee..betul sgt lah! Bolehla feeling ala2 kat negara 4 musim ya. :)

      Delete
  6. kat penang ni tak de jerebu ..tapi memang panas..rumput kat padang tepi rumah pun dah kering..

    ReplyDelete
  7. Baru 3 bulan 2014 kita sudah diuji Allah dengan pelbagai cabaran - banjir, kemarau melampau, ketiadaan air, jerebu dan kehilangan MH370. Apa lagi lepas ini ujian dariNya?

    Semoga rakyat Malaysia tidak melakukan lebih banyak perkara2 yang menimbulkan kemurkaanNya....

    ReplyDelete
  8. kl dan selangor tengah jerebu...panas jangan cerita la...sampai bermai2 sakit tekak takde suara..kena banyakkan minum air kosong dan kurangkan aktiviti luar...
    masih berharap MH370 dijumpai n selamat walau dah lebih seminggu...

    ReplyDelete
  9. Salam hujung minggu dari bunda...

    kat tempat bunda juga berjerebu...tapi semalam turunlah hujan sekejap...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Gmbr pokok kering tu mcm kt russia.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****