Thursday 13 March 2014

Hati-Hati Pilih Kontraktor

Walaupun tajuknya 'hati-hati pilih kontraktor',
tapi saya takde tips untuk pilih kontraktor pun.
Sekadar nak berkongsi pengalaman di perumahan baru saya.

Masa mula-mula dapat kunci rumah...
Memang ramai kontraktor yang datang memberi tawaran.
Setiap kali saya datang tengok rumah, tiap kali tu ada yang mendekati.
Kadang sebab rimas...saya tutup pintu rumah.
Sebabnya pada hari-hari awal dapat kunci rumah, memang sibuk.
Sibuk check defect...tandakan, tulis pada borang dan ambil gambar.
Memang tak mau diganggu.

Dan lagi...seorang staf pemaju perumahan kami dah berpesan,
Jangan layan atau bayar apa-apa pada kontraktor yang datang ke rumah.
Sebab dah ada yang kena tipu (pembeli di projek perumahan berdekatan).
Duit deposit dah bayar, tapi kontraktor tak datang buat kerja.
Dia nasihatkan cari kontraktor yang kita tahu di mana kedai/kilangnya.
Senang nak cari/kejar kalau ada sebarang masalah.
Ya, yang ni memang tips!

Kisah jiran-jiran baru saya dengan seorang kontraktor yang sama...
Kontraktor ni lelaki bangsa Cina yang aktif cari pelanggan.
Ada satu rumah jiran saya...dah lebih sebulan tempah grill, tak siap-siap.
Sudahnya dia masuk dan duduk rumah tu tanpa grill.
Jiran berdekatannya pun alami nasib yang lebih kurang sama.
Ada rumah jiran lain pulak, tempah kabinet dapur dan almari baju.
Dari belum pindah, sampai dekat dua bulan pindah...pun tak siap-siap!
Macamana nak siap, kontraktor tu buat sikit-sikit.
Janji nak datang hari sekian sekian, tapi tak muncul.

Kiranya kontraktor ni cari pelanggan ramai-ramai,
Janji sana sini...akhirnya tak terkejar nak buat!
Haish...saya pulak yang geram.

 

8 comments:

  1. sekarang ni mcm² pesen org nak cr duit menipu je kerjanya.. geramkan.. akak kena hati² tau..

    ReplyDelete
  2. Orang sekarang ni letak duit tajuk utama untuk buat mcm2 benda.. tapi kerja ke tengah laut :P

    ReplyDelete
  3. betul ujie..kena cari yang kita kenal.
    acik dulu tak kenal tapi peguam rumah yang kenalkan..memang ok siap pun cepat

    ReplyDelete
  4. Kiranya kes macam ini dari dulu sampai sekarang sama aje - masih ada lagi
    Macam dlm iklan tu cari contractor yg registered dgn CIDB jadi kalau apa-apa senang nak cari.

    ReplyDelete
  5. Cari kontraktor yg berpengalaman, jangan cari kontraktor semata2 kerana dia meletakkan harga yang murah kerana kadang2 harga murah disebabkan material murah dan tak bermutu. Saya bercakap berdasarkan pengalaman ketika ubahsuai rumah dulu. Tak pasal2 lepas kerja ubahsuai siap, tiba2 rumah terbakar kerana beri kerja kepada kontraktor letrik tak berpengalaman...

    ReplyDelete
  6. Kiranya kontraktor yg jiran ujie byr tu lambat siapkan atau mmg terus lari dgn duit deposit? Mmg pandai ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  7. Sape nak renovate atau buat rumah boleh sms sini 0192029881. Kami buat design and build. Semua jenis bangunan termasuk kilang. Introducer kami bagi komisyen lumayan

    ReplyDelete
  8. call 019 623 8062 untuk renovation rumah sekitar melaka dan negeri sembilan

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****